Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional Ditubuhkan Januari Ini Takiyuddin


ROSMIZA KASIM

Takiyuddin (tengah) menyerahkan beg sekolah kepada wakil penerima DUN Kota Lama pada program Back To School, Gunting Rambut Percuma Antara Kaum anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kawasan Kota Bharu.
 

KOTA BHARU - Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai 14 September lalu semakin menampakkan hala tuju dengan tertubuhnya jawatankuasa pelaksana di peringkat negeri dan Parlimen pada Januari depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penstrukturan Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional peringkat negeri dan Parlimen itu telah dipersetujui untuk dianggotai secara bersama oleh ketua parti masing-masing.

Menurutnya, menerusi itu juga Pas dan UMNO sebenarnya ke arah menyusun langkah awal sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun tarikh sebenarnya masih belum diketahui lagi.

“Sekiranya pihak luar melihat Piagam Muafakat Nasional antara kami tidak menunjukkan sebarang perkembangan itu satu pandangan yang kurang tepat. Kita ada penyusunan yang berstrategi...Kita akan keluarkan arahan nanti.

“Kita teruja melihat sambutan terhadap Muafakat Nasional menerusi program dijalankan termasuk juga sokongan moral dan sebagainya. Dalam masa terdekat kita akan menstrukturkan Muafakat Nasional di peringkat negeri dan Parlimen,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Back To School, Gunting Rambut Percuma Antara Kaum anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kawasan Kota Bharu yang turut dihadiri Pengerusinya, Nor Azariza Mohd Alawi di Dataran Cheng Ho di sini.

Dalam pada itu Takiyuddin berkata, di peringkat negeri ia akan dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi UMNO negeri dan Pesuruhjaya Pas negeri serta terdapat jawatankuasa tertentu.

“Di Parlimen pula jawatankuasa pelaksana untuk bahagian dan kawasan dipengerusikan bersama oleh Ketua Bahagian UMNO dan juga Yang Dipertua Pas kawasan itu.

“Sekteriat Bersama juga akan diwujudkan di peringkat pusat yang diketuai Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Pas manakala peringkat negeri dipengerusikan bersama Setiausaha Perhubungan UMNO dan Setiausaha Pas,” katanya.

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, barisan pelaksana terbabit diwujudkan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya di samping penganjuran pelbagai program, daftar pemilih termasuk juga pengumpulan dana.

“Ini yang kita gerakkan. Dahulu Pas dan UMNO masing-masing buat kerja sendiri, sekarang kita bersama, ada jawatankuasa bersama. Boleh dikatakan tabung kewangan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut juga memaklumkan, UMNO dilihat tidak menghadapi masalah meskipun parti itu dikatakan tidak banyak menganjurkan program berikutan kekurangan dana.

“Saya melihat negeri yang dikuasai Pas tiada masalah, tetapi di negeri lain, nampaknya UMNO banyak menerima pakai cara Pas termasuk mengutip sumbangan derma semasa program.

“Rakyat dan ahli Pas pun memberikan sumbangan. Ini menunjukkan rakyat bukan sahaja membantu menggerakkan parti tetapi dari segi kewangan apabila menyedari parti menghadapi masalah kewangan disebabkan pembekuan akuan dan sebagainya,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/jawatankuasa-penyelaras-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Umno Pas Tu Wayang Kulit Saja

Muafakat Nasional Umno Pas Tu Wayang Kulit Saja

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 730 hits
Tidak ada manusia di atas muka bumi ini yang boleh jangka apa akan berlaku dan bagaimana lanskap politik Malaysia menjelang PRU 15 tahun 2023 nanti Jangan cakaplah pengalisis politik paling hebat pakar survey pakar cula tok nujum paling han...
Nasrudin Cadang Mca Diganti Jika Tak Selesa Dengan Muafakat Nasional

Nasrudin Cadang Mca Diganti Jika Tak Selesa Dengan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 332 hits
MALAYSIAKINI Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan mencadangkan agar MCA digantikan dengan Parti Cinta Malaysia sebagai rakan Muafakat Nasional Nasrudin berkata demikian ketika beberapa pihak termasuk MCA mengkritik tindakan polis men...
Muafakat Nasional Does Not Suit Sabah Says Zahid

Muafakat Nasional Does Not Suit Sabah Says Zahid

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 505 hits
KIMANIS POLL Muafakat Nasional the Umno PAS cooperation bloc does not fit well in the political situation in Sabah Umno president Ahmad Zahid Hamidi said Without elaborating he mooted the setting up of Muafakat Sabah The Muafakat Nasional m...
Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 506 hits
DAP 2020 New Year Message By DAP Secretary General And MP For Bagan Lim Guan Eng Dec 31 2020 is pivotal to determine whether Malaysia Baru belongs to all Malaysians whether in the urban or rural areas young or old male or female and ensure ...
Imbasan 2019 Muafakat Nasional Vs Pakatan Harapan

Imbasan 2019 Muafakat Nasional Vs Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 447 hits
KAMARUZAMAN MOHAMADAntara sinar Muafakat Nasional dan Pakatan Harapan yang suram TAHUN 2019 adalah tahun yang penting dan kritikal buat Pakatan Harapan dalam menerajui kepimpinan negara Selepas dua tahun memerintah pastinya tidak ada lagi b...
Zahid Disputes Report On Muafakat Nasional In Sabah

Zahid Disputes Report On Muafakat Nasional In Sabah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 336 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has disputed a news report citing him as saying that Muafakat Nasional may be less suitable or unsuitable for Sabah in a speech last night Muafakat Nasional must be adapted to the political situation in Sab...
Pelancong China Dikecualikan Visa Mulai 1 Januari

Pelancong China Dikecualikan Visa Mulai 1 Januari

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 394 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Mulai 1 Januari ini para pelancong dari negara China dikecualikan visa untuk masuk ke Malaysia Tempoh pengecualian itu terpakai sehingga 31 Disember 2020 dan turut mencakupi pelancong dari negara India Menurut Jabat...
Netflix Akan Mengenakan Cukai Sst 6 Peratus Bermula 9 Januari 2020

Netflix Akan Mengenakan Cukai Sst 6 Peratus Bermula 9 Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 556 hits
Berikutan pengumuman penambahan cukai untuk perkhidmatan perkhidmatan digital seperti penstriman video audio dan sebagainya bermula Januari 2020 Netflix Malaysia telah mengumumkan bahawa cukai SST 6 peratus akan dikenakan bermula 9 Januari ...
Tarif Tol Cipali Golongan I Naik Menjadi Rp 107 500 Mulai 3 Januari 2020

Tarif Tol Cipali Golongan I Naik Menjadi Rp 107 500 Mulai 3 Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 464 hits
PT Lintas Marga Sedaya selaku pengelola Ruas Tol Cikopo Palimanan yang kini memilki brand name ASTRA Infra Toll Road Cikopo Palimanan mulai memberlakukan penyesuaian tarif pada ruas Tol Cipali mulai 3 Januari 2020
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka