Sambutan Setahun Kerajaan Perpaduan Di Putrajaya Semalam
















 Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama ribuan jemaah di Putrajaya yang hadir dalam majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Majlis kesyukuran ini diisi dengan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.


Ketika menyampaikan amanat, saya menyingkap sejarah penubuhan Kerajaan Perpaduan bertitik tolak daripada kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, yang bertitah memohon sebuah kerajaan yang meliputi kesemua parti politik dibentuk bagi merungkai kebuntuan politik pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Di sebalik tindakan pihak yang menolak titah Tuanku, kebuntutan itu terlerai selepas Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti lain sepakat mengenepikan permusuhan politik yang panjang demi menjunjung titah baginda.


Meskipun dihantui pelbagai cubaan untuk meruntuhkan kesepadua  ini, semua parti terus tekal dengan kesepakatan ini. Alhamdulillah, hari ini kerajaan ini menerima sokongan lebih dua pertiga daripada Ahli-ahli Parlimen.


Ketika mengemudi bahtera sepanjang setahun lalu, saya memberi tumpuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ketara yang diwarisi, khususnya terkait pertumbuhan Malaysia yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lalu seperti yang dilaporkan dalam Sustainable Economic Development Assessment (SEDA).


Kerajaan ini menghalakan usaha menstruktur semula ekonomi negara menerusi peluncuran kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).


Namun, lebih ketara adalah kelemahan dan kelompongan tatakelola. Saya yakin dan percaya Malaysia punya potensi yang sangat besar untuk diangkat martabatnya jika isu tatakelola diperbetulkan dan rasuah dalam negara dihentikan.


Usai setahun pemerintahan, dengan dasar yang jelas serta selesai mengatasi masalah-masalah asas rakyat, Kerajaan Perpaduan akan memulakan usaha dengan lebih tegas untuk membangunkan ekonomi negara dan lebih keras dalam mendepani pelbagai tantangan, salah guna kuasa dan rasuah.


Saya mohon doa dan sokongan daripada rakyat dan rakan-rakan seperjuangan untuk merealisasikan hasrat kerajaan mengecap pencapaian yang jauh lebih baik, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/sambutan-setahun-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 615 hits
24 NOVEMBER Hari ulangtahun setahun pemerintahan Dato Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 Misi mustahil untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dengan mempunyai gabungan yang bukanlah daripada pakatan p...
Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Hanya Mimpi Kosong Dr M Kata Puad

Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Hanya Mimpi Kosong Dr M Kata Puad

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 171 hits
Puad Zarkashi tidak mudah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan yang disokong lebih 148 Ahli Parlimen PETALING JAYA Provokasi Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan cadangan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ibarat mimpi...
Anwar Hargai Kesetiaan Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan

Anwar Hargai Kesetiaan Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 354 hits
PARTI politik yang membentuk kerajaan perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk menebuk atap dalam usaha meruntuhkan kerajaan hari ini kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar yang juga Presiden PKR berkata malahan p...
Kerajaan Perpaduan Tidak Tergugat Isu Video Tular Mohammad Agus J Kom

Kerajaan Perpaduan Tidak Tergugat Isu Video Tular Mohammad Agus J Kom

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 264 hits
Isu peletakan jawatan dan penularan rakaman video perbualan lucah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff tidak memberi sebarang kesan kepada perjalanan Kerajaan Perpaduan hari ini Pengerusi Badan Perhubunga...
Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

Guan Eng Cadang Peruntukan Adun Kerajaan Naik Kepada Rm800 000 Setahun

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 197 hits
ADUN Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500 000 setahun untuk kesemua Adun kerajaan ditambah kepada RM800 000 sama seperti di Selangor Lim berkata perkara itu dicadangkan memandangkan prestasi kewangan keraja...
Selepas Sidang Oic Bekas Veteran Tentera Us Dedah Kerajaan Islam Sudah Dikuasai Zionist

Selepas Sidang Oic Bekas Veteran Tentera Us Dedah Kerajaan Islam Sudah Dikuasai Zionist

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 264 hits
Memalukan apabila seorang veteran US Marine tegur negara Arab Islam selepas Kemuncak Sidang Arab Islam baru baru ini supaya buat lebih lagi dari sepatutnya Lucas Gage ini adalah merupakan veteran US Marine dan beberapa kali turun dalam misi...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Lirik Lagu Nanti Iman Troye Naim Daniel

My Ultimet Guide To Workout Shapewear And Bodysuits With Tummy Control

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Yummy Recipe For Slow Cooker Brisket Of Beef

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Apabila Lelaki Balik Kerja

Sugarbun Signs Partnership With Sedaplycious To Expand Into West Malaysia Overseas Markets

Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam