Jantung Bagai Terhenti Bila Tahu Bayi Itu Bukan Anak Saya Siti Suriani


Kumara Sabapatty Siti Suriani (dua dari kanan) bersama suaminya, Muhammad Khairulazman dan pasangan yang dipercayai tertukar bayinya.- Gambar FB Jamumall.com. KUALA LUMPUR – Wanita yang tertukar bayi mereka dengan pasangan lain di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam menceritakan detik cemasnya.
Siti Suriani Wahiddin, 23, mengakui fikirannya berkecamuk akibat kerisauan yang melanda hati seorang ibu apabila mendapat tahu bayi yang dibawa pulang bukan darah dagingnya.
“Semasa kejadian saya cemas dan selepas dapat tahu bayi tertukar, saya terdiam dan denyutan jantung umpama terhenti seketika.. semasa mendukung anak orang lain, saya terus terfikir mengenai nasib anak saya sendiri yang ada dalam dakapan ibu lain.
“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi 11 Jun lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital.
“Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik sebelum menyedari wajah bayinya lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.
“Selepas dibenarkan pulang petang semalam, kami hanya menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada bayi itu dan mendapati tertera nama wanita lain,” kata usahawan online itu kepada MalaysiaGazette hari ini.
Menurutnya apabila mendukung  bayi itu, naluri keibuannya dapat merasakan perangai, wajah, mata dan hidung bayi itu berlainan tetapi tidak sampai hati meluahkannya.
Beliau yang juga dikenali sebagai Siti Jamumall bersama suaminya Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23, tinggal di Setia Alam memaklumkan mereka segera menghubungi dan memaklumkan hospital mengenai insiden itu sebelum hospital mengesahkan bayinya tertukar.
Menurut Siti Suriani, matanya menjadi gelap selepas mendengar pengesahan hospital  dan merasakan denyutan jantungnya seakan-akan terhenti.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital bersama suami dan bayi berkenaan, banyak benda yang terlintas dalam kepala.. bayi yang saya pegang tak berdosa dan dia pun mesti cari emak dia dan begitu juga emak dia di sana.
“Namun saya dimaklumkan anak saya berada di tangan pasangan yang baik dan penyayang barulah saya rasa lega sedikit dan umpama mati hidup semula.
“Pasangan itu sudah memotong tag bayi saya dan buang dalam bakul sampah di rumah mereka dan setelah menerima berita bayi tertukar, mereka segera menyelongkar bakul sampah sebelum berjaya menemui tag bayi dan didapati tertera nama saya iaitu Siti Suriani.
“Saya dan ibu yang memegang anak saya bertukar semula anak kami di hospital sama dengan suasana penuh emosi sebab sudah ada rasa sayang kepada bayi masing-masing,” ujarnya.
Siti Suriani menjelaskan, bayi yang dijaganya sementara itu dilahirkan 10 Jun sekitar pukul 3.02 petang sebelum dibawa pulang 12 tengahari semalam.
BACA: Kes bayi tertukar: Suami mangsa potong tag pada bayi sebab bukan nama isterinya
Menurutnya, anaknya kini ada masuk wad semula kerana demam kuning (gambar kecil).
Tambah beliau, setakat ini empat tiub darah telah diambil daripada anaknya untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya bersyukur sangat kepada Illahi dan pasangan berkenaan  menyedari ia bukan anak mereka setelah disahkan hospital berkenaan dan kedua-dua bayi berada dalam keadaan selamat dan baik,” jelasnya.
Sementara itu, beliau mengakui dalam proses perbincangan dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut ke atas hospital berkenaan berikutan insiden yang didakwa melibatkan kecuaian itu.
“Saya belum membuat keputusan muktamad dalam hal ini sebenarnya, saya masih sedang berbincang dengan peguam mengenai sebarang tindakan lanjut yang boleh diambil dalam perkara ini.
“Sebelum itu, saya hendak menyelesaikan terlebih dahulu urusan pemeriksaan kesihatan anak yang terkena penyakit kuning dan sedang diletakkan dalam perhatian ketika ini.
“Saya kena pergi dan stay di wad atas nasihat doktor hari ini dan sedang mengemas barang untuk masuk ke hospital semula. Saya minta semua pihak supaya mendoakan anak saya sembuh dari demam kuning dan kami pulang ke rumah segera,” tegasnya.
Satu lagi pasangan yang terkesan dengan insiden bayi tertukar adalah difahamkan seorang usahawan wanita bernama Diana Hanani Abdullah yang melahirkan bayi itu secara pembedahan di hospital sama.
Semalam, dalam Live Facebook peribadinya Siti Suraini berkongsi mengenai insiden pertukaran bayi itu kepada umum sekitar 8 malam tadi.
Ia sekaligus mendapat perhatian lebih daripada 53,0000 tontonan netizen yang turut terkejut dan bersimpati dengan insiden itu.
Siti kemudiannya memaklumkan bercadang menamakan anaknya, Aysar Aryan.
Sementara itu, dalam hantaran Facebook Jamumall.com, Siti Suriani memuat naik gambar bersama pasangan yang tertukar bayi.
“Allah terima kasih satukan kami , automatik kami sudah jadi family. Siti tak sangka Allah macam aturkan nama baby pun Aisar dan Aiman,” tulisnya.- MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jantung-bagai-terhenti-bila-tahu-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

Hiburan Kemain Seronok Nak Dapat Adik Siti Sarah Ajak Anak Teka Jantina Bayi Baru

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 357 hits
Hanya tinggal menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat tidak lama lagi penyanyi Siti Sarah memanjatkan rasa syukur kerana diberikan rezeki ini bersama suaminya AdvertisementMenerusi video hantaran terbaru di akaun Instagramnya Sar...
Mungkin Yang Ini Ikut Muka Daddy Dia Vivy Yusof Hamil Anak Ke 4 Ramai Doakan Rupa Bayi Macam Fadza

Mungkin Yang Ini Ikut Muka Daddy Dia Vivy Yusof Hamil Anak Ke 4 Ramai Doakan Rupa Bayi Macam Fadza

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 383 hits
Ahli perniagaan yang terkenal Datin Vivy Yusof atau mesra dipanggil Vivy baru sahaja mengumumkan bahawa dia hamil anak ke 4 di Instagram semalam Vivy yang memuatnaik satu hantaran di Instagram menunjukkan gambar alat ujian kemahilan bertand...
Siti Jamumall Cemas Bayi Tertukar Di Hospital

Siti Jamumall Cemas Bayi Tertukar Di Hospital

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 247 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya berdepan saat mencemaskan apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain hari ini Kejadian itu dikongsikan beli...
Tidak Semudah Itu Bagai Yang Disangka

Tidak Semudah Itu Bagai Yang Disangka

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 276 hits
TIDAK SEMUDAH ITU BAGAI YANG DISANGKA Assalammualaikum wbt PC percaya nak capai sesuatu nak dapatkan sesuatu tiada jalan mudah dan singkat KALAU niatnya betul bersih dan lurus Tapi kalau niatnya salah kotor dan serong itu terbukti sangat ba...
Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 243 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berdepan dug4an lagi apabila anaknya pula mengh1dap peny4kit dem4m kuning Siti menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya meluahkan kebimb4ngan k...
Hiburan Bayi Dalam Perut Buat Tanda Good Elly Mazlein Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat

Hiburan Bayi Dalam Perut Buat Tanda Good Elly Mazlein Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 242 hits
Penyanyi pelakon dan personaliti TV Elly Mazlein yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menzahirkan perasaan syukur kerana anak dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat walafiat Perkara tersebut dikongsikan Elly menerusi sebuah hanta...
Pilih Nama Anak Alva Velisa Dimar Secantik Wajah Adira Salahudi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pilih Nama Anak Alva Velisa Dimar Secantik Wajah Adira Salahudi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 415 hits
Personaliti media sosial Adira Salahudi akhirnya selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua di sebuah pusat perubatan sekitar Selangor Berita gembira tersebut diumukan oleh Adira melalui laman sosial Instagram dan mendoakan agar puterinya...
Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 242 hits
Penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah mengakui dirinya seriau dan fobia apabila mendengar berita mengenai kejadian bayi yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain baru baru ini Ujar Sarah perkara itu sering dilihatnya terjadi hany...
Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 448 hits
Penyanyi Siti Sarah akui terkeejut sebaik sahaja mengetahui kisah tular seorang ibu yang tertukar bayi selepas bersalin Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya baru baru ini Menurut Sarah kecuaian itu sepatu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization