Jangan Tertawa Ancaman Bird Strike Memang Meebahaya Buat Pesawat


 


Ramai yang ketawa bila dengar pesawat pejuang kita terhempas dek kerana seekor bangau. Tapi inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh juruterbang TUDM. 







Hasil siasatan oleh Lembaga Siasatan mengesahkan bahawa seekor burung bangau seberat kira-kira satu kilogram telah dikenal pasti sebagai punca nahas jet pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Ogos 2025 yang lalu.


Seekor bangau jenis (Purple Heron) telah tersedut masuk ke dalam enjin di bahagian kiri ketika pesawat sedang berlepas.


Terdapat segelintir nurtizen yang cepat melatah. Ada yang menyindir TUDM dengan ayat jet kita “uzur”, malah ada juga yang buat lawak kononnya “baru kena langgar burung dah terhempas, belum guna untuk tempur lagi“, dan juga “Malaysia perlu ternak bangau sebagai barisan hadapan pertahanan udara negara“ dan disertai dengan komen-komen bodoh yang lain, yang mencerminkan tahap pemikiran seseorang individu tersebut. 


Hakikatnya, ramai yang tidak tahu betapa seriusnya isu ancaman bird strike ini dalam dunia penerbangan sama ada penerbangan komersial mahupun ketenteraan. 


Ancaman Bird Strike bermaksud perlanggaran antara burung dengan pesawat, sama ada ketika berlepas, mendarat, atau sedang terbang rendah. 


Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.


Burung yang besar seperti bangau atau helang, apabila tersedut masuk ke dalam enjin pesawat, boleh memecahkan bilah kipas, merosakkan turbine, dan menyebabkan enjin gagal berfungsi dalam beberapa saat. 


Situasi seperti ini amat berbahaya terutamanya ketika fasa take off atau landing kerana ketika pesawat sedang berada di altitud rendah dengan kelajuan yang tinggi, dan juruterbang tidak mempunyai banyak masa untuk bertindak.


Insiden seperti ini bukan sesuatu yang luar biasa. Di seluruh dunia, ribuan kes ancaman bird strike direkodkan setiap tahun, termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun. 


Malah ada satu insiden terkenal di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai “Miracle on the Hudson”, di mana sebuah kapal terbang komersial jenis Airbus A320-214 milik US Airways yang membawa penumpang terpaksa mendarat cemas di sungai Hudson, New York selepas kedua-dua enjinnya rosak akibat burung.


Bukan hanya TUDM yang pernah berdepan dengan ancaman bird strike. 


Pesawat Pejuang F/A-18D US Marine Corps terhempas pada tahun 2022 kerana burung termasuk ke dalam enjin, pada 22 September 1995,  pesawat E-3 Sentry milik Tentera Udara AS hilang 2 enjin akibat burung angsa semasa pesawat sedang berlepas dari Alaska telah mengorbankan seramai 24 orang, pada 15 Julai 1996, pesawat pengangkut Lockheed C-130 Hercules milik Tentera Belgium terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Eindhove, Belanda akibat burung telah mengorbankan seramai 34 orang, 7 orang cedera parah. 


Ini membuktikan bahawa ancaman bird strike sememangnya berbahaya, dan ia tidak mengenal tahap kecanggihan teknologi sesebuah pesawat, dan ia boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, sama ada tentera atau komersial, di mana sahaja di seluruh dunia.


Juruterbang dan jurusensor pesawat TUDM  telah mengikut prosedur keselamatan dengan menggunakan kerusi lenting pada ketinggian 50 meter daripada udara. 


Kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri walaupun berdepan situasi yang kritikal. Perkara ini jelas membuktikan tahap kesiapsiagaan serta profesionalisme juruterbang TUDM kita berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.


Siasatan juga telah dijalankan dengan telus oleh Lembaga Siasatan disertai tenaga pakar TUDM, Jabatan Kimia, Tentera Laut Amerika Syarikat, Defense Science and Technology Research Institute (STRIDE), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN). 


Susulan laporan pengesahan punca nahas disebabkan terlanggar burung bangau dan bukan disebabkan masalah enjin, TUDM serta-merta membatalkan penggantungan operasi jet pejuang F/A-18D Hornet dan pesawat itu dibenarkan terbang semula.


Komen-komen berbaur sindiran di media sosial dapat memberikan kesan yang amat negatif. Ia bukan sahaja menjatuhkan imej TUDM di mata rakyat, malah boleh melemahkan moral anggota yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi negara. 


BAYANGKAN, selepas melalui pengalaman hampir maut, mereka masih terpaksa membaca komen-komen yang menghina daripada rakyat sendiri. 


Sedangkan di negara lain, insiden sebegini disambut dengan simpati dan dizahirkan ucapan penghargaan terhadap keberanian juruterbang mereka.


Pesawat boleh diganti dengan wang dan masa, tetapi nyawa juruterbang TUDM kita tidak ternilai harganya. Nak melatih seorang juruterbang bukan mudah. 


Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya berbangga kerana juruterbang kita terselamat hasil daripada latihan dan disiplin yang ketat. Negara luar pun kagum dengan keupayaan juruterbang TUDM kita.


Sindiran liar yang memperlekehkan insiden nahas ini bukan sahaja tidak berasas, malah seperti menghina usaha TUDM yang bertugas menjalani latihan siang dan malam demi mempertahankan ruang udara negara daripada ancaman musuh.-Malaysian Defence (MalDef)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/jangan-tertawa-ancaman-bird-strike.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Oportunis Matawang Lama Ancaman Senyap Kepada Komuniti Numismatik Malaysia

Bahaya Oportunis Matawang Lama Ancaman Senyap Kepada Komuniti Numismatik Malaysia

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1765 hits
Dalam dunia hobi numismatik bukan sekadar tentang mengumpul matawang lama dan baru ia juga adalah medan warisan disiplin sejarah dan cabang ilmu yang mendalam Seperti bidang lain ia berkembang dengan pengorbanan dan penyelidikan oleh pakar ...
Qatar Prepping Regional Response To Israel Strike

Qatar Prepping Regional Response To Israel Strike

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 957 hits
Qatari Prime Minister Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani said yesterday that a collective regional response is being prepared to counter Israel s attack on Doha He stressed that consultations are underway with Arab and Islamic partners re...
Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1034 hits
Nak makan lauk sihat simple tapi sedap Resipi Ayam Rebus ni antara ang teraik untk anda cuba Ia antara menu paling mudah tapi tetap enak Sesuai dimakan dengan nasi putih panas panas atau dijadikan lauk tambahan Jom cuba resipi ringkas perko...
Ancaman Lng Bintulu Sms Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia Fadillah

Ancaman Lng Bintulu Sms Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia Fadillah

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 629 hits
Ancaman LNG Bintulu SMS Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia Fadillah KUALA LUMPUR 9 Sept Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ancaman terhadap fasiliti gas asli cecair di Bintulu Sarawak diterima melalui...
Anai Anai Serangga Kecil Yang Jadi Ancaman Besar Kepada Rumah Anda

Anai Anai Serangga Kecil Yang Jadi Ancaman Besar Kepada Rumah Anda

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1854 hits
Pernahkah anda dengar bunyi kayu berkeriut atau nampak debu halus di lantai rumah tanpa sebab jelas Itu mungkin tanda kehadiran anai anai Walaupun saiznya kecil serangga ini mampu menyebabkan kerosakan besar pada rumah dan perabot tanpa and...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Tapai Pulut

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up