Jawatan Tpm Bukan Isu Relevan Ketika Ini



(Berita Harian) – Pelantikan Timbalan Perdana Menteri bukan sesuatu yang relevan dan diperlukan ketika ini kerana ia bukan saja tidak memberi manfaat kepada rakyat, malah menambah beban kewangan negara.
Justeru, jika isu Timbalan Perdana Menteri menjadi antara terma penting yang didakwa Perikatan Nasional (PN) tidak dipenuhi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjanjian antara mereka, penganalisis politik berpendapat, PN sudah melakukan kesilapan strategi politik dengan membangkitkan perkara itu.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata, tindakan Perdana Menteri yang tidak membuat sebarang kenyataan mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan mengenai portfolio Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin selepas keluar daripada BERSATU mungkin menyebabkan PN mengungkit mengenai terma itu.
“Bagaimanapun, bagi saya, PN sudah melakukan kesilapan dari segi strategi politik. Ketika ini, rakyat tidak menagih kerajaan untuk mewujudkan jawatan itu kerana ada perkara lain yang lebih penting.
“Tindakan mengungkit perkara itu hanya memberi ‘bola tanggung’ kepada Perdana Menteri dan UMNO sendiri kerana seharusnya diketahui, Perdana Menteri tidak akan melayan tuntutan ini kerana tidak ada keperluan.
“Selain itu, Perdana Menteri yang dilihat bertolak ansur dengan PN sebelum ini berkeras dalam isu ini dengan tidak membuat kenyataan mengenainya kerana UMNO dan BERSATU adalah seteru dalam pilihan raya kelak, jadi ini memberi tamparan kepada BERSATU,” katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan, berkata PN kecewa dengan Perdana Menteri kerana dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara mereka.
Pendirian itu dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN malam kemarin, yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU.
Hamzah bagaimanapun tidak memperincikan terma penting yang dimaksudkan.
Mengenai sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 diluluskan semalam dan tiada lagi memorandum persefahaman (MoU) baharu dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), Azmi berkata, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada Perdana Menteri dan UMNO untuk menentukan masa yang sesuai bagi PRU.
“Tidak semestinya PRU semakin dekat tetapi ia memberi senjata yang kuat kepada Perdana Menteri dan UMNO untuk menentukan tarikh mengikut kesesuaian dan kekuatan parti ketika itu.
“Dengan kelulusan RUU itu, tidak akan berlaku lagi pertukaran parti dalam kalangan wakil rakyat UMNO seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata kewujudan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak akan mengubah apa-apa keadaan, malah tidak menjanjikan kerajaan sedia ada menjadi lebih baik.
“Tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diendahkan Perdana Menteri dan ditentang UMNO. Buat masa ini, tuntutan jawatan ini tidak relevan kerana ia hanya menambah beban kewangan negara dengan saiz besar Kabinet sedia ada,” katanya.
Beliau bagaimanapun berpandangan, kelulusan RUU dan tindakan tidak menyambung MoU memberi isyarat yang PRU-15 semakin hampir dan kemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023.
“Kerajaan tidak berhasrat menyambung MoU kerana hampir semua tuntutan berjaya dipenuhi, malah PH berkata, hampir semua tuntutan berjaya dilaksanakan.
“Tanpa MoU, kerjasama antara kerajaan dan pembangkang masih boleh dijayakan demi kepentingan rakyat dan pada masa sama, keputusan ini juga ada kaitan dengan pendirian UMNO untuk tidak meneruskan MoU,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/29/jawatan-tpm-bukan-isu-relevan-ketika-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 233 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan berhubung isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin yang juga Presiden BERS...
Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 218 hits
LIYANA MARZUKITidak terlalu mengejutkan berita Menteri Kewangan kita menganggotai UMNO Memang kita tahu dia ahli UMNO sejak mula Cuma the turn of event bila dia diangkat jadi Bendahari Agong UMNO negeri Selangor menggantikan Jamal Yunos Ok ...
Mayat Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing Ditemui

Mayat Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing Ditemui

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 230 hits
KINABATANGAN 31 Julai Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya Kota Kinabatangan dekat sini Menurut...
Sebab Ni Saya Suka London Bebas Peluk Peminat Pakaian Provokatif Jessi Ketika Persembahan Tular

Sebab Ni Saya Suka London Bebas Peluk Peminat Pakaian Provokatif Jessi Ketika Persembahan Tular

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 192 hits
Jessi sememangnya dikenali kerana imej yang seksi malah wanita itu berbangga dengannya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penyanyi rap tersebut telah menyertai satu festival di London dan mempersembahkan beberapa lagunya Apa yang menarik perhatian s...
Penganggur Maut Ditetak 4 Lelaki Ketika Sedang Makan Di Kedai

Penganggur Maut Ditetak 4 Lelaki Ketika Sedang Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 259 hits
Penganggur maut ditetak 4 lelaki ketika sedang makan di kedaiSeorang lelaki maut ditetak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tampoi Indah kelmarin Ketua Polis Daeraeh Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata ...
Disambar Buaya Ketika Memancing Mayat Wanita Berusia 32 Tahun Ditemui

Disambar Buaya Ketika Memancing Mayat Wanita Berusia 32 Tahun Ditemui

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 203 hits
Mayat seorang wanita dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat Kinabatangan Sabah sudah ditemui hari ini Memetik laporan Harian Metro mangsa Norsila Sayong 32 ditemui oleh penduduk kampung bersama...
Wanita Diceraikan Ketika Majlis Kahwin Hanya Kerana Ibu Mentua Kata Terlalu Pendek Dan Hodoh

Wanita Diceraikan Ketika Majlis Kahwin Hanya Kerana Ibu Mentua Kata Terlalu Pendek Dan Hodoh

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 372 hits
Perkongsian seorang wanita di Facebook tentang hari bahagianya yang musnah dalam sekelip mata telah mendapat perhatian ramai warganet dari seluruh dunia Pada minggu lalu Lamia al Labawi telah berkongsi kisah sedih apabila perkahwinannya dib...
Cabut Lari Ketika Serbuan Samseng Pecahkan Cermin Kereta Diburu Polis

Cabut Lari Ketika Serbuan Samseng Pecahkan Cermin Kereta Diburu Polis

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 214 hits
Video seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin tingkap sebuah kereta yang dipandu wanita hamil telah tular di media sosial Tindakan biadap lelaki terbabit yang menyerang pemandu wanita itu menggunakan pisau berjaya dirakam sehingga ...
Cara Matikan Bunyi Notifikasi Iphone Ketika Menggunakan Peranti Bluetooth

Cara Matikan Bunyi Notifikasi Iphone Ketika Menggunakan Peranti Bluetooth

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 158 hits
Agak menjengkelkan sekiranya bunyi notifikasi mengganggu anda ketika sedang mendengar lagu menggunakan peranti Bluetooth sama anda tersambung pada pembesar suara luaran ataupun fon telinga Berikut kami kongsikan cara untuk menyahaktifkan fu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti