Jatuh Bangun Sebagai Seorang Blogger


Awak tau tak mengapa kerjaya blogger masih lagi relevan sehingga kini? 

Antara sebabnya adalah kerana kebanyakan orang akan membuat carian di Google Search berkaitan perkara yang ingin mereka rujuk, jadi pada masa inilah kekuatan blogger dapat dinilai. Artikel yang berada di blog boleh diakses melalui Google Search dan akan kekal seiring zaman untuk tatapan semua pembaca di seluruh dunia melainkan hanya jika artikel tersebut dipadam oleh penulisnya. Artikel kekal seiring zaman membawa maksud kerjaya blogger juga akan tetap kekal relevan berpanjangan

Bermula dengan menulis di blog secara suka-suka, siapa sangka saya mampu menjana pendapatan hasil daripada aktiviti ini. Kedengarannya seperti mudah, hanya dengan menulis mampu menjana wang. Namun percayalah perjalanan awal banyak liku dan ranjaunya. Telah banyak masa terbuang dan dibazirkan hanya untuk pencarian mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan blog. Namun kini serasanya percaturan saya itu berbaloi..


Blogger atau Influencer?Dahulu blogger sekarang influencer? Entah layak atau tidak saya gelarkan diri sendiri sebagai influencer tetapi itulah hakikatnya yang terjadi sejak saya jadikan blogging sebagai kerjaya sepenuh masa saya tiga tahun yang lepas. Dikenali sebagai mikro influencer kerana jumlah pengikut yang masih sedikit, sebenarnya saya lebih suka memperkenalkan diri sebagai seorang blogger. Penulisan merupakan minat saya dan apabila diberi pilihan untuk menulis di blog tentang apa jua jenis topik semasa, tentunya saya tidak menolak. 
 
Apabila terlibat dalam dunia blog, mengiklankan artikel merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan oleh seorang blogger untuk mewar-warkan artikel mereka kepada pembaca. Sering juga penulis blog menerima product review untuk diiklankan di blog, jadi mahu atau tidak blogger perlu mencanangkan mengenai produk tersebut di saluran media sosial mereka. Pada masa inilah follower mula bertambah dan sedar tak sedar, blogger yang pada asalnya hanya menulis di blog kini mula menjadi influencer di sosial media.


Ramai sahabat menganggap kehidupan sebagai seorang blogger mudah kerana pengiklanan mereka seringkali mendapat perhatian apatah lagi dengan jumlah pengikut yang kian bertambah saban hari. Ditambah pula dengan aktiviti yang hanya berpusat di rumah, jadi semuanya kelihatan menyeronokkan. Namun setiap kerjaya mempunyai jalan ceritanya tersendiri, begitu juga dengan blogger. Kerjaya yang nampak  gah namun di sebaliknya tersembunyi kepayahan yang hanya dapat difahami oleh mereka yang melaluinya.


Cabaran Sebagai Seorang BloggerPelbagai kenangan pahit manis telah saya tempuhi sepanjang penglibatan dalam dunia blogging. Namun jika ditanya samada saya mahu terus kekal berada dalam bidang ini, jawapannya tentu sahaja mahu! Sambil menjaga anak, saya boleh jana wang tambahan hanya melalui penulisan di rumah dan pada masa yang sama saya dapat meluaskan pengetahuan melalui aktiviti pembacaan sebelum mula menulis sesuatu topik di blog. Namun menjadi seorang blogger bukanlah mudah, terdapat liku cabaran yang terpaksa saya tempuhi demi untuk terus kekal berada dalam bidang ini, antaranya adalah:


1. Memahami SEO Perkara paling susah dan masih saya rasakan susah sehingga kini adalah dalam memahami SEO. SEO membawa maksud Search Engine Optimization merujuk kepada aktiviti enjin carian yang menentukan kedudukan sesuatu artikel pada mukasurat Google. Artikel pertama yang keluar pada enjin carian menunjukkan artikel tersebut mempunyai SEO yang sangat baik. Namun persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, 'bagaimana saya ingin pastikan artikel saya berada pada muka depan Google dan kekal pada halaman itu?'.


Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjadi blogger. Meski kefahaman saya mengenai SEO sangat sedikit tetapi ilmu yang saya dapat melalui aktiviti pembacaan dan penulisan di blog membantu saya memahami serba sedikit mengenai SEO sekaligus membantu saya menghasilkan artikel yang lebih baik dari masa ke semasa. Jadi jangan risau jika awak tidak tahu tentang SEO, sentiasa ada waktu untuk terus belajar dan memahami kerana kerjaya blogging tidak terhad pada suatu masa sahaja.


2. Tiada Idea Menulis (Writer's Block)



Masalah writer's block atau tiada idea untuk menulis memang sering dialami oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan, samada penulisan buku atau penulisan di blog. Meski telah bertahun menjadi blogger, masalah ketandusan idea dan kekeringan buah fikiran merupakan perkara biasa yang saya alami. Apa jadi bila tiada idea menulis? 


Saya tidak dapat mengemaskini blog dengan artikel terbaru dan ini akan mempengaruhi nilai trafik blog kerana jumlah pageview berkurangan. Namun masalah ini sebenarnya mudah diatasi. Cara saya, catat setiap perkara yang berlaku di sekeliling dan olah dalam bentuk penceritaan di blog. Selain itu jika saya ketandusan idea, saya buka sahaja foto album di telefon pintar dan cari satu gambar yang saya rasakan sesuai untuk dijadikan subjek utama bagi penceritaan di blog nanti.


3. Kekangan WaktuMustahil saya dapat menulis blog dengan tenang tanpa gangguan terutamanya pada musim lockdown ini. Gangguan utama tentulah daripada anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian serta urusan rumah tangga yang perlu diutamakan. Menulis dalam suasana bising kebiasaannya akan menyebabkan saya menghasilkan artikel dengan banyak kesalahan ejaan dan ayat yang berterabur. 


Jadi apa pilihan yang saya ada memandangkan saya adalah suri rumah sepenuh masa yang perlu sentiasa berada di rumah bersama anak-anak? Bangun seawal jam 4 pagi demi mendapatkan suasana tenang dan damai yang dapat membantu saya menghasilkan artikel berkualiti di blog adalah cara saya untuk atasi masalah kekangan masa. Apabila telah terbiasa, bangun seawal pagi terasa tidaklah begitu membebankan.


Apa yang saya kongsikan ini hanyalah secebis daripada kisah saya yang menjadikan blogger sebagai kerjaya tetap. Meski ada kesusahan di sebaliknya namun ganjaran yang diperoleh juga setimpal dengan kepayahan yang dihadapi. Kebebasan bekerja mengikut masa sendiri dan kesempatan menjaga anak-anak di rumah sambil menjana pendapatan merupakan antara perkara yang saya impikan. Rezeki makin bertambah sejak bergelar pula mikro influencer dan menerima review berbayar untuk diiklankan di media sosial. 


Sesiapa sahaja boleh menjadi blogger, meski telah mempunyai kerjaya tetap. Bermula daripada seorang blogger kemudian menjadi influencer, agak susah namun tak mustahil kan? Bagaimanapun jangan lupa untuk teruskan menulis dan jangan pernah berhenti menghasilkan artikel yang bermanfaat ya. Jadi apa kata mula buat blog pertama awak hari ini :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/07/cabaran-kerjaya-blogger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tembus 1 Juta Subscribers Daniel Mananta Jelaskan Alasan Bikin Konten Jatuh Bangun Kehidupan Artis

Tembus 1 Juta Subscribers Daniel Mananta Jelaskan Alasan Bikin Konten Jatuh Bangun Kehidupan Artis

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 218 hits
Sering membuat vlog tentang pengalaman hidup termasuk perjalanan spiritual para bintang tamunya Daniel teryata punya tujuan positif dan mulia
Kerajaan Pn Kini Jatuh Kerajaan Interim Sebagai Penyelesaian Awal Mujahid

Kerajaan Pn Kini Jatuh Kerajaan Interim Sebagai Penyelesaian Awal Mujahid

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 210 hits
Afiezy AzamanJulai 7 2021 Mujahid mendakwa kerajaan Perikatan Nasional kini telah jatuh Gambar failKUALA LUMPUR Kerajaan interim dilihat sebagai satu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku susulan penarikan diri UMN...
Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 215 hits
June 25 2021 Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagiUmno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih kerana wabak Covid 19 Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan seca...
Doktor Yang Telah Di Gantung Tugas Biasanya Tidak Dibenarkan Menjalankan Tugas Sebagai Doktor Di Malaysia

Doktor Yang Telah Di Gantung Tugas Biasanya Tidak Dibenarkan Menjalankan Tugas Sebagai Doktor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 241 hits
HAMZAH RIE NASeveral medical practitioners have confirmed once a doctor is struck off by MMC it means he she is deregistered and is not allowed to practice as a medical doctor in Malaysia How come such a person can be appointed as the medic...
Keenganan Guna Ivermectin Sebagai Rawatan Ppim Membuat Laporan Polis Terhadap Kkm

Keenganan Guna Ivermectin Sebagai Rawatan Ppim Membuat Laporan Polis Terhadap Kkm

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID 19 Laporan polis itu dibuat kira ki...
Amit Malhotra Dinamakan Sebagai Pengarah Urusan Hbo Max Asia Tenggara Dan India

Amit Malhotra Dinamakan Sebagai Pengarah Urusan Hbo Max Asia Tenggara Dan India

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 272 hits
Adakah ini jodoh antara HBO Max dan Malaysia Boleh dikatakan ya Dalam kenyataan media WarnerMedia di bawah kepimpinan Malhotra WarnerMedia berharap dapat melancarkan HBO Max di Hong Kong Indonesia Malaysia Filipina Singapura Taiwan Thailand...
Dapat Hadiah Comel Sebagai Kenang Kenangan

Dapat Hadiah Comel Sebagai Kenang Kenangan

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 301 hits
Dapat Hadiah Comel sebagai Kenang Kenangan Hadiah comel dari orang yang dah nak berhenti kat tempat kerja aku Yasss orang yang nak berhenti la patut bagi hadiah kepada rakan sekerja yang masih berjuang Kan Hahahaha Haaa pink colour untuk i ...
2 Hari Menghilang Seorang Wanita Di Sinjai Ditemukan Tewas Terapung

2 Hari Menghilang Seorang Wanita Di Sinjai Ditemukan Tewas Terapung

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 207 hits
Warga Dusun Tongke Tongke Kecamatan Sinjai Timur Kabupaten Sinjai digegerkan penemuan mayat seorang wanita dalam kondisi terapung di Sungai Cemape Jumat Mayat wanita tersebut diketahui bernama Kartini yang sejak dua hari lalu dilaporkan hil...
Cef Boleh Rasai Emosi Seorang Wanita Yeo Jingoo Dilamar Terajui Link Bersama Moon Gayoung

Cef Boleh Rasai Emosi Seorang Wanita Yeo Jingoo Dilamar Terajui Link Bersama Moon Gayoung

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 473 hits
Nampaknya Yeo Jin goo kini sedang sibuk mencari projek baru untuk melakukan comeback selepas drama Beyond Evil Menurut sumber pelakon lelaki itu menerima tawaran untuk berlakon dalam drama terbaru tvN bertajuk Link Kata agensinya pula Yeo J...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023