Janji Mahathir


Hasmi Hashim      
ULASAN | Dia satu-satunya tokoh yang mempunyai kesempatan memegang jawatan perdana menteri dua kali. Saya tak fikir dalam tempoh 50 tahun, bahkan sedekad ke depan pun, Malaysia akan dapat melihat ‘drama’ sama berulang.


Dia adalah Dr Mahathir Mohamad. Seorang yang dibenci, sekali gus dikagumi senyap-senyap oleh musuh-musuhnya.


Tentu ramai masih ingat, reaksi awal Anwar Ibrahim ketika cadangan agar Mahathir mengepalai gabungan pembangkang, Anwar marah-marah. Di mahkamah ketika itu, dikawal ketat pegawai penjara, dari celah-celah ruang untuk berbicara yang terbatas dan sempit, dia cuba juga melontar suara meminta agar tumpuan diberikan kepada persoalan utama rakyat seperti tekanan sara hidup, rasuah dan salah urus. Bukan kerjasama dengan Mahathir. Bukan!


Reaksi itu menunjukkan betapa tak sukanya Anwar dengan cadangan menerima Mahathir. Tentu kita boleh faham mengapa. Kebetulan saya beberapa kali menuliskan agar difikirkan kembali supaya Mahathir diterima sebagai sebahagian daripada barisan pemimpin yang bergabung dengan pembangkang sedia ada.


Kalau tidak bersama pembangkang, Mahathir hendak ke mana lagi? Dia telah meninggalkan Umno. Dalam keadaan tiada pilihan, apa sahaja maki hamun dan herdikan waima secara depan-depan, Mahathir telan.


Hari ini, siapakah yang beruntung dan paling mendapat manfaat langsung daripada idea dan cadangan untuk menerima Mahathir? Bukan kami beberapa orang penulis ‘picisan’ ini—sementara apa yang saya fikir dan lakukan tiada lain hanya demi kebaikan perjuangan, parti serta gabungan pembangkang yang mulai berserakan.

Ketika kali pertama melontarkannya, ramai juga yang tidak menyukainya. Ada juga yang kini dikhabarkan berada dalam posisi kerajaan baharu.


Saya senang melihat akhirnya Dr Wan Azizah Ismail kembali bertepuk bertampar dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Lebih menggembirakan apabila gabungan pembangkang yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Harapan menang.

Anwar pula bukan sahaja bebas, malah mendapat pengampunan penuh untuk membolehkan dia kembali aktif dalam politik tanpa apa-apa halangan. Tidakkah itu semua sebuah rahmat?


Anwar kini selalulah dapat kita lihat duduk dengan wajah senyum di sisi mantan bosnya. Mungkin dia sendiri sudah terlupa bagaimana di saat dia kelihatan naik angin, marah-marah dan tak senang dengan cadangan untuk menerima Mahathir satu masa dulu telah cepatnya terbang seperti mimpi sahaja. ‘Mimpi’ itu tidak terlalu lama dahulu. Kurang tiga tahun, dan seperti baru malam tadi rasanya.

Politik memang begitu. Niat baik selalu sampai lewat. Itu tidak penting.

Salakan wakil rakyat
Apa yang penting, ketika beberapa orang yang mahu menerima Mahathir, saya yakin tidak semua mempunyai niat durjana untuk menghancurkan PKR mahupun pakatan pembangkang. Jauh sekali untuk meninggalkan Anwar “dalam sel yang gelap” seperti sepotong puisi WS Rendra (bawah), “Paman Doblang.”

Paman Doblang! Paman Doblang!Mereka masukkan kamu ke dalam sel yang gelap.Tanpa lampu. Tanpa lubang cahaya. Pengap.Ada hawa. Tak ada angkasa.Terkucil. Temanmu beratus-ratus nyamuk semata.Terkunci. Tak tahu di mana berada.


Anwar sedang menunggu gilirannya. Salakan segelintir wakil rakyat—juga dari parti Anwar sendiri, PKR—yang menyerang Mahathir secara keterlaluan adalah tidak matang. Tingkah laku mereka, kalau pun bukan dilihat didalangi oleh Anwar, namun boleh menimbulkan persepsi begitu.

Bukan bererti Dr Mahathir selalu benar seratus peratus, tapi cara teguran dan kritikan segelintir wakil rakyat PKR sangat kasar sehingga lupus rasa malu, merendahkan darjat sendiri serta jauh daripada sifat seorang ahli parlimen yang sepatutnya sebagai manusia budiman. Bukan orang kasar. Wakil rakyat Umno yang paling selalu dikecam juga tidak sampai beradab serendah itu.


Mahathir cuma ada satu peluang terakhir untuk menebus sejarah—dengan melantik Anwar sebagai penggantinya. Sama ada di New York, di London sampailah ke Petaling Jaya, dia masih mengulangi betapa dia berpegang kepada janji.


Sekali pun ada cadangan dari setiausaha politiknya yang juga ketua BERSATU Titiwangsa agar Mahathir memegang jawatan satu penggal penuh sebagai usaha melambatkan peralihan, sekali lagi katanya tidak. Anwar di sebelah ketika Mahathir mengulangi janji itu.


“Kalau dia izinkan,” sambil menunjuk kepada Anwar lebih kurang begitu katanya, “saya mungkin boleh jadi PM dua tahun setengah.” Dia pun ketawa. Anwar juga ketawa. Kita semua ketawa.


Masa berlalu. Diam tak diam, sekarang sudah hampir enam bulan kerajaan baharu. Maknanya sudah enam bulan juga Mahathir menjadi PM.


Setahun setengah lagi bukanlah lama sangat. Sepanjang waktu itu, Anwar tentu punya masa yang cukup selesa untuk membuat “kerja rumah”, terutama menyentuh soal-soal reformasi polisi dan struktural yang akan dilaksanakan apabila menjadi orang nombor satu nanti.


Sementara kuasa bukan kesempatan untuk membalas dendam. Kerja orang politik bukan sekadar menghempas fail, menentukan segala-gala atau menghukum. Kalau pun ada ‘hukuman’, berpada-padalah.

Bukan untuk memaafkan
Risiko besar tiga tahun dulu bukanlah untuk memaafkan dan menerima Mahathir, tetapi untuk mencadangkan agar Mahathir dimaafkan dan diterima. Pemimpin tidak selalunya betul. Firasatnya tidak selalu jernih.


Sama ada Mahathir satu masa dahulu mirip seorang diktator atau tidak, biar masa yang menentukan. Seperti katanya sendiri di Amerika Syarikat baru-baru ini, dia tidak perlu mengukur pencapaian sendiri.


Sampailah Mahathir bilang, dia sepatutnya sudah mati. Maha suci Tuhan kerana dia belum mati, selain mencipta sejarah sebagai satu-satu tokoh yang memegang jawatan PM dua kali. Mahathir pasti akan lebih dikenang sekiranya dia berpegang kepada janji untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar.


Di sana nanti, Mahathir akan ‘hidup’ selamanya. Bukan sekadar sebagai PM dan PM sekali lagi, tapi sebagai manusia yang benar; yang berpegang kepada kata-kata sendiri. Pemimpin yang hebat, perlu diganti dengan yang hebat juga.


Para pengeran meludahi kamu dari kereta kencana.Kaki kamu dirantai ke batang karang.Kamu dikutuk dan disalahkan.Tanpa pengadilan.


Paman Doblang, apa katamu? Sesudah itu, cuma sepi. Seperti subuh hening. Sesaat akan terbit matahari. Gelap segera lenyap. Suara kebenaran dan peringatan, ibarat mimpi.

Malam tadi.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/janji-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

Daim Sabar Beri Dr Mahathir Masa Janji Dibuat Tapi Perbendaharaan Kosong

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 370 hits
Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Za...
Bicara Tentang Mati Dan Janji Tun Mahathir

Bicara Tentang Mati Dan Janji Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 501 hits
Saya telah berjanji saya akan tunaikan janji katanya dipetik mengatakan bahawa beliau akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui merasa lelah dal...
Buat Janji Memang Mudah Mahathir

Buat Janji Memang Mudah Mahathir

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 357 hits
Wartawan Watan Online Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sukar untuk menunaikan janji bagi menyediakan sejuta rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 10 tahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah Beliau sedar bahawa untuk m...
Kami Tiada Janji Dengan Penjenayah Kata Tun Mahathir

Kami Tiada Janji Dengan Penjenayah Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 359 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BERSATU tidak melakukan sebarang urus janji dengan anggota Parlimen dari Umno termasuk menawarkan kepada mereka wang untuk melompat parti Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU malahan berkata kami telah...
Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 Ciplak Kerajaan Dahulu

Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 Ciplak Kerajaan Dahulu

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 413 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan semalam menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu Perdana menteri berkata pembangkang boleh berkata apa sahaja tet...
Pengiktirafan Uec Jangan Dibuat Sewenang Wenangnya Tun Mahathir

Pengiktirafan Uec Jangan Dibuat Sewenang Wenangnya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 296 hits
PUTRAJAYA Sistem pendidikan dari luar tidak boleh sewenang wenangnya diguna pakai di negara ini Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan Pakatan Harapan berkaitan Sijil Peperi...
Mahathir Denies Kelantan Neglected Promises Plans In The Pipeline

Mahathir Denies Kelantan Neglected Promises Plans In The Pipeline

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 308 hits
BUDGET 2019 Following the announcement of Budget 2019 Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has denied that the Pakatan Harapan government has neglected the welfare of Kelantan Instead the premier has assured that the federal government is now...
Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

Ada Ahli Umno Datang Secara Kumpulan Mahu Masuk Pakatan Harapan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan tidak boleh sebab dia akan jadi lebih besar dari kita Kalau nak ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya