Jawatan Perdana Menteri Bukan Lagi Suatu Kemegahan Tiga Daripada 10 Sedang Ditimpa Keaiban


 
Jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan tertinggi dan teristimewa dalam negara ini.
Walaupun secara prinsipnya sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana keistimewaan dan ketinggian martabatnya, hanya sepuluh orang saja berpeluang menduduki jawatan tersebut sejak merdeka.
Pendeknya, jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan yang benar-benar terpilih dan penuh kemegahan.
Dengan itu, bukan setakat mereka yang menjadi Perdana Menteri saja yang berasa bangga kerana memegang jawatan itu, bahkan kaum keluarga, kenalan dan sesiapa yang dapat bekerja dengan Perdana Menteri juga sudah tentu “kembangnya” berbeza dengan orang biasa.
Penghormatan dan sanjungan masyarakat dengan mudah datang melimpah, malah orang yang sebelum ini tidak ketahuan pun boleh tiba-tiba menjelma serta merapatkan diri.
Begitulah adat dunia, di mana ada gula disitulah semut akan datang berkerumun.
Namun demikian, di sebalik kemegahan jawatan Perdana Menteri itu, tiga daripada sepuluh yang pernah memegang jawatan itu kini sedang melalui jalan pengakiran yang penuh berliku setelah mereka hilang kuasa.
Seorang sedang dipenjara, seorang yang lain sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dan seorang lagi dalam siasatan oleh SPRM.
Sama seperti nasib seorang bekas Perdana Menteri yang sudah masuk penjara, dua lagi bekas Perdana Menteri yang sedang dibicarakan dan dalam siasatan SPRM sekarang ini juga  berkemungkinan akan masuk penjara akhirnya.
Jika perkara itu berlaku dalam waktu terdekat ini atau dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, bermakna daripada sepuluh Perdana Menteri yang Malaysia pernah ada sejak merdeka, tiga daripadanya merasa masuk penjara apabila tidak lagi berkuasa.
Ertinya, jawatan Perdana Menteri bukan lagi sesuatu yang boleh membawa kemegahan yang berpanjangan kepada sesiapa yang berpeluang mendudukinya dan kepada mereka yang pernah mengelilinginya.
Berdasarkan trend itu, tidaklah memeranjatkan jika ada lagi bekas Perdana Menteri selepas ini, setelah mereka hilang kuasa, akan turut melalui situasi yang sama.
Walaupun seseorang itu mungkin cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada terlibat dalam salah laku ketika berkuasa, seringkali pula kuasa itu menjadi sesuatu yang melekakan mereka, tambahan lagi bila ada kuasa sebesar Perdana Menteri.
Lantaran itu, tanpa sedar atau mungkin disebabkan pengaruh pihak lain, mereka terjebak juga akhirnya.
Ketika ada kuasa memang seronok dan mengasyikkan, tetapi ketika bala datang menimpa, semua yang ada disisi akan mula menjauhkan diri.
Yang dulu selalu menampakkan wajah atau asal berjumpa mesti cium tangan, biasanya tidak lagi kelihatan.
Salah laku itu mungkin boleh ditutup atau didiamkan jika selepas mereka tidak lagi berkuasa, parti yang sama dapat meneruskan sambungan kuasa.
Kiranya parti yang berbeza mengambil alih kuasa, risiko untuk salah laku itu dikorek adalah besar sekali, waima sekecil mana sekali pun salah laku tersebut.


Untuk itu, sesiapa juga yang berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas ini atau kepada yang sedang berkuasa sekarang, ambillah perkara ini sebagai iktibar dan peringatan.
Tanamkan dalam fikiran dalam-dalam bahawa setakat ini,  daripada sepuluh Perdana Menteri  yang pernah memimpin negara ini, tiga daripadanya atau 30 peratus telah ditimpa keaiban setelah mereka hilang kuasa.
Barangkali tiada posisi jawatan lain di dunia ini yang menyaksikan 30 peratus bekas penjawatnya berakhir sedemikian rupa.
Tambahan lagi, selepas era kemegahan BN berakhir pada 2018, menukar parti dan menukar Perdana Menteri akan menjadi kebiasaan saja selepas ini. – ShahbudinHusin 08Mac2025.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/jawatan-perdana-menteri-bukan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Perdana Menteri Ada Cabaran Ada Kejayaan

Setiap Perdana Menteri Ada Cabaran Ada Kejayaan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 171 hits
Setiap Perdana Menteri ada cabaran ada kejayaan Ada yang hadapi krisis kewangan ada yang urus pandemik ada yang stabilkan politik Tiada yang sempurna maksum jauh sekali Namun saat mereka mengangkat sumpah terpikul di bahu mereka amanah besa...
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 153 hits
Pelaburan dalam Sapura Energy Bhd bukan dana hangus ia adalah suntikan untuk membantu vendor dan perlu dibayar semula PM RM1 1 bilion akan disalurkan terus kepada vendor yang terlibat dalam industri minyak dan gas yang dikendalikan oleh Sap...
Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah Amp Tidak Berasas Pejabat Perdana Menteri

Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah Amp Tidak Berasas Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 192 hits
Baru baru ini Pejabat Perdana Menteri tampil bersuara susulan tuduhan yang kononnya kerajaan berdiam diri apabila agama Islam dihina dengan menegaskan ia sama sekali fitnah serta tidak berasas 8216 Tuduhan tidak berasas 8217 Menurut Setiaus...
Syahir Sedar Presiden Pas Tak Dapat Sokongan Pn Jadi Perdana Menteri

Syahir Sedar Presiden Pas Tak Dapat Sokongan Pn Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 116 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 26 2025Kenyataan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman yang tidak menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri adalah isyarat bahawa Presiden Pas itu tidak mendapat sokongan Perikatan Nasional untu...
Perdana Menteri Puji Kebijaksanaan Sultan Pahang Semua Pihak Hormati Proses Serta Undang Undang

Perdana Menteri Puji Kebijaksanaan Sultan Pahang Semua Pihak Hormati Proses Serta Undang Undang

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 141 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata PAS sudah gagal tunggang kes titah adendum selepas Sultan Pahang titah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskannya Anwar memuji kebijaksanaan Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang m...
Dewan Ulama Pas Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri

Dewan Ulama Pas Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 126 hits
1 Saya membaca teguran Dewan Ulamak PAS Pusat terhadap ucapan YAB Perdana Menteri tentang maksud ayat al Quran dalam Surah al Baqarah ayat 183 bermaksud diwajibkan ke atas kamu berpuasa SEBAGAIMANA diwajibkan ke atas orang orang sebelum kam...
Pas Hanya Nak Jawatan Menteri Apa Pas Boleh Buat Hinanya Pas Tamak Kuasa

Pas Hanya Nak Jawatan Menteri Apa Pas Boleh Buat Hinanya Pas Tamak Kuasa

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 128 hits
Miqdad Zakaria Hina sungguh PAS hari ini ibarat seketul daging babi di dalam sekawah gulai lembu Sanggup melutut dan menjilat demi kuasa dan harta dunia
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang