Janganlah Terkejut Jika Syed Saddiq Jadi Perdana Menteri


Walaupun masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), ucapan tahniah harus diucapkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diatas usahanya menubuhkan sebuah parti politik baru dalam negara kita baru-baru ini. Parti politik baru yang diberi nama Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang dibuka untuk semua kaum dan agama ini akan menjadi tambahan kepada parti-parti politik sedia ada dalam negara kita pada ketika ini.
Apa yang menariknya, parti politik yang diasaskan oleh Syed Saddiq ini merupakan sebuah parti politik pertama dalam sejarah negara kita yang bakal memberi banyak tumpuan kepada nasib golongan belia. Walaupun tumpuan parti politik baru ini banyak diberikan terhadap nasib golongan belia, parti politik baru ini juga dilihat memberi fokus perjuangannya untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam Malaysia tanpa mengira had usia mereka.
Ramai pihak khususnya dalam kalangan ahli-ahli politik mengeluarkan kenyataan mereka masing-masing terhadap kemunculan parti politik terbaru ini. Ada pihak yang akan memberi sokongan dan kata-kata semangat, dan akan ada pihak yang akan mengeluarkan kata-kata ejekan serta yang akan melemahkan semangat.
Walau apa pun pandangan yang ingin dilontarkan oleh mereka terhadap kemunculan parti politik baru ini, peluang dan ruang yang secukupnya harus diberikan kepada Syed Saddiq serta golongan belia yang telah mengambil langkah berani untuk melibatkan diri mereka dengan arena politik dalam negara.
Rata-rata ramai pihak sudah muak dengan parti-parti politik sedia ada dalam negara kita pada ketika ini. Mereka bukan saja muak dengan kewujudan parti-parti politik sedia ada ini malah turut muak dengan perangai dan kerenah ahli-ahli politik sedia ada yang majoritinya terdiri daripada generasi lama. Selama bertahun-tahun, rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan pilihan parti- parti politik yang sudah lama ditubuh yang diterajui oleh golongan lama.
Golongan lama ini dilihat gagal memahami keadaan dunia moden pada ketika serta kehendak sebenar rakyat khususnya kehendak golongan belia yang inginkan pembaharuan drastik. amai pihak sudah mula muak dengan keadaan dan drama politik semasa yang berlaku pada ketika ini. Persoalan yang sering ditanyakan oleh ramai pihak, sampai bilakah Malaysia harus menerima kewujudan parti-parti politik dan ahli-ahli
politik yang sudah lama bertapak dalam sejarah negara kita ini?
Kemuakkan ramai pihak ini boleh menjadi faktor penentu kepada kejayaan dan kemenangan parti politik yang diasaskan oleh Syed Saddiq ini. Walaupun parti Syed Saddiq ini akan memberi fokus kepada golongan belia, namun akibat daripada kemuakkan yang timbul terhadap parti-parti politik serta ahli-ahli politik sedia ada dalam negara kita akan memaksa semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk memberi sokongan padu mereka terhadap parti politik baru ini serta terhadap Syed Saddiq sendiri.
Oleh yang demikian, janganlah kita semua terkejut sekiranya parti politik yang baru ditubuhkan oleh Syed Saddiq ini akan menang proses pilihanraya umum kali ke – 15 (PRU15) yang akan datang serta janganlah kita terkejut juga sekiranya Syed Saddiq sendiri akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke–9.
Janganlah juga kita terkejut sekiranya kabinet baru pasca PRU15 nanti akan terdiri 80%, 90% ataupun sepenuhnya daripada golongan belia. Jangan lah kita terkejut juga golongan tua pasca PRU15 nanti hanya akan bertugas sebagai pegawai pentadbir serta setiausaha kepada semua menteri belia ini.
Rakyat Malaysia perlu sedia sedia dari segi mental dan emosi mereka dari sekarang untuk menghadapi segala kemungkinan terhadap perkara ini. Tidak ada perkara yang mustahil pada zaman ini.
Tidak semua golongan belia memiliki semangat keberanian serta berpeluang untuk menceburkan diri mereka ke dalam dunia politik tanahair kita kerana fokus yang selalunya diberikan oleh golongan belia adalah untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan melalui proses pembelajaran, mencari pekerjaan, serta mengumpul wang bagi memantapkan kedudukan kewangan mereka.
Langkah yang telah diambil oleh Syed Saddiq ini dengan penubuhan sebuah parti politik adalah satu langkah luar biasa yang jarang diambil oleh mana-mana golongan muda bukan sahaja dalam Malaysia malah diserata dunia. Tidak banyak negara dalam dunia pada ketika ini yang memberi banyak ruang dan peluang kepada golongan belia untuk menceburkan diri ke dalam arena politik negara.
Rata–rata golongan belia hanya diberi sedikit ruang dan peluang untuk berpolitik di peringkat kampus di dalam universiti. Usaha yang diambil oleh Syed Saddiq ini dijangka akan menjadi pencetus semangat baru dalam sejarah politik negara kita dimana arena politik negara kita akan mula diceburi dan dipelopori oleh golongan muda dan belia.
Muzaffaf Syah
Penulis adalah Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah,Undang- Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Tak hadir sidang media parti baru Dr M, apa langkah Syed Saddiq?

The post Janganlah terkejut jika Syed Saddiq jadi Perdana Menteri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/23/janganlah-terkejut-jika-syed-saddiq-jadi-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Sambut Hari Natal Pu Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

Hiburan Isu Sambut Hari Natal Pu Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 602 hits
Terpalit dengan isu sambutan Hari Natal personaliti TV Awal Ashaari dilihat telah menerima pelbagai respon dan pendapat daripada kalangan netizen mengenai hukum menyambut perayaan tersebut Lebih kepada dikecam Awal telah tampil memberikan p...
Surat Terbuka Kepada Yb Senator Tuan Guru Datuk Dr Zulfikri Mohamad Al Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Surat Terbuka Kepada Yb Senator Tuan Guru Datuk Dr Zulfikri Mohamad Al Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum Wbth YB Senator Tuan Guru 1 Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Tuan Guru terganggu dengan kehadiran surat terbuka ini 2 Ringkasnya surat ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang...
Video Terima Kasih Tmj Bagi Rm300k Patik Pula Luluskan Rm25 Juta Untuk Muar Syed Saddiq

Video Terima Kasih Tmj Bagi Rm300k Patik Pula Luluskan Rm25 Juta Untuk Muar Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 323 hits
Setelah dikecam teruk menerusi Instagram Story Tunku Mahkota Johor DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah tampil membalas kecaman tersebut dalam video terbarunya yang dmuatnaik di Facebook be...
Orang Tua Sukar Beri Peluang Kepada Orang Muda Kata Syed Saddiq

Orang Tua Sukar Beri Peluang Kepada Orang Muda Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 217 hits
Untuk ahli politik lebih tua mengubah cara mereka dan memberi peluang kepada orang muda bukan usaha mudah tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap ia sebagai tanggungjawabnya berbuat demikian Ahli Parlimen Muar itu bertegas muda buka...
Syed Saddiq Bersungguh Desak Jppm Luluskan Muda Biar Rakyat Yang Memilih

Syed Saddiq Bersungguh Desak Jppm Luluskan Muda Biar Rakyat Yang Memilih

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 228 hits
BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kerana masih tidak meluluskan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia yang dimohon tiga bulan lalu Luahan kek
Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 502 hits
nbsp KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah menafikan ada menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ahli Parlimen UMNO Paya Besar itu menegaskan beliau sen...
Tragedi Letupan Di Beirut Perdana Menteri Tiga Bekas Menteri Dituduh Cuai

Tragedi Letupan Di Beirut Perdana Menteri Tiga Bekas Menteri Dituduh Cuai

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 269 hits
BEIRUT Hakim Lubnan mendakwa Perdana Menteri Sementara Hassan Diab bertindak cuai sehingga mencetuskan insiden letupan dahsyat pada 4 Ogos lalu di pelabuhan Beirut mengorbankan lebih 200 orang lapor Agensi Anadolu Hakim yang menyiasat kejad...
Perdana Menteri Dalam Tawanan

Perdana Menteri Dalam Tawanan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 184 hits
1 Perdana Menteri kita sudah ditawan Ditawan oleh rakan kerjasama politik 2 Tidak berupaya membuat keputusan bagi memastikan politik kita stabil ekonomi pulih dan covid 19 diperangi 3 Ini kerana niat beliau hanya untuk berkuasa khianati per...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization