Jangkaan Kenaikan Harga Barang Ogos Depan Sekadar Propaganda Prn




Isu kenaikan harga barang pengguna yang didakwa akan berlaku bermula Ogos depan begitu menjadi bualan ketika ini, malah menjadi ketakutan bagi sesetengah orang, walhal ia hanyalah sekadar jangkaan sebuah persatuan berkaitan pengguna semata-mata.


Hakikatnya, jangkaan persatuan berkenaan bahawa barang-barang pengguna akan mengalami kenaikan sebanyak 20 peratus bermula Ogos ini hampir tiada asas sama sekali.


Ini kerana Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub sendiri telah memberi jaminan tiada kenaikan terkini dalam harga barangan pengguna dalam negara.


Katanya, pihak KPDN sentiasa memantau perkara itu.


Selain itu, kata Salahuddin lagi, harga barang kawalan seperti gula, beras, minyak bersubsidi, telor dan ayam turut dikawal ketat oleh kerajaan agar tidak berlaku sebarang kenaikan.


Berdasarkan penilaian yang dibuat ketika Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini pula, jelas didapati tiada rungutan kedengaran di media sosial berkaitan kenaikan harga barang.


Maknanya, harga barang pengguna adalah stabil dan tetap pada kadar yang tidak menimbulkan keresahan kepada rakyat.


Ini tentunya berbeza dengan keadaan ketika era pentadbiran sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan di mana riuh rendah di media sosial pelbagai rungutan pada waktu itu mengenai kenaikan harga barang yang seolah-olah tiada kawalan.


Hakikat lain dan sebagai perbandingan, kadar inflasi juga menurun kepada 2.8 peratus pada Mei 2023 berbanding 3.3 peratus pada bulan sebelumnya.


Fakta ini dengan sendirinya bermakna harga barangan semakin menurun kadarnya.


Di samping pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini adalah dikira lebih baik berbanding beberapa negara seperti Indonesia 5 peratus, China 4.5 peratus dan Vietnam 3.3 peratus, kadar ringgit juga lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya.


Dengan itu, di mana asasnya ada kenaikan harga barang-barang dijangka akan berlaku?







Tidak lain sebenarnya, dengan menyebut kenaikan itu dijangka bermula pada Ogos, ia adalah jarum halus yang bertujuan mencucuk virus kemarahan ke dalam jiwa rakyat menjelang pengundian PRN enam negeri pada 12 Ogos depan.


Berdasarkan fakta, blok pembangkang hampir tiada asas untuk merobek kepercayaan rakyat kepada kerajaan semasa ini.


Jika mahu dikira dan dengan apa yang telah dibuktikan, sudah banyak yang dilakukan kerajaan sejak tujuh bulan lalu untuk memberi lebih keselesaan kepada rakyat.


Tambahan lagi, sementara apa jua keputusan PRN nanti tidak menjejaskan sama sekali kedudukan sedia ada kerajaan perpaduan, sebaliknya ia amat penting untuk blok pembangkang atau PN untuk menghadapi PRU16 akan datang.


Bayangkan apa jadi kepada PN, Mahiaddin Md Yasin, Hamzah Zainuddin, Hadi Awang dan lain-lainnya jika PRN ini memberi keputusan yang tidak memihak kepada mereka?


Dengan menjadikan isu kenaikan harga barang yang dijangka bermula pada Ogos kerana hari mengundi 12 Ogos adalah sebahagian propaganda untuk meracuni dan membangkitkan kemarahan rakyat semata-mata.


Bertenang, semak fakta dan jangan sesekali terpedaya. – ShahbudinHusin 10/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/07/10/jangkaan-kenaikan-harga-barang-semata-mata-propaganda-prn.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/jangkaan-kenaikan-harga-barang-ogos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Bakal Naik 20 Peratus Bulan Depan

Harga Barang Bakal Naik 20 Peratus Bulan Depan

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 198 hits
Harga Barang Bakal Naik 20 Peratus Bulan Depan Harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang bulan Oktober tahun ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di ...
Jom Lihat Harga Barang Naik Atau Turun Pandai Ka Ko Baca Data Ni

Jom Lihat Harga Barang Naik Atau Turun Pandai Ka Ko Baca Data Ni

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 696 hits
PN kata harga barang naik PM Anwar Kerajaan PERPADUAN Malaysia MADANI zalim Salah Inflasi makin reda Sejak Mac 2022 hingga Mac 2023 inflasi bagi makanan terpilih ada naik 8 6 ada turun 0 9 Pasca Nov 2022 inflasi kebanyakan makanan terpilih ...
Harga Barang Naik Kerana Inflasi Dunia Bukan Salah Kerajaan Presiden Pas

Harga Barang Naik Kerana Inflasi Dunia Bukan Salah Kerajaan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 241 hits
8216 Harga barang naik kerana inflasi dunia bukan salah kerajaan 8217 8211 Presiden Pas KENAIKAN harga barang disebabkan masalah inflasi dunia bukan berpunca kerajaan gagal menguruskan negara dengan baik kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi...
Harga Barang

Harga Barang

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 171 hits
Mana Kerajaan naik pun isu harga barang akan jadi modal Pembangkang Kerana ia isu yang paling dekat dengan pengundi atas pagar Fence sitter tak ambil kisah sangat isu politik Siapa berebut jadi PM atau MB kadang mereka pun malas nak dengar ...
Fitnah Kononnya Harga Barang Tinggi

Fitnah Kononnya Harga Barang Tinggi

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 292 hits
AHMAD SHAHRILAda yg bgtau mana nk dpt dah beras 5kg harga RM13 skrg ni semua brg dah naik harga termasuk lah gula dan minyak masak malah pembelian pun terhad hanya blh beberapa paket malas nk ckp byk ini harga brg2 yg skrg hangat di perkata...
Prn 12 Ogos Penamaan 29 Julai

Prn 12 Ogos Penamaan 29 Julai

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 136 hits
PRN 12 Ogos penamaan 29 Julai Dikemas kini 9 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jul 2023 12 21PM
12 Ogos Prn Serentak 6 Negeri Terlibat

12 Ogos Prn Serentak 6 Negeri Terlibat

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 133 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Pilihan Raya Negeri di Kedah Kelantan Terengganu Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities