Jatuh Cinta Dengan Syaitan Dan Malaikat Dalam Good Omens



Antara kesemua drama BBC yang Ayuni pernah tonton dan ikuti, Good Omens merupakan satu-satunya drama bersiri yang Ayuni paling sukai dan jatuh cinta sehingga kini. Mana tak jatuh cinta, drama ini merupakan adaptasi novel berjudul sama yang ditulis oleh dua penulis Inggeris kegemaran Ayuni iaitu Neil Gaiman dan mendiang Terry Pratchett. 
Tambahan lagi Good Omens menampilkan gandingan pelakon British terkenal David Tennant (Doctor Who) dan Michael Sheen (dia pernah jadi robot yang hidang minuman dan mempunyai mata cantik dalam filem Passengers). Satu lagi bonus ialah setiap episod dalam drama ini memainkan lagu-lagu kumpulan Queen yang juga merupakan kumpulan rock kegemaran Ayuni... memang gabungan yang sangat-sangat hebat

Comel sangat dua-dua orang ni.
Tetapi paling tak boleh move on tentang drama pengembaraan komedi ini ialah hubungan akrab antara watak syaitan dan malaikat yang cuba menghentikan dunia daripada kiamat di sepanjang jalan cerita ni... David Tennant dan Michael Sheen memang pasangan pelakon yang sangat serasi dan setiap babak yang ada mereka berdua nampak comel sangat-sangat. Sampai dah berkali-kali Ayuni ulang tengok kesemua 6 episod drama ni sebab tak puas tengok babak-babak yang mengandungi interaksi lucu antara mereka berdua.

Good Omens Crowley Good Omens GIF from Goodomens GIFsSahabat yang baik akan menaiki kereta yang dipandu anda walaupun dia tahu anda memandu macam syaitan.
Good Omens mengisahkan tentang si syaitan Crowley (David Tennant) dan si malaikat Aziraphale (Michael Sheen) yang telah berada di Bumi selama 6000 tahun untuk menjalankan tugas mereka - Crowley ditugaskan untuk menghasut manusia manakala Aziraphale kerjanya menggerakkan mana-mana takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan ke atas manusia. Demi memudahkan kerja mereka, Crowley dan Aziraphale bekerjasama untuk saling membahagikan kerja di Bumi tanpa pengetahuan orang-orang atasan mereka di Syurga dan Neraka. Bak kata Crowley, tiada sesiapa di bahagian atasan akan semak hasil mereka asalkan segala kertas kerja lengkap dihantar

Sahabat yang baik akan benarkan anda berteduh daripada hujan di bawah sayapnya.
Pada suatu malam Crowley ditugaskan oleh Iblis untuk menghantar seorang bayi ke sebuah hospital biara untuk ditukarkan dengan anak seorang duta Amerika. Bayi tersebut merupakan Dajjal yang akan membawa dunia ke akhir zaman. Namun biarawati yang menguruskan pertukaran di sana tersilap tukar bayi lalu menyerahkan Dajjal sebenar kepada sepasang suami isteri Inggeris biasa

Disebabkan tak ingin dunia kiamat dan tak mahu Syurga dan Neraka berperang, Crowley cuba meyakinkan Aziraphale agar berpakat dengan dia untuk menghalang kiamat daripada berlaku melalui satu rancangan rahsia. Dalam rancangan ini Crowley dan Aziraphale akan berebut menarik Dajjal ke arah kebaikan serta kejahatan agar dia membesar sebagai manusia yang normal. 
Jom halang kiamat sama-sama, kata Crowley kepada Aziraphale sebelum mereka jadi mabuk.
Setelah 11 tahun berlalu dan tinggal 6 hari sebelum dunia kiamat, Crowley dan Aziraphale baru tersedar bahawa anak duta Amerika yang mereka awasi selama ini bukanlah Dajjal sebenarnya. Episod berikutnya mengisahkan Crowley dan Aziraphale mengejar masa untuk mencari Dajjal dan menghalang peperangan daripada tercetus antara Syurga dan Neraka. 
Sambil merancang untuk menghalang kiamat sambil berpakat menikmati aiskrim yang padan dengan warna rambut masing-masing.
Di sepanjang pengembaraan Crowley dan Aziraphale, mereka dibantu dan disaingi oleh beberapa manusia lain seperti Sergeant Shadwell si pemburu ahli sihir, jiran Sergeant Shadwell iaitu Madam Tracy, Anathema Device seorang gadis ahli sihir dari Amerika, Newton Pulsifer seorang pemuda yang ingin menjadi jurutera komputer tetapi selalu merosakkan mana-mana komputer yang disentuhnya, serta sekumpulan kanak-kanak yang diketuai oleh seorang budak lelaki bernama Adam Young.

 Anathema Device dan Newton Pulsifer antara manusia yang juga sedang mencari Dajjal selain Crowley dan Aziraphale.
Sesiapa yang tengok cerita ni pasti tertawan dengan pemandangan kota London dan kawasan kampung Inggeris Tadfield di England yang menjadi lokasi utama jalan cerita. Di samping itu watak Crowley dan Aziraphale sangat hidup dan memang tak menghampakan bagi sesiapa yang pernah baca novel Good Omens. Crowley nampak bergaya dengan cermin mata hitamnya yang dipakai tak kira siang atau malam, seronok pula tengok fesyen rambut merahnya yang berubah-ubah ikut zaman. Crowley ni nampak saja muka macam jahat tetapi sebenarnya hatinya ada taman, terutama sekali apa-apa yang berkaitan tentang persahabatannya dengan Aziraphale.

Sahabat yang baik akan menemani anda menonton pementasan Shakespeare walaupun ianya membosankan (di manakah Ayuni boleh mencari sahabat sebegini?)
Si Aziraphale pula nampak innocent dan comel macam kanak-kanak riang. Hobinya suka makan dan mengumpul buku. Disebabkan dia gemar sangat dengan buku, Aziraphale membuka sebuah kedai buku antik di kota London. Paling suka tengok mata Aziraphale yang cantik tu berkilau atau menjeling malu-malu kucing ke arah Crowley apabila Crowley buat sesuatu yang menggembirakan hatinya

Sahabat yang baik akan menggunakan kuasa ghaibnya untuk mendapatkan tempat makan tengahari berdua di Hotel Ritz tanpa sesiapa perlu mengeluarkan belanja.
Segala tentang drama ini amat sempurna kecuali tiga perkara: 1) suara watak Death yang dimainkan oleh Brian Cox tak memberi kesan mendalam seperti mendiang Christopher Lee pernah buat untuk Death dalam siri animasi Discworld (juga adaptasi dari novel Terry Pratchett); 2) ada adegan yang tak sesuai untuk tontonan umum dalam satu episod dan rasanya ini idea Neil Gaiman yang memang dikenali suka meletak elemen 18SX dalam kebanyakan novelnya seperti Amerian Gods dan Stardust; dan 3) walaupun Benedit Cumberbatch (Doctor Strange) seorang pelakon yang hebat hingga menjadi terkenal di Hollywood, namun bila masuk bab lakonan alih suara dia sangatlah teruk dan tak ada emosi langsung dalam drama ini selepas filem The Grinch

Siri Good Omens terdiri daripada 6 episod dan boleh ditonton melalui Amazon Prime Videos


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/06/jatuh-cinta-dengan-syaitan-dan-malaikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 535 hits
Pendakwah terkenal di media sosial Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsianya di instagram mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Baca Namun yang menarik perhatian ramai cara Ustaz meluahkan perasaan cintanya kepada bidadari yang satu Begi...
Menebak Kapan Kamu Sukses Berdasarkan Cara Pedekatemu Saat Jatuh Cinta

Menebak Kapan Kamu Sukses Berdasarkan Cara Pedekatemu Saat Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 215 hits
Permisi kalau nggak bisa pedekate karena falling in love with people we can t have kira kira prediksi suksesnya kapan ya
Jatuh Cinta Dengan Produk Joielle Baby Set Vco

Jatuh Cinta Dengan Produk Joielle Baby Set Vco

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 847 hits
Assalamualaikum Hai CikSha kan dah in love gila dengan produk dari Joille Baby Kalau hari tu berpeluang guna kali ni CikSha dapat cuba Set VCO pulak Yampunnnn Sedap betul bau Set VCO ni Macam aiskrim kelapa tau Yummy sangat Asal pakaikan je...
Huawei Bakal Buat Anda Jatuh Cinta Dengan Emui 9 1

Huawei Bakal Buat Anda Jatuh Cinta Dengan Emui 9 1

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 232 hits
Penggemar setia telefon pintar pasti akan terkesima dengan kecanggihan yang dilancarkan oleh HUAWEI dengan keluaran EMUI 9 1 ini Kali ini EMUI 9 1 The post appeared first on
Azizysharif Keagungan Cinta Chord

Azizysharif Keagungan Cinta Chord

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1042 hits
D E F mMengharap kita bertemu jua haaaa D E F mMenanti kau jelma depan mata F m Bm EKu saksikan pelangi mewarnai bumi AYang terang berseri D BmBila engkau kembali dingin hati ini D C Mengharap cinta abadi F m Bm EHujan mula membasahi ke pel...
Tentang Cinta

Tentang Cinta

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum Lately aku dah mula jadi semakin open dengan blog aku Aku pun tak tahu kenapa Tiba tiba rasa nak share Pernah suatu masa aku sangat berahsia pasal blog aku sampai kawan rapat aku sendiri minta link pun aku tak nak bagi I was...
Drama Cetera Hati Diya Lakonan Fattah Amin Dan Azar Azmi Adaptasi Novel Isteri Aku Kalis Cinta

Drama Cetera Hati Diya Lakonan Fattah Amin Dan Azar Azmi Adaptasi Novel Isteri Aku Kalis Cinta

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1273 hits
JUDUL CETERA HATI DIYADURASI 15 episod x 60 minitTARIKH TAYANGAN 17 Jun 10 Julai 2019WAKTU SIARAN Isnin Khamis 10 00 malamSIARAN TV Slot Samarinda TV3PENGARAH Raja MukhrizPRODUKSI Wiranusa Corporation Sdn BhdPELAKON Fattah Amin Azar Azmi Zi...
Sinopsis Bukan Cinta Aku

Sinopsis Bukan Cinta Aku

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 317 hits
SINOPSIS BUKAN CINTA AKU Mengisahkan Rania baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence Itali Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna pemandu keluarganya Kesungguhan Arjuna yang sering memberi ...
Drama Setelah Cinta Itu Pergi Lakonan Fahrin Ahmad Dan Nina Iskandar

Drama Setelah Cinta Itu Pergi Lakonan Fahrin Ahmad Dan Nina Iskandar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1721 hits
Drama terbaru di slot Samarinda TV3 Setelah Cinta Itu Pergi adaptasi dari novel karya Ezdiani Abd Rahman Bersiaran 20 episod diarahkan oleh Heykal Hanifah terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd dan skrip bersama PGRS Team Rozie Rashid dan ...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Lirik Pelita Dalam Do A Raffa Affar

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

In Paris And Beyond 6 Sumptuous European Hotels

Menginap Di Royal Chulan The Curve

Pokok Tumbang Hempap Kenderaan Di Depan Hotel Concorde

Hiburan Kalau Saya Menidakkan Orang Cakap Memang Saya Buat Ruhainies Enggan Ulas Tuduhan Komplot Dengan Aliff Aziz