Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila Bila Masa Walau Anda Sedang Bersukan Ini Sebabnya


Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan.
Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula.
Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di lokasi dapat “menghidupkan ” Muamba kembali.
Selepas insiden itu, meskipun kesihatannya telah pulih dan beliau dapat menjalani hidup secara normal, Muamba terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak profesional.
Kini, Muamba menjadi jurulatih kelab bola sepak belia, berumah tangga dan mempunyai dua anak lelaki. Beliau juga menyertai program tarian di televisyen British.
KEMATIAN MENGEJUT DI PADANG Hakikatnya, insiden yang menimpa Muamba adalah kejadian jantung terhenti (cardiac arrest) iaitu keadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan dan tekanan darah berlaku.
Ia ekoran detak ritma kardium (jantung) yang abnormal dan keadaan sedemikian boleh menjurus kepada kematian.
Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Datuk Dr Yap Yee Guan berkata orang ramai sering menyamakan kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba sebagai serangan jantung, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza.
Beliau menjelaskan, serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung secara tiba-tiba berkurangan disebabkan oleh arteri koronari yang dihentikan daripada plak pecah.
Sementara itu, kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlakunya pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidaktekalan) jantung.
“Kejadian jantung berhenti secara mendadak boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada atlet ataupun bukan atlet. Jika atlet muda, ia lazimnya disebabkan oleh faktor genetik.
“Kebanyakan kes kematian secara tiba-tiba akibat jantung dalam kalangan atlet muda disebabkan oleh aritmia ventrikular (jantung berdegup secara tidak normal) biasanya dikekalkan dari takikardia ventrikel (jantung berdegup dengan cepat) atau fibrilasi ventrikel (rentak jantung yang tidak normal, cepat dan tidak sekata),” jelasnya.
Menurut hasil penyelidikan di Amerika Syarikat, 80 peratus kes kematian mengejut yang melibatkan atlet berumur 35 tahun dan ke atas, adalah disebabkan oleh penyakit arteri koronari, manakala atlet muda yang meninggal akibat jantung berhenti secara tiba-tiba dikesan mewarisi penyakit jantung .
PENEBALAN DINDING JANTUNG Kardiomiopati hipertrofi – penebalan dinding jantung yang menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.
Dr Yap berkata kebanyakan atlet muda yang meninggal dunia akibat jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba mempunyai genetik kardiomiopati hipertrofi (HCM), iaitu penyakit dinding berotot pada jantung atau miokardium menjadi tebal. Penebalan dinding jantung akan menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.
“Otot jantung yang menebal akan membuatkan jantung sukar mengepam darah. Justeru jantung akan bekerja lebih kuat. Individu yang mempunyai masalah jantung seperti ini dilarang bersukan. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mati secara spontan akibat jantung berhenti secara tiba-tiba, ” katanya.
Individu yang menghidap HCM dan melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan tubuh mereka menjadi nyahidrat, kehilangan banyak garam dan mengalami ketakimbangan elektrolit.
Mereka juga mempunyai tahap adrenalin yang lebih tinggi ekoran daripada tindak balas badan untuk bersenam, serta ketidakseimbangan asid atau asidotik (peningkatan keasidan dalam darah dan tisu badan yang lain).
“Jantung boleh menjadi asidotik (keadaan asid darah yang kurang dari pH 7.35) iaitu seperti ketika mengalami kekejangan di kaki selepas bersenam dan jantung tidak boleh berhenti dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami keadaan jantung tidak normal, kematian boleh berlaku sekiranya terdapat ketidakseimbangan berasaskan asid walaupun hanya sedikit, ” katanya.
TAHU SEJARAH KELUARGA Menurut Dr Yap, HCM hanya boleh dikesan melalui ujian elektrokardiogram (ECG) yang mengukur aktiviti elektrik jantung melalui pengimejan resonans magnetik (MRI) serta biopsi untuk kes-kes yang sangat spesifik.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan kaedah ini tidak berapa tepat dan mahal semata-mata untuk menentukan jangkaan bila akan berlakunya serangan jantung secara mengejut.
Antara simpton amaran serangan jantung atau kejadian jantung berhenti secara mengejut termasuk sakit dada, sesak nafas, palpitasi (perasaan berdebar-debar yang biasanya disebabkan peningkatan kadar denyutan jantung), pening, pitam dan sawan.
Dr Yap menegaskan daripada sejarah keluarga pesakit muda yang berdepan masalah dengupan jantung terhenti secara tiba-tiba, ia dapat menentukan sama ada individu berkenaan mungkin menghidap HCM.
“Kebanyakan yang menghidap HCM tidak menyedari bahawa mereka berdepan keadaan ini kerana lazimnya penghidapnya tidak mengalami simptom berkenaan. Simptom awal mungkin kematian secara mengejut dan ia sudah terlambat,” katanya.
Sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti sukan, seseorang individu khususnya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap jantung berhenti berdengup secara mengejut, dinasihatkan supaya bertemu pakar kardiologi dan membuat pemeriksaan jantung.
Mereka yang berisiko terkena penyakit jantung koronari seperti perokok, penghidap diabetes, hipertensi atau hiperkolesterolemia (kolesterol tinggi dalam darah) juga dinasihatkan melakukan pemeriksaan berkenaan.
BERTINDAK PANTAS Hakikatnya, kejadian jantung berhenti berdegup akan menyerang atlet secara tiba-tiba dan malangnya, mereka tidak ada simptom amaran bila serangan itu akan berlaku.
Pakar Perunding Pusat Perubatan Sunway, Dr Ooh Ping Yee berkongsi beberapa langkah bagaimana untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit yang diserang jatung terhenti secara tiba-tiba.
Beliau berkata usaha menyelamat termasuk: 1) segera bantu mengaktifkan sistem kecemasan perubatan 2) memberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh responder pertama dalam masa kurang daripada dua minit, 3) defibrilasi awal (dalam dua hingga empat minit) defibrillator luaran (AED), 4) bantuan awal sokongan hidup lanjutan (kurang daripada lapan minit) dan 5) sokongan hayat lanjutan.
“Empat langkah pertama mesti dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan mangsa.
“CPR dan penggunaan AED harus diteruskan sehingga pesakit sedar atau dapat menerima rawatan daripada pakar perubatan, ” katanya.
Ini antara simptom yang berlaku
 
Sumber: Bernama
The post Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa, Walau Anda Sedang Bersukan, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/03/jantung-terhenti-boleh-terjadi-bila-bila-masa-walau-anda-sedang-bersukan-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

Asal Makan Muntah Loya Masa Hamil Tu Biasa Tapi Saranan Doktor Ni Mungkin Boleh Bantu Bakal Ibu Lebih Bersedia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 452 hits
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa Malah setiap ibu hamil alahan mereka juga berbeza beza Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan ...
Menurut Kajian Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyihatkan Jantung Wanita

Menurut Kajian Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyihatkan Jantung Wanita

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 248 hits
Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu terima kasih dan maaf Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa apa tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada...
Kemelut Pkr Kerajaan Ph Boleh Tumbang Bila Bila Masa

Kemelut Pkr Kerajaan Ph Boleh Tumbang Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 343 hits
INI isu rumah tangga PH Tetapi PH adalah pakatan yang membentuk Kerajaan Persekutuan Ada yang memperkecil dan mendakwa bahawa Geng Azmin Ali cuma ada 13 Ahli Parlimen bersama mereka Sedangkan 37 kekal setia dan obses bersama Anwar sedikit p...
Godfrey Gao Maut Dipercayai Jantung Terhenti Lepas 17 Jam Shooting Tanpa Henti

Godfrey Gao Maut Dipercayai Jantung Terhenti Lepas 17 Jam Shooting Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 301 hits
Pelakon kacukan Taiwan Kanada Godfrey Gao disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika penggambaran di Zhejiang Timur China Agensi JetStar Entertainment berkata dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih ini dalam laman Weibo ...
6 Gangguan Yang Bisa Terjadi Pada Tubuh Saat Sedang Patah Hati Ternyata Bisa Kena Serangan Jantung

6 Gangguan Yang Bisa Terjadi Pada Tubuh Saat Sedang Patah Hati Ternyata Bisa Kena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 344 hits
Patah hati nggak cuma bisa bikin galau galau sendu tapi juga bisa memicu gangguan fisik tertentu
Masa Untuk Kembali Upload Gambar Imej Wanita Netizen Syak Safiey Illias Kembali Pondan

Masa Untuk Kembali Upload Gambar Imej Wanita Netizen Syak Safiey Illias Kembali Pondan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 880 hits
Mungkin korang perasan jutawan kosmetik Safiey Illias lama tidak kelihatan di media sosial namun semalam menggemparkan followers di Instagram apabila memuat naik gambar lamanya semasa pondan BACA Bukan saja gambar itu yang mengejutkan malah...
Youtuber Alieff Irfan Dijemput Siti Nurhaliza Jadi Penari Masa Lagu Terang Di Youtube Festival

Youtuber Alieff Irfan Dijemput Siti Nurhaliza Jadi Penari Masa Lagu Terang Di Youtube Festival

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 691 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Bila Masa Yang Sesuai Tukar Pad Brek Kenderaan Anda

Bila Masa Yang Sesuai Tukar Pad Brek Kenderaan Anda

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 361 hits
Tahukah anda PAD brek yang bagus memberikan kesan yang cukup besar terhadap keselamatan anda sama ada selamat atau hilang nyawa Pad brek atau pelapik brek terletak dalam kaliper brek kasut brek berfungsi menghentikan roda kenderaan setiap k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization