Jangkitan Kes Aktif Covid 19 Melonjak Prn Semakin Dekat


AGENDA DAILY
Dalam tempoh seminggu lalu sebanyak 25.2 peratus daripada individu berusia 18 hingga 29 tahun iaitu dalam kategori layak mengundi, telah dijangkiti Covid-19.
Pada 1 Januari lalu, Johor mencatat 5,106 kes aktif dengan 4,195 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 401 diberi rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), manakala seramai 488 pesakit dimasukkan ke hospital dan 22 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Kini setelah sebulan berlalu jumlah itu melonjak sekali ganda, tatkala Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal berlangsung tidak lama lagi setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan 22 Januari lalu.
Sehari selepas pembubaran itu, Johor merekodkan 254,011 kumulatif kes positif, dengan 240,696 pesakit telah sembuh, 3,903 kumulatif kes kematian, serta 9,412 kes masih aktif.
Sejak daripada tarikh itu, jumlah jangkitan harian yang dilaporkan terus meningkat – tertinggi dicatat pada 27 Januari iaitu 805 kes – dengan kes aktif setakat hari itu sebanyak 9,081 kes.
Semalam, sebanyak 868 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negeri itu, menjadikan kumulatif positif mencecah 260,447, dengan 245,892 pesakit telah sembuh dan 10,636 kes masih aktif, meningkat sebanyak 477 berbanding pada Isnin.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 9,444 pesakit diarah menjalani kuarantin di rumah, sedang pada 1 Januari lalu jumlahnya hanya 4,195, – pastinya mereka tidak boleh keluar ke mana-mana, termasuk untuk membuang undi ketika pilihan raya, tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Sehingga semalam juga seramai 686 pesakit lagi diberi rawatan di PKRC (401 pesakit pada 1 Januari), manakala 497 lagi dimasukkan ke hospital (488 pada 1 Januari), dan sembilan di ICU, turun berbanding 22 pesakit pada 1 Januari.
Sejak awal Covid-19 melanda negara sehingga semalam, Johor turut merekodkan 3,919 kes kematian, kedua tertinggi selepas Selangor.
Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, Johor Bahru mencatat 332 jangkitan baharu, diikuti Batu Pahat (134); Kluang (102); Kulai (63); masing-masing 59 kes di Segamat dan Kota Tinggi; Tangkak (56); Muar (29); dan Pontian (12). Manakala tiada sebarang kes baharu direkodkan di Mersing.
Dari segi pemberian vaksin Covid-19 pula, seramai 2,720,302 atau 100.3 peratus individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi dalam PRN itu nanti telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.
Seramai 2,741,991 atau 101.1 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,363,882 atau 50.3 peratus lagi menerima dos penggalak.
Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), dalam tempoh seminggu lalu sebanyak 25.2 peratus daripada individu berusia 18 hingga 29 tahun iaitu dalam kategori layak mengundi, telah dijangkiti Covid-19.
Ini diikuti, 19.0 peratus melibatkan individu berusia 30 hingga 39 tahun; 12.2 peratus (40-49 tahun); 10.7 peratus (12-17 tahun); 9.7 peratus (5-11 tahun); 8.5 peratus (50-59 tahun); 5.9 peratus (0-4 tahun); 5.8 peratus (60-69 tahun); 2.2 peratus (70-79 tahun); dan 0.8 peratus (80 tahun ke atas).
Dari segi taburan kematian minggu lalu pula, pesakit berusia 70 hingga 79 tahun dan 80 tahun ke atas masing-masing merekodkan 38.5 peratus, diikuti 15.4 peratus individu berusia 40 hingga 49 tahun, dan 7.7 peratus (50 hingga 59 tahun).
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar mengambil kira peningkatan jumlah kes harian dan kes aktif di Johor dalam menetapkan prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor.
Sekiranya, kes terus meningkat pada minggu PRN diadakan, sewajarnya SOP diperketatkan lagi bagi mengekang penularan, terutama membabitkan varian Omicron yang terlalu pantas dan mudah menjangkiti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/jangkitan-kes-aktif-covid-19-melonjak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com24 1 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahnya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Gambar A...
Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

Covid 19 Kes Harian Tertinggi Sejak 120 Hari Lepas

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM Penularan kes Covid 19 semakin meningkat dengan kes baharu direkodkan di negara ini kembali melonjak menghampiri 10 000 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 9 117 kes harian Covid 19 dicata...
Kemenkes Sebut Kasus Covid Melonjak Sejalan Dengan Meningkatnya Testing Dan Tracing

Kemenkes Sebut Kasus Covid Melonjak Sejalan Dengan Meningkatnya Testing Dan Tracing

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 151 hits
Positivity rate adalah angka yang menunjukkan seberapa besar orang terinfeksi virus Corona di dalam sebuah populasi Ia mengatakan kenaikan kasus konfirmasi harian Covid 19 terus terjadi dalam sepekan terakhir
Jangkitan Harian Covid Naik 10 000 Sehari Masalah Buat Pilihan Raya

Jangkitan Harian Covid Naik 10 000 Sehari Masalah Buat Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 224 hits
Jangkitan harian Covid 19 varian Omicron yang mendadak sehingga 10 000 sehari menumbulkan kegusaran untuk meneruskan Pilihan Raya Negeri Johor Bagi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hal tersebut perlu dipersalahkan kepada k...
7234 Kes Miningkat Jangan Gadai Nyawa Anak Anak Sekolah Kluster Sekolah Semakin Meninggi

7234 Kes Miningkat Jangan Gadai Nyawa Anak Anak Sekolah Kluster Sekolah Semakin Meninggi

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 224 hits
Baru masuk 2 rejab kes dah jadi macam ni pulak adoiii kita nak solat terawih dan penuh dengan aktiviti bulan ramadhan ni Allah saja yang mengetahui apa nak jadi
Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Dikesan Menerusi Saringan Bergejala

Covid 19 Sabah Catat Kes Tertinggi Dikesan Menerusi Saringan Bergejala

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 208 hits
Sabah mencatatkan 251 kes Covid 19 yang dikesan melalui saringan bergejala iaitu antara tertinggi pernah direkodkan daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu Covid 19 251 daripada 490 kes baharu Sabah dikesan melalui saringan simptomatik...
12 Kematian Semalam Kes Aktif Naik

12 Kematian Semalam Kes Aktif Naik

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 155 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes berkaitan Covid 19 di setiap negeri sehingga 26 Januari 2022 Sepuluh pesakit meninggal dunia di hospital akibat komplikasi Covid 19 semalam manakala dua lagi dikategorikan sebagai kes brought in death meninggal sebe...
14 Kes Pemalsuan Sijil Vaksinasi Covid 19 Setakat Ini

14 Kes Pemalsuan Sijil Vaksinasi Covid 19 Setakat Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 165 hits
Oleh PDRM sudah membuka 14 kertas siasatan berkaitan kegiatan pemalsuan sijil vakinasi COVID 19 di seluruh negara hingga kini Semua kes masih berstatus masih dalam siasatan Foto hiasan NSTP KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia hingga kini sud...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco