Jasa Ditukar Nama Ke J Kom Fungsinya Berbeza Dangan Jabatan Penerangan Menteri Kkmm




Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah. 


Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.


“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti’,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.


Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik COVID-19.


Japen pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.


Katanya fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.


Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.


“Saya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.


“Saya beri jaminan ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik,  ia harus kombinasi (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah tinggi,” katanya. 


Beliau berkata lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.


Mengulas mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahkan jumlah itu memberi bayangan peruntukan itu akan dikurangkan.


Katanya, pengurangan peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarkan jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/jasa-ditukar-nama-ke-j-kom-fungsinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Nama Jasa Ke J Kom Takkan Mampu Redakan Kemarahan Rakyat Najib

Tukar Nama Jasa Ke J Kom Takkan Mampu Redakan Kemarahan Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 388 hits
Jabatan Hal Ehwal Khas semalam ditukarkan kepada nama baharu iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata peranan dan fungsi J KOM juga turut berubah dan tidak seperti dahulu Antaranya...
Jabatan Penerangan Pertahan Van Belanjawan Netizen Pulak Mengkritiknya

Jabatan Penerangan Pertahan Van Belanjawan Netizen Pulak Mengkritiknya

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 385 hits
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan mempertahankan tindakannya terhadap kritikan di media sosial berhubung pengumuman awam Belanjawan 2021 Pengarah jabatan itu berkata ia membuat siaran sama tahun lepas Klip video yang menunjukkan sebuah...
Jasa Jadi J Kom Pembaziran Tetap Pembaziran

Jasa Jadi J Kom Pembaziran Tetap Pembaziran

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 266 hits
Mengubah nama JASA yang dipertikaikan kerana diberi peruntukan RM80 juta bagi tujuan propaganda kerajaan kepada J Kom tidak menyelesaikan kontroversi Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata penukaran nama seperti yang disebutkan ...
Peruntukan Untuk Jabatan Hal Ehwal Khas Atau Kini J Kom Akan Di Kurangkan

Peruntukan Untuk Jabatan Hal Ehwal Khas Atau Kini J Kom Akan Di Kurangkan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bahawa peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas atau kini dijenamakan sebagai J Kom akan dikurangkan Dia berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang ...
Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

Parlimen Tempat Bahas Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri Anwar

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 262 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim membantah peraturan tempoh masa ucapan penggulungan menteri yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan menyifatkannya bukan cara parlimen berfungsi Pagi ini Azizan mengumumkan bahawa setiap m...
Vaksin Ada Kelonggaran Dalam Soal Halal Jika Darurat Kata Menteri

Vaksin Ada Kelonggaran Dalam Soal Halal Jika Darurat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 259 hits
MALAYSIAKINI PARLIMEN Meskipun dalam Islam ubat ubatan mestilah dibuat daripada bahan bahan yang halal dan baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad berkata ada kelonggaran untuk menggunakan sumber yang haram jika dalam keada...
Menteri Timbalan Menteri Bn Akan Sokong Penuh Muhyiddin Sampai Pilihan Raya Umum

Menteri Timbalan Menteri Bn Akan Sokong Penuh Muhyiddin Sampai Pilihan Raya Umum

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 443 hits
KUALA LUMPUR Menteri dan Timbalan Menteri BN berikrar akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Mereka berkata demikian pada satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh 20 Menteri dan Timbala...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7

Menjadi Ibu Bapa Bijak Memahami Tanggungjawab Dan Strategi Pemantauan Anak

Pmx Umum Kenaikan Kuota Petrol Budi95 Kepada 80 Liter Untuk Pemandu E Hailing

Fam Terjerat Tanggung Aib Tempahan Sendiri

Pasangan Warga Emas Disyaki Berkhalwat Dicekup Kali Kedua