Janganlah Membebel Otak Cepat Mengecut Mudah Sakit Nak Marah Cuba Senyum


Bila jadi ibu, membebel ni automatik ada dalam diri. Kadang bukan nak membebel sangat tetapi ia berlaku tanpa sedar. Buat semua ibu-ibu sekali lagi nak tegaskan, jangan membebel! Bahaya..Bunyi macam menakutkan tapi jika kita tak cuba ubah keadaan ini boleh memudaratkan diri. Tak kisahlah dari aspek emosi atau kesihatan.
Kadang dah tabiat seorang wanita untuk membebel. Tapi jika kita kawal mungkin boleh. Masalahnya ramai juga yang cakap kalau tak membebel, suami dan anak-anak susah nak dengar cakap.
Apa kata kita positifkan sikit ‘membebel ‘itu dengan pendekatan lebih baik. Jika buat berterusan aura positif juga akan kuat dalam diri kita. Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang juga penulis The Pro Parenting ini sangat bermanfaat.
Tenang. Tarik nafas. Ini info yang agak scary untuk kita para wanita. Yang mudah meluah perasaan ke mulut.
Rasa Nak Membebel Tahan Mulut
Waktu Dr Rizal tunjuk gambar ni di Neuroversiti Conference, dan bercerita… saya telan ayaq liyuq. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.

Ini adalah gambar imbasan otak.
Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita RASA marah.
Gambar kanan adalah otak kita bila kita SEBUT apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel.
Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif.
Amygdala aktifkan Hipotalamus.
Hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari.
Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah.
Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan pelupa sokmo.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.

3 hormon stress yang jahat itu, akan buat kita:
– Sakit jantung
– Bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun
– Kulit bertambah kedut
– Mulut kering
– Imun badan menurun, risiko kanser meningkat
– Bertambah rabun
– Migrain dan sakit kepala
– Tulang jadi kurang mampat.
Uwaaaa…scary gila!
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that!
Nak Marah Cuba Juga Senyum
Nasib baik Dr Rizal bagitau, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum.
Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Dr Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang.
Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium.

Jangan Sebut Benda Yang Kita Tak Suka
Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita “Anak bertuah” bila diorang marah, kan.
“The brain has its own way to process language.
Words can change your gene.”
Betullah apa yang suami saya selalu sebut.
“Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.”
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah.
Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka.
Instead of cakap “Mama tak suka tengok korang gaduh”, tukar.
“Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.”
Instead of cakap “Kenapa yang malas sangat ni.”
Jeritlah dengan happy “Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.”
Abang-abang kalau nampak isteri ketung-ketang-ketung-ketang hentam kuali, do something.

Nak nyanyi lagu Hindustan ke, nak puji ke, nak peluk ke, nak geletek ke. Buatlah apa-apa untuk usaha bagi muka bini keluar senyum dulu. Lepas tu tanya elok-elok kenapa hentam kuali sampai gitu sekali.
Lepas tu, pandai-pandai you all lah macam mana nak extend bahagia tu. Haha!
Kredit: Wawa Shauqi
Yang Nak Jadi Awesome, Bertenang & Solehah.
t.me/wawashauqi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
The post Janganlah Membebel, Otak Cepat Mengecut & Mudah Sakit. Nak Marah Cuba Senyum! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/janganlah-membebel-otak-cepat-mengecut-mudah-sakit-nak-marah-cuba-senyum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

Awani Borneo 15 06 2021 Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara Mudah Cepat Jimat Mulai Julai

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 234 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini PM umum Pelan Pemulihan Negara Vaksin CanSino sesuai untuk digunakan di pedalaman Sarawak Sabah s
Kerang Rebus Mudah Dan Cepat

Kerang Rebus Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 261 hits
Kerang Rebus Mudah Dan Cepat Kerang rebus lagi menu segar hari ini sebab En suami beli kerang segar 2 kg menyebabkan kita kena masak cepat cepat habiskan stok sebab kalau lama simpan tak sedap dah rasanya Kali ni kami masak kerang rebus lag...
Cara Order Kat Tapau Food Mudah Cepat

Cara Order Kat Tapau Food Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 1453 hits
Assalamualaikum Selamat Malam Nak share sikit semoga bermanfaat Credit to Warung Simpor Utara Tapau Food
Bengkak Susu Apa Nak Buat Jom Cuba 13 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

Bengkak Susu Apa Nak Buat Jom Cuba 13 Tip Ini Mungkin Boleh Membantu Anda

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 384 hits
BENGKAK SUSU APA NAK BUAT JOM CUBA 13 TIP INI MUNGKIN BOLEH MEMBANTU ANDA Kalau kena bengkak susu nangis ooo Boleh demam Nak disentuh sakit apatah lagi kalau baby nak hisap Boleh meraung dibuatnya Cikla taulah sebab cikla pernah kena dulu B...
Dah Nak Masuk 40 Doakan Saya Dapat Jadi Ibu Elizad Berhasrat Cuba Lagi Buat Ivf

Dah Nak Masuk 40 Doakan Saya Dapat Jadi Ibu Elizad Berhasrat Cuba Lagi Buat Ivf

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 293 hits
Sebelum ini pelakon dan penyampai radio Siti Elizad hanya sempat merasai pengalaman hamil buat seketika tahun lalu Namun tiada rezekinya apabila keguguran dan sehingga kini masih berusaha dan tak berputus asa Teruja tengok kawan kawan ada a...
Teringin Nak Makan Apam Balik Lagi Mudah Buat Sendiri Boleh Tabur Kacang Jagung Banyak Banyak

Teringin Nak Makan Apam Balik Lagi Mudah Buat Sendiri Boleh Tabur Kacang Jagung Banyak Banyak

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 402 hits
Di musim PKP ini pasti agak sukar untuk mencari Apam Balik kegemaran kita Apa kata kita buat sendiri sahaja buat anak anak di rumah Lagi jimat dan paling menarik boleh letak jagung dan kacang banyak banyak Nak tahu resipi paling mudah jom i...
Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 317 hits
Almond Crunchy Coklat Dua Bahan Mudah Sangat Nak Buat Hanya Guna dua bahan sahaja iaitu Coklat dan badam sahaja Benda dah ada yang senang buat apa yang susah dan kalau benda tu buat anak anak suka Tak perlu guna oven tak perlu menguli atau ...
Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

Nak Popia Lebih Kemas Cantik Inti Pun Tak Terkeluar Ini Cara Mudah

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 314 hits
Melihat orang lain membungkus atau membalut popia dengan begitu kemas membuatkan kita tertanya tanya apa cara yang digunakan mereka Adakah menggunakan pembungkus bersaiz kecil atau memotong terlebih dahulu bagi mendapatkan saiz yang cantik ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation