Jangan Undi Pemimpin Tak Setia Kepada Parti



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Setia dan ikut telunjuk pihak luar adalah perbuatan khianatPEMIMPIN dan ahli parti wajib setia kepada kepimpinan dan perjuangan parti.
Pemimpin dan ahli parti yang setia kepada pihak lain adalah pengkhianat dan tidak layak menganggotai parti.
Itulah pendirian saya mengenai kepimpinan dan keahlian dalam apa-apa juga pertubuhan.
Bagi mana-mana parti atau pertubuhan yang mengamalkan pengundian bagi memilih pemimpin, perwakilan wajib menolak pemimpin yang khianat.
Persoalan ini timbul dalam perbincangan saya dengan pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor Sabtu lepas.
Saya dijemput berbual dengan pemimpin dan penggiat Bersatu yang menghadiri permukiman badan penerangan Bersatu Johor di Ulu Tiram dan bersembang dengan ahli di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru.
Bukan rahsia lagi bahawa Bersatu di Johor – macamlah Umno dulu – mengalami masalah kesetiaan yang berbelah bagi akibat peranan istana.
Di semua negeri yang ada raja, memang semua pemimpin politik dan rakyat jelata wajib setia kepada raja sebagai ketua negeri.
Tetapi tugas mentadbir negeri adalah hak dan tanggungjawab pemimpin yang dipilih oleh rakyat jelata melalui pilihan raya.
Merekalah yang berhak dan berkewajipan memerintah dan mentadbir negeri. Raja adalah ketua negeri dan bukan ketua pentadbir. Ketua pentadbiran di negeri-negeri beraja adalah Menteri Besar.
Jangan Undi
Nasihat saya kepada ahli Bersatu adalah: Jangan pilih (jangan undi) pemimpin yang tidak setia dan tidak ikut arahan parti.
Di semua negeri, Bersatu diketuai oleh Pengerusi Badan Pimpinan Negeri. Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Johor adalah Mazlan Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa.
Sembang di Johor Bahru Jadi dialah ketua Bersatu. Hendak tidak hendak, semua ahli dan pemimpin Bersatu, termasuklah yang  jadi Menteri Besar, Exco dan Adun, kenalah terima dia sebagai ketua mereka.
Mana-mana yang tidak terima beliau atau tidak tunjuk hormat kepada beliau samalah dengan tidak terima dan tidak hormat keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di Kuala Lumpur.
Kalau mereka keras kepala juga atau tunduk kepada kuasa lain, ahli Bersatu jangan undi mereka dalam pemilihan parti di semua peringkat.
Kalau mereka tidak terima kepimpinan yang dipilih oleh parti sebaliknya mengikut telunjuk pihak-pihak di luar parti maka wajarlah mereka disingkirkan melalui undi.
Istana Berkempen
Kita wajib jangan lupa sejarah iaitu ada istana dan pembesar istana yang secara terbuka menghina parti kita Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu.
Malah secara terang-terangan mereka berkempen bagi pihak bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional (BN).
Secara tersirat, apabila rakyat jelata menolak Mohd Najib dan BN, rakyat jelata juga menolak campur tangan mereka atau lebih teruk menolak “daulat” mereka.
Berkenaan kekebalan raja, memang Perlembagaan Persekutuan dan negeri memberikan kekebalan kepada mereka tetapi terhad kepada menjalankan tugas rasmi sahaja.
Anak raja tidak kebal. Tetapi anak raja mungkin jadi kebal kalau dilantik menjadi pemangku raja tetapi tetap terhad kepada tugas rasmi saja.
Mereka tidak kebal kalau melakukan jenayah seperti memukul orang atau menipu rakan kongsi perniagaan.
Bukti Sejarah
Seorang Sultan pernah dihadapkan ke mahkamah khas kerana dituduh menghina seorang wanita yang dikatakan rakan kongsi perniagaannya.
Wanita tersebut mengemukakan saman sivil di Mahkamah Khas Raja-raja tetapi kes itu dibuang kerana hakim membuat keputusan bahawa orang asing tidak boleh menyeret raja Melayu ke mahkamah. Wanita yang mengemukakan saman sivil tersebut adalah warganegara Singapura.
Sebab itulah apabila Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, mengambil alih jawatan saya mohon beliau membuka semula kes-kes jenayah yang melihatkan keluarga diraja. Tapi saya tidak tahu beliau buat atau tidak. Wallahuaklam.
Sekarang saya mohon pula kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, sebab dia pun baru supaya siasat kegiatan melombong dan mengeksport pasir.
Saya dimaklumkan bahawa pasir masih dieksport, khususnya ke Singapura, dengan bertopengkan silika. Ikut maklumat, pasir tidak boleh dieksport tapi silika (untuk buat kaca) boleh.
Bukan apa, Latheefa sendiri kata majoriti yang ditangkap rasuah adalah kakitangan awam. Jadi kita takut ada “little Napoleon” dalam agensi penguatkuasaan di Johor yang sedang bersubahat main kayu tiga dengan kerajaan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri pun boleh buka siasatan ke atas pelombong dan pengeksport pasir ini. Manalah tahu takut mereka terlupa isytihar cukai.
Terima kasih.  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/08/jangan-undi-pemimpin-tak-setia-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Pemimpin Umno Lompat Parti Disaman

Tiga Pemimpin Umno Lompat Parti Disaman

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 394 hits
SHAH ALAM UMNO telah memulakan langkah untuk menyaman tiga bekas pemimpinnya
Pemimpin Parti Dan Kerajaan Sudah Low Class

Pemimpin Parti Dan Kerajaan Sudah Low Class

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 233 hits
Beri satu dua nama pemimpin yang masih boleh disegani dihormati Mungkin ada seorang dua sebab belang mereka tersembunyi kerana belum ada kuasa dan jawatan Once dapat kuasa dan jawatan akan sama atau lebih teruk dari yang sedia ada Rezeki ma...
Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam

Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 178 hits
Fadli Zon Minta Jangan Kriminalisasi Pohon Terkait Listrik Padam Wakil Ketua DPR RI Fadli Zon mengatakan hasil investigasi bahwa pohon sengon menjadi penyebab listrik mati tidak masuk akal
Sebok Tara Mana Pun Hat Cerita Pelaq Ni Jangan Dok Miss

Sebok Tara Mana Pun Hat Cerita Pelaq Ni Jangan Dok Miss

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 229 hits
NAJIB TRIAL Joanna Yu testifies that she was instructed to do so before Dec 31 2014
Ppp Ingatkan Fadli Kalau Gerindra Mau Gabung Jangan Kritik Pemerintah

Ppp Ingatkan Fadli Kalau Gerindra Mau Gabung Jangan Kritik Pemerintah

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 175 hits
PPP Ingatkan Fadli Kalau Gerindra Mau Gabung Jangan Kritik Pemerintah Arsul mengatakan kritikan terutama soal kritik listrik padam di sejumlah daerah menandakan negara salah urus sangat tidak sejalan dengan koalisi Jokowi
Dana Src Tak Perlu Bimbang Mulai Hari Ini Jangan Terlibat Najib

Dana Src Tak Perlu Bimbang Mulai Hari Ini Jangan Terlibat Najib

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 565 hits
06 Ogos 2019 8 54 PMAhmad Husni hadir pada hari ke 49 perbicaraan kes Najib yang didakwa membabitkan dana SRC KUALA LUMPUR Kamu tidak perlu bimbang Husni mulai hari ini jangan terlibat saya tidak mahu kamu campur tangan Itu kata kata bekas ...
Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 459 hits
Setelah mendirikan rumah tangga persefahaman dan saling memahami amat penting kalau nak bahagia Jangan cepat melenting membuat kesimpulan selidik dan fahami dulu keadaan isteri di rumah dengan anak anak Suami isteri ibarat gigi dan lidah Ta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner