Jawapan Pertanyaan Lisan Masalah Air Kelantan


 Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan


======


JAWAPAN PERTANYAAN LISAN MASALAH AIR KELANTAN 


Soalan:


Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan punca masalah bekalan air di Kelantan dan rancangan penyelesaiannya.


Jawapan: 


Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa komited dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan air bersih dan sedar akan permasalahan yang membelenggu rakyat di Negeri Kelantan.


2. Daripada analisa yang dibuat, masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik-tolak daripada kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang tidak mampan. 


Perkara ini menyebabkan AKSB menghadapi kesukaran untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada penduduk Kelantan.


3. Rentetan daripada itu juga, AKSB menghadapi masalah untuk membangunkan aset air bagi memenuhi permintaan seiring dengan pertumbuhan pembangunan, menaiktaraf aset-aset sedia ada bagi meningkatkan rizab margin, kepatuhan kepada parameter kualiti air minum dan melaksanakan program penggantian paip bagi mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW).


Tuan Yang Di-Pertua,


4. Penyelesaian kepada isu bekalan air bersih di Kelantan melibatkan beberapa pendekatan. 


Ini termasuk mengukuhkan kedudukan kewangan AKSB melalui penyelarasan tarif air serta memantapkan tadbir urus AKSB.


5. Bagi meningkatkan rizab margin air terawat kepada tahap yang memuaskan, pelaksanaan projek-projek fizikal seperti naiktaraf dan 
pembinaan LRA baharu serta program penggantian paip akan menjadi fokus utama. 


Antara projek-projek yang sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah bekalan air dan seterusnya meningkatkan tahad perkhidmatan adalah seperti berikut :


i. Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) dengan anggaran peruntukan bernilai RM207.2 juta melalui pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dijangka akan siap 
menjelang tahun 2025. 


LRA yang terlibat ialah LRA Chicha 
Fasa 2 berkapasiti 10 juta liter harian (JLH), LRA Tanjung Mas berkapasiti 30 juta liter sehari (JLH) dan LRA Bukit Chupak 
berkapasiti 10 JLH.


ii. pembinaan LRA Mini Telok Mesira, Bachok berkapasiti 2 JLH di bawah pembiayaan pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan yang kini telah siap 96% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Ogos 2022;


iii. Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan melalui Pendekatan 1 berjumlah RM69.95 juta dijangka siap 
pada tahun 2022. Skop kerja termasuk pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter pengguna, 
pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic Information System (GIS); dan


iv. Pembangunan Sumber Air: Kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) telah bermula sejak 26 Januari 2022 
dengan tempoh kajian selama 18 bulan. 


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan 
di lembangan-lembangan sungai di Negeri Kelantan untuk cadangan pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS).


Tuan Yang Di-Pertua,


6. Unjuran permintaan air Kelantan pada 2030 adalah sebanyak 860JLH. Menyedari perkara ini, Kementerian mencadangkan pembinaan 
TAPS dan LRA Bersepadu dengan kapasiti 500 JLH di Labok, Jajahan Machang. 


Cadangan ini akan melibatkan pembekalan air ke hampir keseluruhan jajahan di Kelantan terutamanya Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.


7. Dalam hal ini, Kementerian telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan TAPS Machang berkapasiti 500 JLH di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-12 (RP3 RMKe-12). Projek ini dijangka dapat meningkatkan rizab margin kepada 30%.
 
 Sekian, terima kasih.


=============


1. Akhirnya apa yg saya sebut mengenai punca masalah air di Kelantan sedikit terjawab : 'Masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik tolak daripada KELEMAHAN TADBIR URUS....'


2. Itu adalah sebahagian apa yg disebut sendiri oleh YB Menteri Air dalam jawapan lisan kpd soalan lisan  YB Nazmi, MP Setiawangsa di Dewan Rakyat.


3. KELEMAHAN TADBIR URUS!


Itu lah sebab dan kisahnya.


Itu lah sebab saya memaksa diri menegur perjalanan Aksb semenjak saya masih dalam Kerajaan Negeri.


Kemuncaknya adalah saya berhadapan dengan Dato Tuan Ibrahim selaku Timbalan Presiden Pas yg mempengerusikan pertemuan saya dengan Dewan Harian Pas Malaysia pada tahun 2015.


Namun, teguran saya bersama salinan dapatan audit ke atas Aksb,, tidak pun diambil peduli. 


Allah Maha Berkuasa. 


Apa yg saya tegur dulu disahkan oleh YB Menteri sendiri tujuh tahun kemudian. 


4. APA PUNCA KELEMAHAN TADBIR URUS ITU?


Terus terang saya katakan, ia turut didalangi dan di lindungi oleh Orang Politik.


Selagi Pemimpin sedemikian tidak dibersihkan, saya yakin masalah Aksb tetap tidak akan berakhir.


5. Apa pun cadangan penyelesaian dan berapa pun bajet yg diberikan, selagi semua cadangan dan bajet yg dipohon dibuat dalam kerangka tujuan tersembunyi sedia ada, ia tidak banyak membantu Rakyat Kelantan mendapat bekalan air terbaik dalam masa yg dekat.


6. Apa pun, terima kasih kpd YB Menteri Air yg akhirnya berani menyerlahkan sedikit kebenaran.


7. Soalan saya pada Pak Menteri, apa tindakan ke atas semua tingkat pengurusan Aksb itu sendiri yg dikenal pasti mengalami masalah KELEMAHAN TADBIR URUS dengan makna yg luas itu?


Husam Musa
28 Julai 2022


#SaveKelantan
#SelamatkanKelantan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/jawapan-pertanyaan-lisan-masalah-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan Husam Musa

Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan Husam Musa

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 276 hits
1 Akhirnya apa yg saya sebut mengenai punca masalah air di Kelantan sedikit terjawab Masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik tolak daripada KELEMAHAN TADBIR URUS 2 Itu adalah sebahagian apa yg disebut sendiri oleh YB Menteri Air dala...
Rakyat Kelantan Dah Berpuluh Tahun Minta Air Jernih Nik Amar Ni Tuli Bengong Ke

Rakyat Kelantan Dah Berpuluh Tahun Minta Air Jernih Nik Amar Ni Tuli Bengong Ke

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 203 hits
Banyak lagi yang rakyat kelantan minta PAS buat sebelum sebelum sebelum ini sejak zaman Nik aziz tetapi sampai sekarang Dan sampai ke sudah hare Dok sumbat mulut dan telinga rakyat kelantan dengan ceramah mat jenin Kalau dah bodo dok bertan...
Aksb Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai

Aksb Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 209 hits
HUSAM MUSA AKSB Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai Lembaga Akademi Yakin Enjoy Pusing Dunia 1 Jangan marah Tanya saja Kalau betul kata betul Kalau tak betul pun bagi tahu tak betul Raya Korban baru lalu Ahli Lembaga Air K...
Tips Beli Air Cond Antara Harga Hp Dan Inverter Non Inverter

Tips Beli Air Cond Antara Harga Hp Dan Inverter Non Inverter

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 244 hits
Ketahui tips beli air cond terlebih dahulu sebelum anda membeli air cond untuk rumah anda bagi mengelakkan anda terpaksa membayar bil yang melambung tinggi kerana lebih banyak tenaga elektrik yang diperlukan air cond anda untuk menyejukkan ...
Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 560 hits
Ini adalah artikel ke 889 dalam blog aku dan yang ke 14 streak tanpa henti tentang postingan memancing haha Nasib la korang Tulisan harini aku nak tulis pendek je kot berkenaan pendapat aku tentang perbezaan penggunaan reel baitcasting dan ...
Pesta Air Sejuk Di Chile

Pesta Air Sejuk Di Chile

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 282 hits
Pesta air sejuk di Chile Acara ini bermula 15 tahun lalu hingga jadi acara tahunan Muzik https artlist io SinarHarian VideoSinar Pesta AirSejuk Chile
Cakap Je Serik Tapi Next Time Bawa Lagi Anak Main Air Mak Mak Macam Tulah

Cakap Je Serik Tapi Next Time Bawa Lagi Anak Main Air Mak Mak Macam Tulah

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 256 hits
Golongan ibu ni kadang kadang cakap je penat bawa anak keluar berjalan lebih lebih lagi anak yang sedang membesar tapi next time dah lupa kepenatan tu mesti tak serik nak bawa anak keluar Sebab memori bersama anak tu sangat berharga Begitul...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya