Jangkitan Import Dari Itali Cetus Kluster Baharu Punca Lima Kematian Di Malaysia



Jangkitan import dari Itali cetus kluster baharu, punca lima kematian di MalaysiaKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) semasa sidang media harian berkaitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon. - BERNAMACOVID-19: Virus dari Itali cetus kluster baharu, punca lima kematian

Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 180 negara di seluruh dunia yang terjejas akibat jangkitan COVID-19.

“Justeru, sememangnya wujud risiko bagi kes-kes COVID-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan di dalam negara.

“Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.

“Di pintu masuk negara, mereka akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala COVID-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta mereka dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Rentetan kluster kes import sedemikian, Dr Noor Hisham menegaskan supaya masyarakat memberikan maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19.

Selain itu, katanya, maklumat berkaitan perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan kementerian sebagai berkait rapat dengan jangkitan COVID-19, tidak wajar disembunyikan daripada petugas kesihatan.

"Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, mereka akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

"Mereka yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital dikenalpasti untuk tujuan pengasingan, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.

"Ini adalah untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat dan seterusnya membendung wabak COVID-19 di Malaysia," katanya.

Mengemukakan status terkini COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat pertambahan kes kematian berkaitan wabak berkenaan sehingga kini, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban meningkat kepada 61 orang atau 1.67 peratus.

Beliau berkata, kes kematian ke-58 (kes ke-2,210) ialah lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi, selain sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1,031.

"Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 1.37 tengah hari.

"Kes kematian ke-59 (kes ke-3,484) membabitkan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 3.40 petang.

"Kes kematian ke-60 (kes ke-3,073) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 12.39 tengah hari tadi.

"Kes kematian ke-61 (kes ke-2,200) pula ialah lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi serta penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada jam 9.36 malam," katanya.


Hasil rawatan, Dr Noor Hisham memaklumkan 90 kes disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih berikutan wabak terbabit ialah 1,005 orang atau 27.44 peratus.



rePublish Update Berita MalaysiaJangkitan import dari Itali cetus kluster baharu, punca lima kematian di Malaysia Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/04/jangkitan-import-dari-itali-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

Mb Seru Duduk Rumah Jangkitan Baharu Covid 19 Malaysia Turun Selangor Naik

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 275 hits
SHAH ALAM 25 MAC Kes Covid 19 di Selangor meningkat walaupun taburan kes di negara ini menunjukkan penurunan semalam kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata daripada 106 kes baharu dicatatkan di seluruh negara sehingga 24 M...
5 Kematian Covid 19 Kerana Jangkitan Daripada Pesakit Yang Menyembunyikan Maklumat Ke Itali

5 Kematian Covid 19 Kerana Jangkitan Daripada Pesakit Yang Menyembunyikan Maklumat Ke Itali

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati masyarakat supaya memberi maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid termasuk tidak menyembunyikan sejarah perjalanan keluar negara Ketua Pengarah Kes...
Covid 19 Malaysia Paling Banyak Jangkitan Indonesia Tertinggi Kematian

Covid 19 Malaysia Paling Banyak Jangkitan Indonesia Tertinggi Kematian

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 267 hits
Malaysia kini mencatatkan kes koronavirus baharu yang tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah 2 320 kes Setakat semalam juga 27 kes kematian direkodkan manakala 320 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Berbeza dengan Indonesi...
Covid 19 Malaysia Catat 43 Kematian 2 766 Kes Jangkitan

Covid 19 Malaysia Catat 43 Kematian 2 766 Kes Jangkitan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 316 hits
PUTRAJAYA Jumlah kematian akibat Covid 19 meningkat enam kes daripada 37 yang dilaporkan semalam kepada 43 hari ini Peningkatan kes harian pula sebanyak 140 menjadikan jumlah keseluruhan 2 766 kes Seramai 94 pesakit kini ditempatkan di Unit...
Itali Rekod 10 779 Kematian 97 689 Kes Jangkitan Covid 19

Itali Rekod 10 779 Kematian 97 689 Kes Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 194 hits
Itali rekod 10 779 kematian 97 689 kes jangkitan Covid 19 Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Mar 2020 2 00PM
Kes Kluster Itali Di Sarawak Kematian 5 Sekeluarga Akhirnya Dirungkai Berpunca Dari Officemate

Kes Kluster Itali Di Sarawak Kematian 5 Sekeluarga Akhirnya Dirungkai Berpunca Dari Officemate

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 191 hits
Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu menceritakan kronologi klus...
Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

Malaysia Catat 10 Kematian Akibat Covid 19 Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 348 hits
Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid 19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad sebanyak 10 kes Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidan...
Covid 19 Dua Lagi Kematian Hari Ini 123 Kes Positif Baharu

Covid 19 Dua Lagi Kematian Hari Ini 123 Kes Positif Baharu

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Dua lagi kematian akibat koronavirus dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia sehingga kini akibat wabak itu di Malaysia ialah 10 orang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Cerita Foto Sepanjang Minggu



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


The Debut Of Huawei Pura 70 Series

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu