Jawi Pernah Diguna Tulis Cerita Erotis Iklan Arak Pengkaji


Rashidah Zulkifli

Tulisan Jawi cuma sekadar tulisan yang berasal dari huruf Arab dan kemudian disesuaikan dalam bahasa Melayu, kata penulis dan pengkaji budaya Hazman Baharom.
Hazman menjawab kebimbangan yang sering kali dibangkitkan masyarakat bukan Islam mengenai pembelajaran tulisan Jawi yang didakwa mempunyai unsur Islamisasi.
"Tulisan Jawi jadi kontroversi sebab ada hujah mengatakan perkataan Arab mampu menjadi unsur Islamisasi.
"Sedangkan tujuan tulisan Jawi ini adalah untuk mengungkap pelbagai bidang ilmu dan tujuan," katanya yang banyak menyelidik mengenai sejarah tulisan Jawi.
Hazman berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, penganalisis politik Dr Wong Chin Huat mengenai kerisauan pembelajaran Jawi di kalangan bukan Islam pada webinar berjudul
"Tulisan Jawi dan pendidikan (perspektif sejarah) malam tadi.
Webminar ini merupakan anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, serta badan pemikir Pusat Penyelidikan Sosiobudaya dan Agama Malaysia (Saudara).
Hazman selanjutnya menjelaskan walaupun berkongsi huruf sama, tulisan Jawi dan Arab tetap dua perkara yang berbeza.
"(Mengatakan) belajar bahasa Jawi boleh memudahkan pembacaan al-Quran (juga) adalah tidak tepat.
"Boleh berbahasa Jawi tak semestinya boleh bahasa Arab tapi sekadar memudahkan ia kerana bacaan al-Quran perlukan ilmu tajwid," kata Hazman yang juga seorang pensyarah di Kolej Kesihatan Ramsay Sime Darby.
Menurut Hazman, dimensi ketakutan golongan bukan Islam akan berterusan sekiranya mereka tidak memahami sejarah penggunaan tulisan Jawi yang tidak semestinya bertujuan hal-hal keagamaan.
"Analisis daripada hujah-hujah membuktikan tulisan Jawi (pernah) digunakan dalam pengiklanan arak atau cerita-cerita lucah dan erotis.
"Contoh ini menunjukkan tulisan Jawi turut digunakan dalam perkara-perkara dosa dan tak semestinya digunakan untuk tujuan Islamisasi atau Arabisasi," kata Hazman tanpa memberi perincian mengenai penelitiannya itu.
Sistem tulisan bahasa Melayu mengalami perubahan sepanjang beberapa abad lalu, dan Jawi merupakan sistem yang digunakan pada masa lalu.
Untuk rekod, selepas kemerdekaan Malaya, pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1957 menyatakan Rumi yang berdasarkan abjad Latin sebagai tulisan bagi bahasa kebangsaan tetapi pada masa sama tiada larangan terhadap penggunaan Jawi.
Antara sistem tulisan paling awal bahasa Melayu ialah adaptasi daripada sistem yang digunakan untuk bahasa Sanskrit, yang berasal dari India.
Sejak abad ke-8 hingga abad ke-13, Bahasa Melayu Kuno ditulis menggunakan pelbagai sistem tulisan seperti Rencong, Pallava dan Kawi.
Semua sistem ini berasal daripada abjad Brahmi yang tersebar di Nusantara bersama-sama agama Hindu dan Buddha pada masa itu.
Tulisan Jawi diperkenalkan di Nusantara bersama dengan ketibaan dan penyebaran Islam pada era 1300-an. Oleh kerana tulisan itu lebih berkesan dalam membantu pemahaman teks agama seperti al-Quran dan hadis, ia digunakan secara meluas dan mengambil tempat sistem tulisan berasaskan Brahmi.
Menurut Hazman lagi, orang ramai perlu belajar banyak bahasa dan tulisannya untuk mengurangkan prejudis dalam kehidupan dan menghargai kepelbagaian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/jawi-pernah-diguna-tulis-cerita-erotis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iklan Dari Thailand Ini Raih Perhatian Tidak Pernah Mengecewakan Video

Iklan Dari Thailand Ini Raih Perhatian Tidak Pernah Mengecewakan Video

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 359 hits
Telah banyak kali dibuktikan bahawa jika sesebuah iklan itu dihasilkan oleh Thailand kita perlu menjangkakan sesuatu yang lain daripada yang lain kerana plot twistnya pasti jauh lebih kreatif dari kebanyakkan iklan iklan lain yang biasa kit...
Cerita Makan Lagi

Cerita Makan Lagi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 263 hits
Assalamualaikum NAMPAK ada kedai baru buka cukup meriah lalu kita pun cuba Pembuka selera Fries CheeseLamb Grill terkejut tengok daging kambing alat alat sekeping atas pingganNasi Goreng Kambing MasinMasin yang boleh telan tapi nanti hujung...
Cerita Tentang Lampu Garam Dan Haloterapi

Cerita Tentang Lampu Garam Dan Haloterapi

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 758 hits
Pernahkah pembaca tahu tentang terapi garam sebelum ini Siapa belum pernah tahu atau dengar mesti rasa pelik Setahu kita bubuh garam dalam masakan tu biasalah tapi sebenarnya ada kaedah dinamakan terapi garam atau turut dikenali sebagai hal...
Buku 366 Cerita Sahabat Rasulullah

Buku 366 Cerita Sahabat Rasulullah

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 397 hits
BUKU 366 CERITA SAHABAT RASULULLAH ini merupakan buku yang menceritakan kisah kisah para sahabat Rasulullah dalam memperjuangkan agama IslamSahabat merupakan kawan teman juga rakan yang rapat dan akrab dengan kita Tahukah adik adik Rasulull...
Cerita Janda Kepincut Nekat Cegat Helmi Hasan Berujung Buat Grup Wa Janda Bahagia

Cerita Janda Kepincut Nekat Cegat Helmi Hasan Berujung Buat Grup Wa Janda Bahagia

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 178 hits
Usai menyampaikan sambutan Helmi yang punya agenda di tempat lainnya mau pamit untuk melanjutkan perjalanan kampanye Namun emak emak langsung mencegat Mereka mau bertanya berkeluh kesah dan minta komitmen Helmi Hasan
Sepatutnya Cerita Mop

Sepatutnya Cerita Mop

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum Fuh Lama tak bersiaran semacam berhabuk tangan nak menaip What a long weeks ya Dengan kes COVID 19 yang semakin meningkat saban hari entah macam manalah our life for the next seconds minutes hours days months years Hows work...
Cerita Andien Tentang Menjadi Ibu Yang Bahagia Dalam Webinar Hipwee X Fitco Being A Happy Healthy Mom

Cerita Andien Tentang Menjadi Ibu Yang Bahagia Dalam Webinar Hipwee X Fitco Being A Happy Healthy Mom

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 252 hits
Menurut Andien menutrisi pikiran tubuh dan jiwa merupakan kunci utama agar para ibu tetap waras menjalani perannya
Apa Cerita Sekarang Wah Pening

Apa Cerita Sekarang Wah Pening

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 210 hits
Persoalan yang di tanya apakah Ku Li itu orang kem Mahathir apakah Umno jadikan Anwar sebagai kambing hitam apakah situasi SD Anwar di tangan YDPA dan apakah situasi permainan terkini Dah tamat atau belum Macam kami ini keje sbg jurucakap p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm