Japan Winter 2018 Day 2 Lake Kawaguchiko Pleasure Boat
Dari Oishi Park, kitorang amik sightseeing bus ke stop no 11 untuk naik Pleasure Boat pusing2 Lake Kawaguchiko.
Ok lupa plak nak cerita pasal sightseeing bus kat Lake Kawaguchiko ni. Bas ni sebenarnya boleh naik bayar guna cash / IC card (Suica,Pasmo) jugak. Cumanya kalau korang plan nak turun naik bas few times in one day, then amik the 2-Day Bus Pass adalah sangat berbaloi. Sebabnya tambang bas dari Kawaguchiko Station ke Oishi Park one way adalah 480 yen. Return dah 960 yen. Pastu nak pi stop2 yang lain lagi kan. Akan tetapi kalo korang setakat nak pi Oishi Park je, then bayar cash sudah memadai. Takyah nak spend so much sampai 1,500 yen untuk 2-Day Pass tu. Harap info ni membantu yer.
Bas ni kene naik ikut pintu belakang. Untuk yang pakai IC card, ada tempat touch card kat tepi pintu. Touch masa naik. Pastu turun nanti ikut pintu depan, kene touch lagi sekali. Untuk yang pakai 2-Day Pass, just tunjukkan pass masa nak turun. Masa naik takde sapa check pass.
Kat depan bas ada lcd display harga tambang bas untuk setiap stop.
Stop no 11 ni kat depan kedai Fujiyama Cookie.
Cross the road pastu jalan ke belah kiri untuk pegi ke tempat naik boat. Masa kitorang sampai, boat tengah ready untuk depart so we waited for the next trip. Sesambil tu carik port untuk makan light lunch a.k.a onigiri huhuhuh
Ok nak inform jugak, kalau korang setakat turun kat sini je, korang takkan nampak mt. Fuji yer unless korang naik boat / naik ropeway. Sebabnya mt.fuji terletak kat belakang bukit sana. Mmg takkan nampak dari tepi jalan ni.
Ni lah rupa paras Pleasure Boat itu
Ticket counter ada kat depan tempat nak naik boat. Harga Pleasure Boat ni adalah 930 yen. Kalau beli combine ticket dengan Kachi Kachi Ropeway, harga adalah 1,400 yen.
Disebabkan kitorang dah beli tiket combo pagi tadik, jadiknya masa nak naik ni just bagi kat diorang the ticket stub for the Pleasure Boat.
Boat dah sampai
Pleasure boat ni ada 2 tingkat. Of course most people akan duduk kat deck atas.
More info pasal Pleasure Boat ni boleh tengok kat sini:
http://www.fujigokokisen.jp/contents/en/ensoleille/
Bench kat belah bawah
Kat deck atas ada benches jugak tapi most people berdiri jer sebab masing2 nak amik gambar.
The trip adalah selama 20 minit. View yang cantik with mt. fuji kat belakang. Cuaca dah makin elok petang tu dengan matahari memancar2 dengan langit biru semua.
Lake Kawaguchiko ni reminds me of Queenstown, NZ. Penuh dengan hotel kat tepi lake + gunung ganang disekeliling tasik.
Ada narator tengah bercerita masa boat ni gerak tapi aku tak berapa nak pay attention sangat sebab dok ralit jamu mata sambil snap2 camera.
Boat lalu bawah Ohashi Bridge
Dah patah balik ke daratan
Kachi kachi ropeway dari kejauhan
Dah sampai ke pier balik
Turun dari Pleasure Boat, kitorang jalan2 kat area situ. Ropeway tu kitorang decide untuk naik besok je dengan harapan besok view lagik cantik.
Dekat area tempat naik Pleasure Boat ni banyak kedai souvenirs & restaurants.
Kitorang masuk and continue shopping. To our surprise, harga barang kat most kedai kat sini lagik murah compare dengan kedai souvenir masa kat Oishi Park tadik. Kat sini aku beli fridge magnet comey utk dibagi kat officemate nanti.
500 yen untuk 6 ketul fm
Pastu kitorang menapak je sampai ke Kawaguchiko station sesambil layan view.
Jalan lenggang kangkung sambil snap2 pic, 15 minit kemudian dah sampai Kawaguchiko station.
Terus proceed ke Kawaguchiko Station Inn utk check-in.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://life-of-a-traveller.blogspot.com/2019/01/japan-winter-2018-day-2-lake-kawaguchiko-pleasure-boat.html