Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini merujuk kepada jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh UPNM. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 28 Mei 2021 (Jumaat). UPNM merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan (warganegara sahaja) untuk mengisi jawatan seperti di bawah ini.
Senarai Jawatan Bukan Akademik UPNM
Pengurusan dan Profesional
Pegawai Perubatan Gred UD43 (Tetap)
Jurutera Gred J41 (Kontrak)
Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)
Pustakawan Gred S41 (Kontrak / Tetap)
Pelaksana
Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Kontrak / Tetap)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Kontrak / Tetap)
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 (Kontrak)
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (Tetap)
Jurufotografi/Juruvideo Gred B19 (Kontrak)
Pembantu Keselamatan Gred KP19 (Kontrak)
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19 (Tetap)
Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak)
Syarat Lantikan
Untuk paparan lampiran (syarat lantikan), sila daftar dan log masuk ke sistem e-recruitment.
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa.
Imbuhan dan Elaun Berkaitan
(Berdasarkan Gred Skim Perkhidmatan)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN_AKADEMIK_DAN_BUKAN_AKADEMIK_UPNM2021
Cara Permohonan Jawatan Bukan Akademik UPNM
Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:
http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara dalam talian. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga; dan
Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau
Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan
mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
Sila kemukakan permohonan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Jawatan Akademik – Encik Sazali bin Salim / Puan Normah binti Musa melalui
telefon: 03-90513400 samb 3070/4584/3575 atau
emel:
[email protected] /
[email protected]
Jawatan Bukan Akademik – Puan Zaishamsuria binti Samsudin / Puan Norashikin binti Yusoff melalui
telefon: 03-90513400 samb 3405/4566/4585 atau
emel:
[email protected] /
[email protected]
Peringatan Mesra
Permohonan yang tidak lengkap serta lewat diterima dan tidak memenuhi syarat tidak akan
diproses dan dianggap tidak berjaya.
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti di bawah:
Jawatan Kosong Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Jawatan Kosong Penghantar Notis N11
Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11
Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan H11
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Jawatan Kosong Pemeriksa Cap Jari Gred N19
Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19
Tawaran Pelbagai Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedang ditawarkan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.
Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/05/jawatan-kosong-bukan-akademik-universiti-pertahanan-nasional-malaysia.html