Jangan Terlalu Yakin Dengan Keputusan Prn Melaka Ku Li Beri Amaran Kepada Bn


 
Nicholas Chung -November 30, 2021 Tengku Razaleigh Hamzah berkata pengundi lebih rela ‘tunggu dan lihat’ menjelangnya PRU nanti, yang dijangka akan diadakan tahun depan.KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu yakin mengenai kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila menggesa untuk diadakan pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
Veteran Umno itu berkata parti terbabit tidak seharusnya “terpedaya” kerana ramai rakyat Melaka yang tidak keluar mengundi, di mana sejumlah 326,068 undi dibuang, atau 65.8% daripada pemilih berdaftar di negeri itu.
Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata pengundi lebih rela “tunggu dan lihat” menjelangnya PRU nanti, yang dijangka akan diadakan tahun depan.


“Saya tidak katakan Melaka akan mengadakan satu lagi pilihan raya (negeri) bersama dengan pilihan raya umum bagi Parlimen juga. Tetapi saya katakan bahawa mereka merasakan bahawa ini adalah pilihan raya kecil berbanding pilihan raya besar yang akan menggerakkan segalanya selepas PRU15.

“Tetapi ia adalah amaran jelas kepada semua, termasuk dalam Umno: Jangan terlalu yakin,” katanya dalam wawancara bersama FMT. Tengku Razaleigh menjadi Ahli Parlimen Gua Musang selama 11 penggal, sekali gus menjadikannya sebagai Ahli Parlimen paling lama di negara ini.
“Anda mungkin mempunyai sokongan kuat di beberapa bahagian di Melaka. Tetapi, begitu juga di peringkat persekutuan apabila anda mungkin berdepan kumpulan anti-BN, (sentimen) anti-Umno yang kuat berkembang yang akan memberi kejutan dan kekecewaan apabila tibanya PRU15.”
BN memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka dan memberikannya majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kemenangan besar itu mendorong Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan PRU lebih awal memandangkan pengundi dilihat menyebelahi BN.
Namun, Tengku Razaleigh berkata BN menang dengan margin tipis di beberapa kerusi di Melaka dengan majoriti kurang daripada seribu, sambil memberi amaran pengundi mungkin tidak bersama dengan gabungan itu sekiranya ia gagal menunjukkan prestasi baik.
Beliau berkata BN tidak boleh menganggap kemenangan besar di Melaka itu sebagai “undi percaya” pengundi terhadap parti itu sambil menjelaskan bahawa gabungan itu memperolehi kurang 40% daripada jumlah undi.
“Kita akan tersilap besar jika kita menganggap bahawa majoriti dua pertiga adalah “undi percaya” untuk parti. Saya fikir kita perlu bekerja keras dan berhati-hati.”
Menurutnya, Umno perlu melalui proses transformasi secara berterusan dan kepimpinan Umno diberi terlalu banyak kuasa.
Katanya, ini menyebabkan mereka terpisah daripada hakikat di peringkat akar umbi apabila pemimpin menjadi lebih elitis, yang mana ia akan menghakis sokongan terhadap Umno.
“Misalnya, satu resolusi (pada perhimpunan agung tahunan) mengatakan anda akan memutuskan hubungan atau sebarang kerjasama dengan Bersatu. Selepas ia berakhir, Jemaah Menteri dipenuhi dengan mereka.
“Bagaimana anda boleh buat begitu? Adakah anda merasakan mereka di peringkat bawah tidak faham semua langkah ini? Anda tidak boleh menipu mereka. Jangan menghina kebijaksanaan mereka.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/jangan-terlalu-yakin-dengan-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Rafiq Hormati Keputusan Pucuk Pimpinan Pilih Mas Ermieyati Calon Km

Prn Melaka Rafiq Hormati Keputusan Pucuk Pimpinan Pilih Mas Ermieyati Calon Km

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 264 hits
MELAKA Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menghormati keputusan pucuk pimpinan yang memilih Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Mohd Rafiq yang juga calon PN Dew...
Pasca Prn Melaka Makna Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

Pasca Prn Melaka Makna Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 304 hits
Susulan kemenangan bergaya Barisan Nasional yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka ke 15 dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada kes
Keputusan Penuh Prn Melaka 10 Malam

Keputusan Penuh Prn Melaka 10 Malam

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 200 hits
MELAKA Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini dijangka paling awal diketahui pada pukul 10 malam Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan ia membabitkan keputusan penuh di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandin...
Jangan Pecah Belah Ph Isu Kalah Prn Melaka

Jangan Pecah Belah Ph Isu Kalah Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 305 hits
Pemimpin pemimpin parti komponen Pakatan Harapan diingatkan agar tidak cuba meretakkan hubungan sesama anggota gabungan Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador berkata demikian mengulas kritikan keras ADUN Bilut da...
Kemenangan Prn Melaka Ahli Umno Jangan Riak Mendongak Ke Langit

Kemenangan Prn Melaka Ahli Umno Jangan Riak Mendongak Ke Langit

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 229 hits
MALAYSIA POST AHLI parti diingatkan supaya tidak riak atau mendongak ke langit susulan kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata analisa mendalam perlu dilakukan me...
Prn Melaka Analisa Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

Prn Melaka Analisa Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 310 hits
Susulan kemenangan bergaya Barisan Nasional yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka ke 15 dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada kes
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 234 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting