Jangan Tertipu Ibu Hamil Nampak Macam Makanan Sihat Rupanya Makanan Tinggi Gula


Pemakanan ketika hamil memainkan peranan penting untuk perkembangan si manja anda. Makanan tinggi gula tidak digalakkan sama sekali atas faktor kesihatan ibu dan juga bayi.

Pasti anda berusaha untuk meminimumkan pengambilan gula ketika hamil, tetapi agak rumit kerana banyak makanan mengandungi gula tersembunyi.
Artikel ini akan membantu anda mengenali 7 jenis makanan yang kononnya sihat, tetapi penuh dengan gula!
Kenapa makanan tinggi gula dihadkan semasa hamil?
Semasa hamil, pengambilan gula harus dikawal kerana ia boleh membuatkan anda berasa cepat letih.
Pengambilan gula dalam kuantiti rendah membuatkan gula dalam darah lebih stabil dan bakal ibu cenderung menghasilkan berat badan yang sihat semasa hamil.
Jika kandungan gula yang diambil ketika hamil terlampau banyak, ia boleh meningkatkan risiko diabetes gestasi, pra-eklampsia dan berat bayi berlebihan di kemudian hari.
Jumlah gula dibenarkan semasa hamil
Mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, ibu hamil tidak dibenarkan mengambil lebih 30 gram gula sehari, iaitu bersamaan dengan 7 kiub gula atau sudu teh gula.
Ini bukan bermakna ibu tidak boleh menikmati makanan yang manis semasa hamil.
Sudah tentu boleh, cuma elakkan makanan tinggi gula dan ambil pendekatan yang lebih sihat seperti menggantikannya dengan alternatif yang berkhasiat dan manis secara semula jadi.
Makanan tinggi gula harus dielakkan semasa hamil
#1 Yogurt rendah lemak
Yogurt ialah sejenis makanan yang penuh khasiat. Namun, tidak semua yogurt di pasaran mempunyai nutrisi yang sama.
Seperti kebanyakan produk rendah lemak yang lain, yogurt jenis ini selalunya tergolong dalam makanan tinggi gula kerana pemanis ini digunakan untuk meningkatkan rasa.
Mengikut Food Data Central United States, secawan 245 gram yogurt rendah lemak boleh mengandungi lebih daripada 45 gram gula, iaitu sekitar 11 sudu teh.
Jika anda suka mengambil yogurt, pilihlah yogurt semula jadi, penuh lemak atau yogurt Greek. Elakkan yogurt yang telah dimaniskan dengan gula.
#2 Soda diet
Banyak minuman berkarbonat di pasaran yang dijual tanpa kalori atau rendah kalori. Jangan tertipu ya!
Hal ini kerana banyak bahan pemanis buatan diletakkan dalam minuman seperti ini untuk menggantikan gula.
Ia boleh menyebabkan penambahan berat badan untuk jangka masa panjang.
#3 Smoothie siap sedia
Gabungan buah-buahan dengan susu atau yogurt pada waktu pagi ialah hidangan yang baik untuk memulakan hari anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua smoothie sihat untuk ibu hamil.
Banyak smoothie yang dihasilkan secara komersial mengandungi bahan pemanis tiruan untuk meningkatkan kandungan gula mereka.
Sebilangan daripadanya mengandungi jumlah kalori dan gula yang sangat tinggi, melebihi 54 gram gula (13.5 sudu teh) dalam satu hidangan 16-oz atau 20-oz.
Periksa ramuan dan peka akan jumlah hidangan anda sebelum membelinya.
#4 Jus buah
Eh, takkanlah jus buah pun jenis makanan tinggi gula? Seperti buah-buahan, jus mengandungi vitamin dan mineral juga.
Walaupun kelihatan seperti pilihan yang sihat, vitamin dan mineral ini disertakan dengan jumlah gula dan serat yang sangat sedikit.
Biasanya, jumlah buah yang diperlukan untuk menghasilkan segelas jus lebih banyak daripada satu hidangan buah tersebut.
Malahan, lebih banyak gula dijumpai dalam jus buah berbanding buah segar.
Selain itu, jus buah di pasaran juga akan dicampurkan dengan gula untuk menaikkan rasa.
#5 Oat segera, makanan tinggi gula juga?
Oat merupakan hidangan yang sesuai untuk mengawal tahap kolesterol anda. Namun, oat segera mempunyai sekurang-kurangnya 14 gram gula dalam sepaket.
Kandungan gula lebih tinggi dalam oat segera yang mempunyai perisa seperti coklat, pisang dan sebagainya.
Sebelum membeli oat, periksa dulu maklumat nutrisi untuk produk tersebut.
#6 Granola
Granola sering dipasarkan sebagai makanan kesihatan rendah lemak, walaupun sebenarnya ia makanan tinggi gula dan kalori.
Bahan utama dalam granola adalah oat. Oat gulung adalah sejenis bijirin seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan serat.
Akan tetapi, oat dalam granola telah digabungkan dengan kacang, madu atau pemanis tambahan lain yang meningkatkan jumlah gula dan kalori.
100 gram granola boleh mengandungi sekitar 400-500 kalori, bersamaan dengan 5-7 sudu teh gula.
#7 Sup komersial
Sup bukanlah makanan yang biasanya dikaitkan dengan gula. Apabila dibuat dengan bahan segar, ia adalah pilihan yang sihat untuk ibu hamil.
Namun, banyak sup yang disediakan secara komersial mempunyai bahan tambahan, termasuk gula.

Jenis gula tambahan yang selalunya digunakan dalam sup ialah:
-sukrosa
-malt barli
-dekstrosa
-maltosa
-sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS)
Anda boleh memeriksa label dan kandungan produk sebelum membeli.
Pilihlah makanan anda dengan bijak
Mengejutkan, bukan? Makanan tinggi gula tak semestinya berasa manis. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pilihan makanan anda ketika hamil.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jangan Tertipu Ibu Hamil, Nampak Macam Makanan Sihat Rupanya Makanan Tinggi Gula! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-tertipu-ibu-hamil-nampak-macam-makanan-sihat-rupanya-makanan-tinggi-gula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Senaraikan Makanan Tambahan Sihat Untuk Ibu Hamil Paling Penting Kaya Nutrisi Barakah

Doktor Senaraikan Makanan Tambahan Sihat Untuk Ibu Hamil Paling Penting Kaya Nutrisi Barakah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 371 hits
Bila hamil selera ibu biasanya akan bertambah dan ada yang akan mengidam yang bukan bukan Namun untuk elakkan daripada mengunyah kudapan yang kurang sihat sebaiknya ibu ibu hamil memilih makanan sihat yang mana ia baik untuk kesihatan ibu d...
Sangka Sakit Perut Sebab Keracunan Makanan Rupanya Yatt Hamzah Keguguran Tak Tahu Diri Sedang Hamil Anak Kelima

Sangka Sakit Perut Sebab Keracunan Makanan Rupanya Yatt Hamzah Keguguran Tak Tahu Diri Sedang Hamil Anak Kelima

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 395 hits
Siapa sangka sakit perut yang dianggap berpunca daripada keracunan makanan sehingga menyebabkan cirit birit dan muntah akhirnya mungkin menjadi punca kepada keguguran yang dialami oleh pelakon Yatt Hamzah Berita duka itu dikongsikan oleh Ya...
Menjadi Seorang Ibu Impian Saya Dah Nampak Baby Bump Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat

Menjadi Seorang Ibu Impian Saya Dah Nampak Baby Bump Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 401 hits
Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya Dalam posting tersebut Zahirah memuat naik gambarnya bersama su...
Bayi Tak Sedarkan Diri Sampai Di Zon Merah Terbongkar Rupanya Gara Gara Kesilapan Si Ibu

Bayi Tak Sedarkan Diri Sampai Di Zon Merah Terbongkar Rupanya Gara Gara Kesilapan Si Ibu

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 523 hits
Banyak artikel yang menerangkan tentang makanan makanan yang bahaya untuk bayi dibawah umur satu tahu Nampak ianya selamat lembut mudah ditelan namun ianya sangat berbahaya dan boleh membawa maut gambar sekadar hiasan Sekali lagi Pa Ma kong...
Baju Ibu Hamil Wanita Mengandung Yang Cute Rugi Kalau Tak Beli

Baju Ibu Hamil Wanita Mengandung Yang Cute Rugi Kalau Tak Beli

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 429 hits
Baju Ibu Hamil Wanita Mengandung Yang Cute Rugi Kalau Tak BeliUntuk Maklumat Lanjut Sila Klik Link Dibawah bra pajamas braset nursingbra panty panties sexy underwear maternity nightwear shapewear sportware sportpants pants sexylingerie bras...
Macam Roti Sandwich Penuh Salad Netizen Kreatif Samakan Pangsapuri Unik Di China Ini Dengan Makanan

Macam Roti Sandwich Penuh Salad Netizen Kreatif Samakan Pangsapuri Unik Di China Ini Dengan Makanan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 316 hits
Macam Roti Sandwich Penuh Salad Netizen Kreatif Samakan Pangsapuri Unik Di China Ini Dengan MakananKepada sesiapa yang berpindah ke pangsapuri ini mungkin kena berhati hati dengan bahaya binantang berbisa yang mungkin dihadapi Masalah tanah...
Jaga Kesihatan Jantung Dengan Makanan Berkhasiat Dan Bernutrisi Tinggi

Jaga Kesihatan Jantung Dengan Makanan Berkhasiat Dan Bernutrisi Tinggi

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 345 hits
Dapur menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenis makanan bermula dari makanan ruji sehinggalah makanan yang dikatakan sebagai makanan ringan Bagi anda yang mementingkan kesihatan terutama kesihatan jantung apa kata mulakan sesi ubah sua...
Elakkan Bagi 5 Makanan Ini Pencetus Alergi Pada Anak Ibu Ayah Kena Alert

Elakkan Bagi 5 Makanan Ini Pencetus Alergi Pada Anak Ibu Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 1349 hits
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya Umumnya alergi ditandai dengan simptom seperti cirit cirit bengkak pada bahagian tubuh serta muntah muntah Ba...
7 Kegalauan Ibu Saat Ingin Tambah Anak Lagi Mau Hamil Anak Kedua Gini Amat Rasanya

7 Kegalauan Ibu Saat Ingin Tambah Anak Lagi Mau Hamil Anak Kedua Gini Amat Rasanya

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 323 hits
Katanya nambah anak dari 2 ke 3 nggak segalau saat nambah anak 1 ke 2 Hayo siapa yang lagi begini
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024