Janji Temu Di Istana Negara Anwar Disekolahkan Oleh Agong


Mohd Luttfi Abd Khalid Rakyat muak dengan permainan ‘politikus’ kemaruk kuasa, perjudi keselamatan umum PERTEMUAN yang digembar-gemburkan sejak lama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan masa tidak sampai 25 minit sahaja.
Drama saspen yang cuba dilakonkan oleh Sang PM Menunggu berakhir dengan terpadamnya “sumbu api” yang sudah malap baranya.
Sekali angin sepoi bahasa menerjah, bara kecil itu terus padam.
Dan padam jugalah hasrat Anwar Ibrahim untuk menggegar gelanggang politik negara.
Rupa-rupanya mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu telah di “check mate” dan di”sekolah”kan pula oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Isi kandungan Kenyataan Media dari Istana Negara bertarikh 13 Oktober 2020 antara lain berbunyi:
“…Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Itu dia! Satu “tamparan keras” seumpama Ottoman Slap yang sekiranya menyinggah di pipi seseorang akan membuatnya terhuyung-hayang, “blur” seketika, berdesing gegendang telinga dan mungkin mengalami “hilang ingatan sementara” (temporary loss of memory).
Bayangan yang segera timbul di fikiran ialah babak seorang ayahanda yang bijaksana dan luas pengalamannya sedang menasihati sang anak yang bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk memiliki sesuatu benda yang sudah lama diidam-idamkan.
Dalam bahasa politik hari ini, Kebawah Duli YDPA sedang menyekolahkan Anwar Ibrahim mengenai adab menuntut kuasa dan cara-cara bagaimana kuasa itu dapat diperolehi, iaitu dengan melihat kepada Perlembagaan Persekutuan.
Saya tidak ingin mengulas apa yang dimaksudkan oleh “proses-proses perundangan” seperti disebut di dalam kenyataan media di atas, tetapi satu ‘point’ yang cukup jelas ialah Kebawah Duli Tuanku sangat memahami undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan.
Secara tersirat juga menggambarkan yang Anwar Ibrahim tidak sensitif akan perkara ini dalam keghairahannya untuk meyakinkan Kebawah Duli YDPA, kononnya beliau sudah memiliki jumlah penyokong yang sangat kuat (formidable numbers) untuk mengambil alih kepimpinan negara dari kerajaan sekarang.
Strategi dan taktik ini tidak laku langsung dan gagal menambat perhatian Kebawah Duli YDPA untuk melayan hasrat Ahli Parlimen Port Dickson itu lebih lanjut.
Ramai orang boleh berhujah mengenai kaedah, cara dan proses yang sedia ada untuk Anwar Ibrahim mencapai hasratnya, tetapi satu yang sangat ketara ialah ahli politik asal Cherok Tok Kun itu perlu belajar lebih banyak lagi dan mendalami Perlembagaan
Persekutuan dengan lebih serius. Mungkin pada ketika itu, beliau akan faham apa yang dimaksudkan dengan “proses-proses perundangan” yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli YDPA.
Tidakkah pelik, seorang yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri, yang seharusnya lebih faham tentang Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkannya menasihati Kebawah Duli YDPA di dalam urusan menjalankan tugas dan tanggungjawab, sebagai Yang Dipertuan Agong, terpaksa perlu di “sekolah”kan oleh Ketua Negara sendiri?
Hakikat dan pengajaran ini sudah tentu tidak didedahkan di dalam sidang media oleh Anwar Ibrahim pada petang tadi.
Siapakah yang waras (lebih-lebih lagi setelah dikantoikan “big time” oleh Ketua Negara sendiri) untuk membuka pekong di dada secara begitu memalukan sekali?
Segala ungkapan dan gubahan susun kata dan kalimat keramat yang dibuat hanyalah sekadar halwa telinga sahaja, untuk menyedapkan hati para penyokong taksub Anwar Ibrahim yang sangat sabar mengharungi penantian selama 20 tahun lebih untuk melihat tokoh politik pujaan mereka merasakan keempukan kerusi Perdana Menteri di Putrajaya.
Kekecewaan itu tidak akan dapat dibendung lagi, meskipun akan dibentangkan alasan demi alasan yang mulus dan tulus di sebalik “tamparan keras” yang di“rasai” oleh Anwar Ibrahim pada pagi tadi di Istana Negara.
Tamparan itu bukan lagi “luka kecil” bagi seorang yang dianggap sebagai “Tokoh Negarawan” oleh para penyokong tegarnya.
Dalam suasana kebimbangan dan keresahan rakyat menghadapi pandemik COVID-19 yang semakin melebarkan jaringannya, tindakan Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan keghairahan dan keserakahan tidak bertempat dan tidak sensitif kepada perkara-perkara yang perlu diberi keutamaan sekarang.
Anwar Ibrahim sebenarnya sudah kesuntukan masa. Permohonan untuk mencabar keabsahan beliau yang “diberi keampunan Diraja” (Royal Pardon) terhadap hukuman liwatnya masih belum dibicarakan di Mahkamah.
Gelanggang politik tempatan kerap bergolak gara-gara hasrat yang meluap-luap untuk menjadi pemimpin negara ini.
Sudah berapa banyak kerusi yang dikorbankan dan prinsip yang digadaikan demi menyegerakan perjalanannya menuju Putrajaya.
Rakyat jelata sudah muak dengan permainan politik gila oleh para politikus yang kemaruk kuasa, yang lebih rela memperjudikan keselamatan dan kesihatan umum, lantaran hawa nafsu politik yang tidak pernah terpuaskan atau didiamkan.
Gelagat ahli-ahli politik ini lebih mengeruhkan suasana dan mengganggu usaha-usaha untuk keluar dari kemelut ketidakpastian dan ketidakstabilan ini secepat mungkin.
Apapun, pada hari ini, satu sejarah besar telah dipahat dan dirakamkan:
Bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah di“sekolah”kan oleh Kebawah Duli YDPA sendiri pada 13 haribulan Oktober 2020.
Kat mana nak sembunyi muka Syeikh?
* Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/janji-temu-di-istana-negara-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Insists He Did Give The List Of 121 Mps To The Agong Contradicting Istana Negara

Anwar Insists He Did Give The List Of 121 Mps To The Agong Contradicting Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 327 hits
Malaysia s opposition leader Anwar Ibrahim said on Friday that it is not the police s duty to obtain the list of parliamentarians backing him to form a new government after he emerged from a Bukit Aman interview He also clarified that he ha...
Anwar Meninggalkan Istana Negara Selepas 20 Minit Pertemuan Dengan Agong Video

Anwar Meninggalkan Istana Negara Selepas 20 Minit Pertemuan Dengan Agong Video

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 331 hits
Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja meninggalkan Istana Negara sebentar tadi pada jam 11 30 pagi ini setelah mengadakan pertemuan bersama YDPA berhubung dengan peralihan kerajaan Anwar sebelum ini mendakwa bahawa telah mempunyai majoriti ya...
Terkini Anwar Telah Serah Senarai Nama Mp Kepada Pihak Istana Negara Tunggu Diterima Menghadap Agong

Terkini Anwar Telah Serah Senarai Nama Mp Kepada Pihak Istana Negara Tunggu Diterima Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 591 hits
Klatedaily com Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim hanya menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menghadap bagi mengemukakan hasrat membentuk kerajaan baharu Ketua Whip PKR Dato ...
Anwar Keluar Tinggalkan Istana Negara 11 30 Pagi

Anwar Keluar Tinggalkan Istana Negara 11 30 Pagi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 284 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan kawasan Istana Negara kira kira jam 11 30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang kenyataan Terdahulu ahli parlimen Port Dickson ...
Anwar Leaves Istana Negara To Hold Presser At 2pm

Anwar Leaves Istana Negara To Hold Presser At 2pm

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 196 hits
All eyes were on PKR president Anwar Ibrahim s audience with the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah today as speculation mounts over another change of government At 9 30am this morning around 50 media personnel were see...
Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

Anwar Kemuka Jumlah Sokongan Ahli Parlimen Tanpa Nama Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan...
Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

Terkini Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 536 hits
Apa yang berlaku sebenarnya Apa yang diserahkan Presiden PKR kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah sebenarnya Persoalan ini timbul apabila Berita Harian ada naikkan satu berita yang menyatakan pihak Istana Negara tidak menerima se...
Baru Je Anwar Keluar Dari Istana Negara Sekali Wartawan Perasan Sesuatu Dari Wajah Beliau

Baru Je Anwar Keluar Dari Istana Negara Sekali Wartawan Perasan Sesuatu Dari Wajah Beliau

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Istana Negara di sini selepas kira kira sejam menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan sokongan Ahli Parl...
Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 301 hits
837 total views 837 views today Hari in dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang Di pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billa...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian