Jari Satu Tuding Orang 4 Jari Lagi Tuju Diri Sendiri 9085




Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula sekali lagi dipilih sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi pemilihan itu di Istana Negara, Kuala Lumpur yang selesai pada 12.45 tengah hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin itu berlangsung selama lebih satu jam.

Mesyuarat dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 6 Januari lepas.

Setakat laporan ini ditulis, kenyataan rasmi mengenai pelantikan itu masih belum dikeluarkan.

KERENGGA: Sultan Pahang dipilih sebagai Agong baru

Na'im NikmatWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat -13)

Thursday, January 24, 2019
LEGA RASANYA BILA LIHAT PH BERMATIAN² MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN (GAMBAR)

Eh...Na'im Nikmat: LEGA RASANYA BILA LIHAT PH BERMATIAN² MEMPERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN (GAMBAR)

KHAMIS, 24 JANUARI 2019 
Peguam Razak: 'Gambar Najib rekaan sepupu Altantuya'
Zikri Kamarulzaman 
Seorang peguam bela kes saman RM100 juta atas kematian Altantuya Shaariibu mengasak sepupu mendiang dengan mempersoalkan mengenai gambar yang dikatakan memaparkan bekas perdana menteri Najib Razak itu memang benar-benar wujud.
Manjeet Singh Dhilon, yang mewakili bekas kekasih Altantuya, Razak Baginda, mendakwa Burmaa Oyunchimeg berbohong mengenai gambar itu.
Burmaa mengesahkan di mahkamah semalam Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar yang memaparkan Altantuya, Razak dan Najib bersama-sama.
Manjeet memulakan soalannya dengan mengesahkan Burmaa telah bertemu Razak Baginda sebanyak tiga kali di Hong Kong, Shanghai, dan Singapura antara 2004 dan 2005, serta telah meluangkan masanya bersama Razak dan Altantuya.
Beliau kemudian bertanya mengapa Burmaa telah bertanyakan Altantuya siapa lelaki dalam foto itu, walaupun mendakwa telah mengetahui dan bertemu dengan Razak.
Manjeet: Adakah anda bertanya kepada rakan anda yang siapa ada di dalam gambar?Burmaa: Tidak. Saya kenal Razak Baginda.
Manjeet: Dengarkan saya
Burmaa: Mungkin ada kesilapan, tetapi saya tahu Razak Baginda
Manjeet: Anda sudah tahu kesilapan itu?
Burmaa: Ya, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua saya
Manjeet: Kerana kamu berbohong kepada mahkamah?
Burmaa: Saya beri keterangan dengan bersumpah (bercakap benar)
Manjeet: Adakah anda bertanya, siapa orang ini?
Burmaa: Ya
Manjeet: Anda tahu lelaki ini, anda mengelilingi dunia dengannya, tinggal di hotel yang sama, dan anda mengatakan bahawa anda mengenali dia.
Burmaa: (tidak didengar)
Manjeet: Jangan sampuk saya. Anda melihat gambar ini dan bertanya, siapakah mereka?
Burmaa: Ya
Manjeet: Kamu tidak mengenali Razak?
Burmaa: Ya, sudah tentu saya kenal.
Kenal Razak Baginda
Manjeet: Kalau begitu, mengapa anda mengatakan ini dalam kenyataan anda: 'Apabila kami kembali ke Mongolia, dia menunjukkan gambar perjalanannya ke Paris bersama Razak. Saya masih ingat saya melihat gambar tiga orang, dua lelaki dan Altantuya. Saya bertanya kepadanya siapa mereka. '
Ada dua lelaki, ada seorang yang kamu pernah luangkan waktu, maksudnya kamu tidak mengenali mereka berdua?
Burmaa: Saya mengenali Razak Baginda.
Manjeet: Lalu mengapa anda mengatakan ini dalam kenyataan anda dan menandatanganinya?
Burmaa: Saya silap
Manjeet: Anda telah silap?
Burmaa: Dengan kata itu. Saya tidak silap apabila saya melihat Razak baginda.
Manjeet (gambar): Bolehkah saya mencadangkan mungkin bahasa Inggeris anda tidak sebaik yang anda katakan?Burmaa: Ya, boleh
Manjeet: Kenapa anda membuat kesilapan mudah ini?
Burmaa: Ia berlaku antara saya dan adik (sepupu) saya (Altantuya).
Saya bertanya Altantuya, siapa yang berada di dalam gambar bersama Razak Baginda dan Altantuya.
Manjeet: Saya katakan kepada anda, anda tidak pernah ditunjukkan sebarang gambar.
Burmaa: Saya pernah.
Manjeet: Saya katakan kepada anda tidak ada gambar sedemikian.
Burmaa: Saya melihatnya, saya memberitahu anda apa yang saya lihat
Manjeet: Saya katakan kepada anda, bahawa cerita ini adalah rekaan?
Burmaa: Saya tidak setuju

Burmaa menerangkan bahawa walaupun dia tidak ingat betul-betul masa Altantuya menunjukkan gambar itu, tetapi dia memberitahu waktunya selepas mereka kembali ke Mongolia dari Singapura.

Burmaa berkata Altantuya mempunyai banyak gambar perjalanannya ke Paris, terutama dirinya bersama Razak Baginda, tetapi terdapat juga foto yang memaparkan Najib itu.
'Hafal ucapan'
Burmaa: Saya bertanya siapa lelaki ini yang bersama-sama dirinya (Altantuya) dan Razak Baginda.

Dia memberitahu saya ia adalah pegawai tinggi di Malaysia dan dia memberitahu saya namanya Najib Razak.

Apabila saya mendengar nama itu yang saya tanya (ALtantuya) adakah mereka bersaudara kerana nama yang sama.

Beliau berkata tidak, mereka adalah kawan baik dan rakan niaga serta dia adalah pegawai tinggi di Malaysia. Itulah apa yang dia beritahu saya.

Manjeet: Bilakah anda menghafal ucapan itu?
Burmaa: Saya ingat begitulah.
Manjeet: Saya katakan kepada anda bahawa anda menghafal ucapan anda dan anda tahu apa keterangan yang akan anda berikan di mahkamah.
Burmaa: (tidak didengar)
Manjeet: Anda tahu apa keterangan yang anda berikan di mahkamah?
Burmaa: Ya.
Manjeet: Itulah sebabnya anda membuat kesilapan yang cukup jelas ini, anda tidak tahu siapa orang-orang ini dalam gambar kerana hari ini anda berbohong.
Burmaa: Apa yang kamu tuduh saya? Saya katakan saya kenal Razak Baginda, saya tidak mengenali Najib Razak sebab itulah saya bertanya siapa orang lain di dalam gambar itu.
Manjeet: Baiklah ok.

Soalan kemudiannya beralih kepada anak-anak Altantuya.Kemudian, Manjeet bertanya Burmaa mengenai foto yang dikemukakan oleh plaintif, yang dikatakannya sama dengan foto Altantuya yang ditunjukkan kepadanya.

Burmaa berkata, wanita itu dalam foto itu bukanlah Altantuya, dan ia adalah "pekerjaan photoshop terburuk" yang pernah dilihatnya.

Dia berkata gambar itu kelihatan tidak benar kerana lelaki itu tidak melihat kamera.

"Dalam gambar asal mereka semua tersenyum," kata Burmaa.

Lelaki yang sama

Bagaimanapun, dia berkata kedua-dua lelaki dalam gambar palsu itu, Najib Razak dan Razak Baginda, adalah jelas merupakan lelaki yang sama yang dilihatnya dalam foto asal.

Dia juga mengatakan yang foto asal "sudah tidak wujud lagi".

Peguam kanan persekutuan Jasmee Hameeza Jaafar kemudian bertanya di mana gambar itu sekarang, Burmaa berkata dia tidak tahu.

"Saya diberitahu oleh Encik Ang bahawa foto itu bersama Altantuya (ketika dia datang ke Malaysia pada Oktober 2006).

"Encik Ang berkata dia melihat foto itu juga," kata Burmaa.

Ang merujuk kepada Ang Chong Beng, penyiasat persendirian yang diupah oleh Altantuya.
Percutian ke Paris
Burmaa berkata terdapat foto lain dari percutian Altantuya ke Paris, termasuk gambar-gambarnya di luar butik Louis Vuitton, dan Altantuya dan Razak Baginda di dalam kereta Ferrari.

Foto-foto ini katanya masih ada bersama keluarga Altantuya di Mongolia.

Najib semalam mengulangi penafiannya bahawa beliau difoto bersama Altantuya, dan mengatakan dakwaan Burmaa merupakan suatu pembohongan.

Saman sivil bernilai RM100 juta ini difailkan keluarga Altantuya pada tahun 2007, setahun selepas kematiannya.

Komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh Altantuya oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 dan dijatuhi hukuman mati.

Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan dua bekas pegawai polis dalam pembunuhan itu telah dibebaskan.

Perbicaraan berlangsung esok dengan keterangan dari bapa Altantuya, Shaariibuu Setev.
DIALOG RAKYAT: Peguam Razak: 'Gambar Najib rekaan sepupu Altantuya'

Kit Siang dimalukan pengunjung ketika kempen
Manzaidi Mohd Amin
Lim Kit Siang.
KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang tersipu malu apabila kempennya di sebuah penginapan di Cameron Highlands pagi semalam disindir dan diperli oleh beberapa pengunjung.

Beliau bersama beberapa jentera DAP dan diiringi kumpulan tarian singa, dikatakan singgah di penginapan itu untuk berkempen tetapi tidak dilayan oleh pengunjung.

Sebaliknya, beberapa lelaki yang sedang menikmati makan pagi melaung ke arah kumpulan Kit Siang dengan kata-kata, “tipulah…janji pilihan raya lepas tak dak (tidak) settle (tunai) lagi”.

Kemudian disampuk yang lain dengan berkata, “apa mau janji pula?”

“Semua kena tipu..janji kuat, tipu (pun) kuat,” pekik seorang lelaki.

Ketika itu, Kit Siang bersama rombongan kempennya berjalan ke arah pintu untuk keluar dari dewan makan penginapan berkenaan dan kedengaran kata-kata sindiran, “Orang Asli sudah lama di Malaysia tau”.

“Tak perlu PR (status penduduk tetap) ma,” kata pengunjung dalam klik video berdurasi 50 saat itu.
“Pi, pi, pi (pergi) tipu orang lain pula,” kedengaran suara menghalaunya.

Ketika itu Kit Siang sudah bergegas keluar dari penginapan berkenaan yang diekori kumpulan tarian singa. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINIDIALOG RAKYAT: Kit Siang dimalukan pengunjung ketika kempen

Tak wajar salah guna JAKOA halang Orang Asli mengundiNizam Zain
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diiringi Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan bersalaman dengan sebahagian ahli MIC ketika hadir di Pusat Daerah Mengundi MIC Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL 
CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak sewajarnya disalahgunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghalang komuniti asal itu mengundi pada 26 Januari ini.

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Orang Asli mempunyai hak dan dijamin oleh Perlembagaan untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Itu tidak sepatutnya berlaku, jangan halang hak asasi, ini di bawah dan dijamin Perlembagaan bahawa setiap pengundi rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk memilih sesiapa saja.

“Kita kerajaan BN dulu kita telah pun kalah dalam PRU-14 dan kita redha, kita tak pernah mengugut, kita tak pernah buat apa-apa dulu dan tak pernah kata jangan keluar mengundi dan macam-macam,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi Pusat Daerah Mengundi (PDM) MCA di Brinchang hari ini.

Sebelum ini, gambar kenderaan JAKOA yang didakwa disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan PH untuk berkempen dalam PRK Cameron Highlands tular di media sosial dan satu laporan polis telah dibuat oleh calon BN, Ramli Mohd Nor sendiri.

Mohamad juga berkata, kerajaan BN sebelum ini tidak pernah menghalang mana-mana pengundi daripada keluar mengundi atau memilih sesiapa sahaja sebagai wakil rakyat mereka.

“Kita memberikan kebebasan sepenuhnya semasa kerajaan BN berkuasa sendiri dan kita harap supaya amalan demokrasi yang sihat ini dapat diteruskan oleh kerajaan PH,” katanya.

Katanya lagi, pemimpin PH tidak perlu gusar jika kerusi P078 itu dimenangi oleh calon BN kerana ia tidak akan mengubah kerajaan Persekutuan.

“Lagi pun ini pun dulu kita mempertahankan kerusi kita, saya harap supaya menggunakan jentera kerajaan, agensi kerajaan, menghalang rakyat keluar daripada menjalankan hak mereka mengundi sebagai rakyat, saya rasa itu tidak patut dan perlu dihentikan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
DIALOG RAKYAT: Tak wajar salah guna JAKOA halang Orang Asli mengundi

Waspada whatsapp palsu JPJKumara Sabapatty 


KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan pengeluaran sebarang mesej atau kenyataan bertajuk ‘Sebelum Duit Anda Melayang’ dalam media sosial.

Penafian itu menyusul selepas mesej berkenaan tular da disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh JPJ.

“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya atau mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudiannya disebarkan sebekum pengesahakan dilakukan dengan JPJ,” tegas kenyataan JPJ dalam Facebook rasminya hari ini.

Mesej palsu itu mendakwa bahawa kononnya info terkini JPJ mulai Februari tahun ini,  kadar saman JPJ iaitu untuk menghalang kereta dan memotong ialah RM300.

Mesej Whatsapp itu juga mendakwa kononnya kesalahan memandu perlahan di lorong kanan akan dikenakan saman RM150, menyimpan batang kayu, besi, pisau dan lain lain objek bahaya dalam kereta dikenakan kompaun RM100, isi minyak tanpa mematikan enjin (RM100), mabuk semasa memandu (RM2000) dan penjara enam bulan serta kesalahan cermin terlampau gelap RM500 dan penjara dua bulan.

Mesej palsu itu turut menyenaraikan kesalahan lain beserta kadar denda JPJ yang disangkal sebagai tidak benar oleh pihak berkuasa itu.- MalaysiaGazette
DIALOG RAKYAT: Waspada whatsapp palsu JPJ

Siri Kebodohan Menteri
Minda Rakyat Januari 24, 2019 

Ini namanya kebodohan, tuan tuan.
PDK itu bawah JKM. jKM bawah kementerian yg mereka sedang kuasai, yg Menterinya adalah orang mereka.

Jadi TPM membodohkan diri sendiri utk raih simpati. Ini Seni berkempen secara bebal.

Bebal tu tak kena bayar, kalau bebal itu berbayar dah lama Wan Azizah jatuh miskin.

Nota tambahan* 
depa kata PDK Kg Keledek pun tak wujud. Kakakaka. Muhong
FB
Rosli Daud

MR :  PH kan kaki kencing 
Siri Kebodohan Menteri - Minda Rakyat

Bersatu tiada matlamat - Asyraf WajdiBernamaASYRAF: Saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO.  KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih tidak mempunyai matlamat tersendiri selepas berjaya menyingkirkan bekas presiden UMNO yang juga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana selain menyingkirkan Najib, matlamat parti itu hanya untuk menumbangkan UMNO sebagai parti keramat Melayu di negara ini. "Najib tidak ada lagi dalam kepimpinan (UMNO) sekarang, adakah perjuangan Bersatu masih relevan sedangkan dalam wawancara dengan Oxford Union baru-baru, mereka telah memaklumkan matlamat sebenar parti itu.

"Justeru, saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Minda di Kompleks Karangkraf di sini, pada Rabu.

Asyraf Wajdi mendakwa Bersatu yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang Melayu.-- BERNAMADIALOG RAKYAT: Bersatu tiada matlamat - Asyraf Wajdi

Najib sindir kasut, stokin hitam sekolah...tambah beban pada Orang AsliMinda Rakyat Januari 24, 2019  0

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan langkah kempen di Pos Betau dengan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan gagal menangani kenaikan kos sara hidup.

Malah, Najib turut menyindir langkah Kementerian Pendidikan memberi penekanan terhadap pelaksanaan kasut dan stokin hitam untuk semua pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan masyarakat Orang Asli di Pos Betau, Cameron Highlands hari ini. 
Najib sindir kasut, stokin hitam sekolah...tambah beban pada Orang Asli - Minda Rakyat
Nur Farhana akan pindah sekolah berdekatan rumahnyaBernama
Nur Farhana
ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan menempatkan Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, di sekolah berhampiran rumahnya setelah proses pertukarannya dari JPN Pulau Pinang selesai.
Pengarah JPN Kedah, Abd. Aziz Selaiman berkata, guru agama itu juga perlu melalui proses pertukaran yang ditetapkan seperti biasa dan diuruskan oleh JPN Pulau Pinang.
“Saya difahamkan Pengarah JPN Pulau Pinang baru saja pulang dari Putrajaya bagi membincangkan hal berkaitan ustazah tersebut termasuklah telah berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang melibatkan penyesuaian perkhidmatan beliau. “Sekarang kita hanya menunggu semua proses di JPN Pulau Pinang selesai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pengetua dan Guru Besar di Dewan Sri Mentaloon di sini, hari ini.

Kisah mengenai Nur Farhana menjadi tumpuan setelah dia didapati hilang dan tidak pulang ke rumahnya seperti biasa di Alor Senibong, Langgar di sini pada petang 14 Januari lepas.

Wanita itu pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang-alik setiap hari dari Langgar (Alor Setar) ke Balik Pulau (Pulau Pinang) untuk mengajar di sebuah sekolah di sana.

Nur Farhana kemudiannya ditemukan selamat di Kuala Kangsar, Perak pada 17 Januari lepas.

Sementara itu, Abd. Aziz memberitahu setiap tahun JPN Kedah memproses ribuan permohonan pertukaran guru dari luar Kedah untuk mengajar di negeri ini.

Katanya, sesuatu pertukaran perlu mengambil kira keperluan pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

“Proses pertukaran guru ini sangat dinamik dan sentiasa berterusan sehingga sekarang pun saya masih menandatangani permohonan berkaitan dan ada guru yang sudah diluluskan berpindah ke sini tapi dia batalkan pula,” katanya yang turut memberitahu seramai 36,000 guru sedang berkhidmat di negeri ini. – BERNAMA
DIALOG RAKYAT: Nur Farhana akan pindah sekolah berdekatan rumahnya





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/01/jari-satu-tuding-orang-4-jari-lagi-tuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Gunapakai Akta Hasutan Ph Memalukan Diri Sendiri

Masih Gunapakai Akta Hasutan Ph Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 276 hits
N SurendranKUALA LUMPUR Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan berhubung Akta Hasutan mencetuskan kritikan daripada pemimpin parti itu sendiri Bekas Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR N Surendran dalam hantaran Twitternya hari ini mem...
Anwar Berhentilah Memalukan Diri Sendiri

Anwar Berhentilah Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 391 hits
Jadi macam mana pula bila Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu Bukankah Anwar yang bohong kepada parlimen dan menafikan yang Bank Negara rugi sebanyak RM31 5 billion di dalam skandal forex Dan juga bukan Anwar ke yang memberi banyak pink f...
Perangai Keji Mengaibkan Orang Lain Dan Diri Sendiri

Perangai Keji Mengaibkan Orang Lain Dan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1047 hits
Perangai Keji Mengaibkan Orang Lain dan Diri SendiriAib yang sifatnya merupakan kejadian Allah seperti kecacatan pancaindera atau perbuatan yang mengaibkan atau kesalahan yang dilakukan atau ciptaan yang direka bertujuan mengaibkan dan menj...
Doa Memohon Ampunan Untuk Diri Sendiri

Doa Memohon Ampunan Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 617 hits
Melakukan kesalahan dan dosa adalah keniscayaan bagi Manusia Tidak ada seorang manusia yang terbebas dari kesalahan Untuk itu setiap hari kita diharuskan untuk memohon ampun kepada Allah atas dosa dosa yang kita perbuat Salah satu doa yang ...
Hasto Penasaran Prabowo Sandi Akan Jadi Diri Sendiri Atau Tiru Sby Saat Debat Capres

Hasto Penasaran Prabowo Sandi Akan Jadi Diri Sendiri Atau Tiru Sby Saat Debat Capres

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 287 hits
Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto mengaku tak sabar menanti aksi capres cawapres nomor urut 02 Prabowo Sandiaga di panggung debat Terlebih salah satu mentornya adalah Ketum Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono
Tips Menjadi Pemandu Berhemah Untuk Diri Sendiri Keluarga Dan Orang Lain

Tips Menjadi Pemandu Berhemah Untuk Diri Sendiri Keluarga Dan Orang Lain

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 510 hits
Ramai yang ada kesedaran yang pemanduan berhemah mampu mengelakkan kemalangan jalan raya Namun ramai yang masih belum bertindak untuk menjadi pemandu yang lebih bijak ke arah pemanduan yang berhemah Gee sendiri apabila terserempak dengan ke...
Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

Bekas Ketua Hakim Negara Telah Memalukan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 484 hits
Sehari selepas tampil membuat dakwaan terhadap Sultan Muhammad V dan Dr Mahathir Mohamad bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamed menarik balik kata katanya Malah beliau mengaku cuai dalam kenyataan yang menyenaraikan kesilapan Sultan M...
Prabowo Akan Wajibkan Menterinya Teken Janji Tak Perkaya Diri Sendiri

Prabowo Akan Wajibkan Menterinya Teken Janji Tak Perkaya Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 240 hits
Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto ingin memiliki menteri yang punya rekam jejak bersih dan berintegritas Hal itu ia inginkan ketika dirinya nanti dipercaya oleh masyarakat sebagai orang nomor satu di Indonesia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba