Jawapan Pedas Dari Tmj Setelah Dituduh Membayar Chelsea Untuk Memaparkan Kejayaan Jdt Di Led Board




TIDAK PENAT CEMBURU KE? KALAU HATI BUSUK TETAPI ADA KEPALA OTAK PANDAI, MASIH BOLEH DITERIMA. TETAPI HATI BUSUK TIADA OTAK, LEBIH BAIK MASUKKAN KEPALA DI DALAM LUBANG PUNGGUNG YANG DI HORMATI

Mari berbicara mengenai duit

Berkenaan dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan jika mempunyai duit, semua perkara boleh dilakukan. Saya sokong kenyataan tersebut, tetapi jika ada duit tetapi tidak mempunyai akal fikiran, satu perkara pun takkan jadi. Saya bagi beberapa contoh di negara ini dan negara terdekat. Ada juga beberapa individu berstatus tinggi yang mempunyai duit lebih daripada saya dan mempunyai pasukan bola sepak tetapi jika dibandingkan pencapaian di dalam dan di luar padang, Kelab Bolasepak JDT telah jauh kehadapan meninggalkan kelab yang lain ini. Jadi, ini bukan sahaja mengenai kewangan tetapi perancangan dan pendidikan yang telah diterapkan

Apabila saya, rakyat negeri Johor dan penyokong JDT sedang bergembira dengan kejayaan JDT menjuarai Liga Super untuk empat tahun berturut-turut, seperti biasa muncul suara yang belum ada lesen cuba cari punca yang menonjolkan kebodohan sendiri yang berasa tidak puas hati. Baru-baru ini ada yang mengatakan nama Kelab Bolasepak JDT terpapar di LED board Stadium Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest telah dibayar. Biar saya dedahkan pengalaman yang saya lalui selama ini tanpa mengeluarkan duit. Datuk moyang saya, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar telah mendidik anak dan cucu cicit baginda tentang perhubungan diplomasi. Dengan adanya perhubungan yang baik melibatkan dua pihak antara ketua pemimpin atau syarikat, kami boleh mencapai pelbagai perkara tanpa penglibatan duit

Nama Kelab Bolasepak JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge, satu sen pun saya tidak bayar. Tetapi kenapa ia boleh terjadi? Ia kerana mereka adalah sahabat saya. Saya mempunyai ramai sahabat. Saya bagi contoh. Pada dulu ketika Gary Steven Robat digantung oleh FAM, saya telah menghantar beliau berlatih di Borussia Dortmund tanpa apa-apa bayaran. Kerana sahabat saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Borrusia Dortmund, Edwin Boekamp

Saya juga tidak membayar satu sen ketika JDT menghantar skuad remaja JDT ke Valencia kerana pemilik kelab tersebut adalah sahabat baik saya iaitu Mr. Peter Lim. Ketika JDT mengadakan perlawanan pra-musim awal musim 2017 di Thailand, saya juga tidak mengeluarkan apa-apa duit melainkan kos kapal terbang sahaja disebabkan kawan saya, pemilik Buriram United, Newin Chidchob yang telah menjaga makan minum termasuk hotel penginapan kami semua. Baru-baru ini sahabat baru saya iaitu Mr. Pairoj Piempongsant, daripada syarikat Carabao Co. Ltd ingin mengucapkan tahniah kepada saya dan JDT dengan meletakkan ucapan tersebut di LED board Stadium Stamford Bridge. Selain itu, pada 23hb September 2017, sahabat saya dari King Power pula mahu mengucapkan tahniah kepada JDT di LED board Stadium Leicester City ketika menentang Liverpool

Jadi, kepada anda semua yang mengatakan semua benda perlu menggunakan duit, ada perkara yang saya capai dengan duit dan banyak perkara saya capai tanpa mengeluarkan duit. Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang ramai yang saya hormati sekalian. Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik

Secara tidak langsung, saya bukan sahaja telah membina sebuah empayar perhubungan saya dengan dunia bola sepak, tetapi juga dengan delegasi dari negara luar. Ia bukan sahaja dapat mengembangkan Kelab Bolasepak JDT tetapi turut sama memberi peluang kepada negeri Johor untuk membawa lebih ramai lagi pelabur dan memberi peluang untuk membantu negeri Johor menjadi kuasa ekonomi dalam negara

Dan yang terakhir sekali, ada yang mengatakan sambutan kejuaraan JDT seolah-olah seperti sudah memenangi Piala Dunia. Saya juga telah dididik apabila anda telah berjaya dalam sesuatu perkara, anda perlu meraikannya sebesar-besarnya. Ini kerana tidak ramai di dalam dunia ini boleh berjaya. Saya mengadakan sambutan besar-besaran ini bukan sahaja disebabkan kami telah mencipta sejarah tetapi ia adalah simbolik kepada status kelab JDT daripada kelab yang kerdil menjadi sebuah kelab yg besar

Ini juga untuk menunjukkan kepada dunia yang negeri Johor bukan sahaja sedang membangun, tetapi juga menjadi contoh dalam pentadbiran kerajaan, kuasa ekonomi dalam negara serta untuk memberitahu tentang kejayaan negeri ini. Ia secara tidak langsung turut melambangkan pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
—-
AREN’T YOU TIRED OF BEING JEALOUS? BEING SPITEFUL WITH AN INTELLIGENT MIND IS STILL ACCEPTABLE. BEING SPITEFUL AND BRAINLESS HOWEVER, YOU’RE BETTER OFF STUFFING YOUR HEAD UP YOUR REAR END

Let’s talk about money

Regarding statements from several people saying that if you have money, everything can be done. I support that statement, but if you have money but no brains, not a thing can be achieved. I can give a few examples from neighbouring countries. There are also high-status people who are more capable than I am and have football teams, but when compared to achievements on and off the pitch, JDT FC are far ahead of other clubs. So, it is not just about money but also planning and knowledge

Although the Johor people and I are happily celebrating JDT’s success of winning the fourth straight Super League title, as usual emerged voices with no licence trying to find reasons to potray self stupidity by showing their discontent. Recently there are some claims that the JDT FC message shown on LED boards at Stamford Bridge during the match between Chelsea and Nottingham Forest was paid. Let me reveal the journey and experience that I have been through all this while without using any money. My ancestor, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, taught His Majesty’s children and grandchildren about diplomatic ties. By having good ties benefitting both sides with world leaders or companies, we can achieve many things without using money. I did not fork out a single cent for JDT FC’s name to be shown at Stamford Bridge. But how could it have happened ? It was because they are my friends. I have many friends. I give you an example. During the early years after I took over JDT, Gary Steven Robat was suspended by the FAM, so I sent him to train at Borussia Dortmund without any payment made. It was because my friend is Borussia Dortmund’s Chief Executive Officer and Grassroots Football Development Director, Edwin Boekamp
I also did not use a single cent when JDT sent a youth squad to Valencia because the club owner is my good friend, Mr. Peter Lim. When JDT had 2017 preseason friendly matches in Thailand, I did not spend any money besides the flight costs because my friend, Buriram United owner Newin Chidchob, took care of everything including our accommodation. Recently my new friend, Mr. Pairoj Piempongsant from Carabao Co. Ltd, wanted to congratulate me and JDT by putting the message on the LED board at Stamford Bridge. Besides that, on September 23rd 2017, my friend from King Power wants to congratulate JDT on the LED board at Leicester City’s stadium when they play Liverpool. So, to those saying everything needs money, there are things I have achieved with money and things I have achieved without using money. This is a lesson I want to share with everyone whom I respect. Before we open our mouths, think first. Not everything needs money or maybe those who say these things are those already used to getting political ‘donations’. Sorry, my achievements are bigger than money
Indirectly, I have not only built my networking empire in the football world but also with overseas delegates. It has not only improved JDT FC but also developed the Johor state by bringing in more investors and giving opportunities to help Johor become an economic powerhouse in the country
And lastly, some have said that JDT’s title celebration was like celebrating winning the World Cup. I was also taught that if you are successful at something, you should celebrate it. It is because not many in this world can be successful. I do these big celebrations not only because we have created history but it is also symbolic to what JDT have done such as jerseys being sponsored by big brands, great transportation, advanced training facilities and amenities. Thus celebrations must be bigger and grander than others because this is the Johor identity since the days of my ancestors
It is also to show the world that Johor is not only developing, but also becoming exemplary in government administration, state economic power and portrays this state’s success. It indirectly symbolises the progress of the Johor Darul Ta’zim state
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of JohorHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://citoviral.blogspot.com/2017/09/jawapan-pedas-dari-tmj-setelah-dituduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setelah Sekian Lama Tak Makan Asam Pedas

Setelah Sekian Lama Tak Makan Asam Pedas

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum JOHOREAN katanya Dengan asam pedas memang tak dapat dipisahkan Baru beberapa hari tak dapat asam pedas hati dah tak tentu arah dibuatnya hahaha Siapa yang mampu menafikan keenakan air tangan ibu Asam pedas ikan tenggiri ni m...
Dituduh Tak Jaga Edah Ini Jawapan Padu Bella Astillah

Dituduh Tak Jaga Edah Ini Jawapan Padu Bella Astillah

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 180 hits
Hiburan Saya boleh duduk rumah berkabung tapi you kena transfer duit tak boleh kan ini jawapan padu bekas isteri Aliff Aziz Bella Astillah ketika dituduh tidak menjaga tempoh edah Bella yang terkilan dengan tuduhan sedemikian memberitahu tu...
Ashraf Muslim Kesal Dituduh Tak Jujur Jual Kuih Raya

Ashraf Muslim Kesal Dituduh Tak Jujur Jual Kuih Raya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 939 hits
Ashraf Muslim dituduh peniaga tidak jujur Pelakon Ashraf Muslim kesal selepas dituduh sebagai peniaga yang tidak jujur gara gara bilangan kuih raya tak penuh bekas yang dibeli seorang pelanggannya baru baru ini Ashraf 37 berkata insiden itu...
Bukan Saya Yang Bela Beruang Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang

Bukan Saya Yang Bela Beruang Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 1330 hits
Berita mengenai seorang penyanyi rock wanita yang membela seekor beruang matahari hangat diperkatakan semalam telah membuatkan Ara Johari rimas kerana dia telah dikaitkan dengan penyanyi tersebut BACA Bela Anak Beruang Matahari Sofia Rockan...
Bella Astillah Berang Dihina Dituduh Tak Jaga Edah

Bella Astillah Berang Dihina Dituduh Tak Jaga Edah

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 238 hits
Selepas disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu bekas isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah dilihat kembali aktif menyanyi dan semakin The post appeared first on
Dituduh Curi Wang Kanak Kanak 7 Tahun Ditekap Sudu Panas Hingga Melecur

Dituduh Curi Wang Kanak Kanak 7 Tahun Ditekap Sudu Panas Hingga Melecur

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 344 hits
POLIS memburu lelaki yang dipercayai mendera anak angkatnya sehingga melecur selain memukul kanak kanak terbabit di rumah mereka di Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan Serdang 30 Mei lalu Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismad...
Minta Izin Isteri Beli Motor Shuib Sepahtu Dituduh Dayus

Minta Izin Isteri Beli Motor Shuib Sepahtu Dituduh Dayus

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 835 hits
Dalam berumah tangga tidak salah untuk pasangan suami isteri saling hormat menghormati barulah perkahwinan itu kekal harmoni dan bahagia Namun tindakan Shuib Sepahtu yang meminta izin isteri tercinta Siti Sarah untuk membeli motosikal Yamah...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya