Jangan Terlalu Taksub Dengan Petua Lama Rahim Tak Akan Longgar Yang Penting Jaga Pemakanan Bersenam


Petua tradisional amat sinonim dengan masyarakat melayu. Namun, sumber ubat-ubatan tradisional sekarang amat diragui keberkesanan dan bahan yang digunakan dalam proses pembuatan tersebut. Malah ada antara kita yang masih percaya dengan mitos pantang larang yang sudah tidak relevan masa kini.

BISA BISA BADAN, ANGIN DAN DALAMAN
Ramai juga yang menuduh kami para doktor tidak percaya pada kata kata dan petua orang lama, asyik terpengaruh dengan kemodenan, tiada yang dulu tiadalah yang sekarang, orang dulu dulu elok je hidup sampai seratus tahun.
Ok mari sini saya terangkan kepada awak. Adakah orang dulu telan pil atau jus yang dibungkus yang dibuat entah dari siapa? Tidak.
Orang dulu dulu buat sendiri dan minum. Dan orang dulu dulu tidak makan makanan seperti yang kita telan hari ini. Serta orang dulu dulu rajin bekerja dan membanting tenaga. Benda begini awak cuma perlu guna logik akal yang waras sahaja.
Nak minum air kunyit, air asam jawa,air manjakani, air akar kayu, air asam belimbing. Silalah. Minum dengan berpada sebulan sekali dua.
Tapi tapi tapi. Janganlah hanya dengan mengamalkan minum minum air tersebut tapi pemakanan seharian seumur hidup tidak dijaga dan malas bersenam serta malas berpeluh.
Tak guna pun telan sebelanga air akar kayu dan segala air yang awak nak amalkan tapi yang lain tidak dijaga.
Bersalin itu bukan penyakit. Bersalin adalah proses normal atau semulajadi yang akan dilalui oleh wanita asli yang sudah mendirikan rumah tangga atau yang sudah bersenggama dan berlaku proses persenyawaan.
Jadinya, kenapa awak mesti nak jaga makan atau berpantang selepas bersalin atau selepas keguguran atau selepas pembedahan sahaja?

Why oh why? Hiduplah dengan logik akal. Tak susah pun nak hadam benda ni. Ada yang tanya bagaimana nak hilang sengal sengal atau bisa bisa badan? Bagaimana taknak bagi angin masuk? Bagaimana nak kembali kecut? Bagaimana nanti rahim kembang? Apa nak makan untuk dalaman?
Badan kita akan sihat jika kita menjaganya sentiasa secara sihat. Makanlah dengan kuantiti makanan yang betul, suku suku separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh serat. Makanlah makanan yang sihat dan fresh, bukan makanan yang diproses. Makanlah makanan yang kurang garam kurang gula kurang penambah rasa. Makanlah makanan yang sederhana,tidak terlalu pedas, tidak terlalu masam,tidak terlalu manis, tidak terlalu masin. Makanlah mengikut masa yang sama setiap hari.
Kita menggunakan tenaga yang banyak sewaktu hendak bersalin. Banyak kalori yang terbakar, banyak pendarahan yang berlaku namun tidak ada urat yang putus ye.
Jika, selepas bersalin, for sure kita akan rasa letih dan lemah. Kerana apa? Kerana badan kita dehidrasi. Kurang air, kurang tenaga dan kurang darah. Tak perlu supplemen atau jamu pun untuk rehidrasi kembali. Cuma perlu air masak yang banyak dan makanan yang sihat sahaja untuk kembalikan tenaga dan air ke dalam badan.

Saya pelik kenapa orang takut sungguh dengan air masak. Air masak samada sejuk atau panas, kalorinya adalah kosong, zero, null. Minumlah banyak mana pun, tetap tak akan gemuk. Dan selepas bersalin, benda yang paling risau adalah sembelit. Bayangkan kalau najis keras dan terpaksa teran?
Sebab itu perlunya air masak dan buah buahan serta sayur sayuran. Barulah najis lembut dan mudah keluar. Kalau tak, nanti najis keras lepas tu tak berak dua tiga hari dan tentulah akan sakit perut.

Seperti saya kata rahim tak kembang ye. Yang akan kembang adalah badan awak seluruhnya jika malas jaga makan setiap hari. Tak perlu salahkan makanan. Yang membuat makanan adalah kita. Yang makan makanan pun adalah kita.
Kenapa pula salahkan laksa, donut, air sejuk, mi? Makanlah dengan berpada. Laksa adalah sihat ok,lagi lagi kalau guna ikan yang fresh dan letak sayur banyak banyak. Donut tu kalau awak beli yang penuh gula ditambah dengan topping cheese ke coklat ke memanglah awak akan kembang, bukan rahim tapi seluruh badan. Nak makan, olahlah jadi yang sihat. Simple kan untuk fikir?
Angin itu berlaku jika cara dan jenis pemakanan kita tidak betul. Tidak ada istilah diet mengikut darah atau diet makan protein sahaja atau diet makan buah dan sayur sahaja. Tidak ada. Jika ada rasa perut kembung,tidak selesa, datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Badan kita mudah menjadi letih dan bisa bisa jika kita kurang air. Kurang air masak atau air kosong. Ini adalah tidak bagus. Kadang kadang kita akan rasa cramps atau tarik mengkarung atau otot menegang. Cramps berlaku disebabkan kurang air biasanya. Janganlah asyik kata sebab kurang kalsium lepas tu beli pil atau susu merapu untuk tambah kalsium. Tak perlu membazir.
Rahim kita akan kembali kecut selepas bersalin kerana itu adalah fisiologi badan manusia. Dan menyusu badan akan memecutkan lagi proses pemecutan rahim. Tak perlu pun bengkung atau apa apa,yang perlu cuma bersenam. Amalkanlah senaman kegel, baik lelaki atau wanita kerana ianya bagus untuk otot di bahagian pelvis.
Tidak guna awak bertangas, bertungku bagai tapi pemakanan yang lain tidak jaga. Sama macam kes akar kayu atau herba yang awak nak makan sebab konon untuk dalaman tu. Konsepnya sama sahaja. Jaga yang asas seumur hidup, insha Allah awak sihat.
Lepas bersalin, kena makan buah dan sayur supaya mudah membuang air besar dan tinggi kandungan vitamin C yang akan mempercepatkan kesembuhan luka akibat proses bersalin. Kena makan protein kerana protein diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Yang awak perlu pantang adalah pantang bersama dengan suami. Islam sendiri kata haram bersenggama dengan suami semasa haid dan semasa masih di dalam darah nifas. Jika sudah habis nifas, jika mahu bersama juga, amalkan perancang keluarga. Janganlah asyik nak cuba kaedah azal atau kondom sahaja. Accident berlaku tanpa disangka. Bagilah anak awak yang kecil tu besar dan boleh faham arahan yang simple simple. Nanti anak dekat dekat lepas tu tak terjaga sebab penat. Rancang bersama suami sebab yang menanggungnya adalah isteri.
Ok, sekarang apa yang awak maksudkan untuk dalaman? Dalaman mana lagi?
Dalaman dalam rahim? Takut rahim jatuh? Takut longgar? Apa yang awak nak cakap atau maksudkan dengan dalaman tu? Kalau nak baca pasal tombong atau rahim jatuh, saya dah pernah ulas. Boleh search tentang tombong.
Rahim atau faraj longgar? Rahim takkan longgar ye. Ianyakan duduk dalam tulang pelvis dengan elok. Faraj diperbuat daripada otot otot. Untuk kekalkan keanjalan otot, yang perlu diamalkan adalah senaman. Dan senaman yang terbukti berkesan adalah senaman kemut atau nama lainnya senaman Kegel. Bagaimana nak buat?
Kemutkan bahagian faraj dan anus anda selama 30 saat dan lepaskan. Buatlah semasa anda sedang berehat. Jangan buat semasa tengah kencing atau berak. Buat setiap hari dan berulang kali. Hanya senaman yang boleh melatih otot otot anda menjadi kuat dan sihat.
Tak guna awak telan macam macam tapi semua yang asas dan mudah anda malas nak amalkan. Tiada istilah highway dalam menjadi sihat dan kurus. Tak perlu bazir beli produk pelik pelik. Walaupun dia kata produk dia homemade, tak usah percaya. Kalau homemade, awak sendiri boleh buat di rumah. Jangan bagi alasan malas atau tiada masa.
Bukan susah pun nak buat. Hanya rebus sahaja. Anda tak perlu kacau setiap masa pun. Kan? Jangalah mudah sangat terpedaya dengan ayat penjual atau founder kononnya suami akan lari kalau bawah tu tak jaga. Adoilah. Jika pandai jaga yang asas insha Allah terjaga semuanya.
Jangan terlalu taksub dengan petua lama. Kadang tu petua lama ni simple je tapi orang sekarang yang dah banyak ubah caranya.
Contohnya petua mudah yang saya dapat untuk kurangkan menggeleber di bahagian pinggang adalah dengan memasukkan seulas dua bawang putih ke dalam nasi yang ditanak. Bagus petua ni sebab bawang putih memang bagus untuk kesihatan. Tapi bawang putih asli lah, tak perlu bazir beli pil bawang putih. Untuk apa?
Tapi jika amalkan petua di atas tapi makanan yang lain tak jaga pun tak guna juga kan? Letaklah 100 ulas bawang putih pun tetap takkan kurus kalau makan seolah esok lusa tak ada dah.Benda yang super simple untuk dihadam sebenarnya tapi ramai yang malas nak baca dan faham betul betul. Berhentilah menjadi tidak bijak dan membazir.
Ingat ye, nak makan air rebusan kunyit campur asam jawa campur halia tidak salah diamalkan sebulan sekali dua namun dalam masa yang sama jaga juga pemakanan seharian. Macam ni barulah umpphh!
Nota kaki : Kita adalah apa yang kita makan dan minum. Kita adaalah apa yang kita fikirkan
Berhati hati dalam mempercayai petua yang diberi oleh individu yang tiada asas perubatan kerana jika anda sakit bukan mereka yang merawat!
Sumber: Facebook Dr. Erna Nadia
The post Jangan Terlalu Taksub Dengan Petua Lama, Rahim Tak Akan Longgar! Yang Penting Jaga Pemakanan & Bersenam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-terlalu-taksub-dengan-petua-lama-rahim-tak-akan-longgar-yang-penting-jaga-pemakanan-bersenam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Aku Tak Balik Jangan Harap Kau Balik Jep Sepahtu Pedajal Rahim

Kalau Aku Tak Balik Jangan Harap Kau Balik Jep Sepahtu Pedajal Rahim

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 892 hits
Kalau Aku Tak Balik Jangan Harap Kau Balik Jep Sepahtu Pedajal Rahim Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu pagi ini dilihat sempat bergurau bersama gandingannya Rahim Sepahtu Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di Instagram Jep dilihat...
Selalu Kena Tegur Lepas Bersenam Lepak Mamak Dietition Ini Kongsi Penting Makan Lepas Bersenam

Selalu Kena Tegur Lepas Bersenam Lepak Mamak Dietition Ini Kongsi Penting Makan Lepas Bersenam

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 347 hits
Selalu Kena Tegur Lepas Bersenam Lepak Mamak Dietition Ini Kongsi Penting Makan Lepas Bersenam
Gerindra Tegaskan Nama Calon Menteri Prabowo Masih Lama Jangan Diributkan Sekarang

Gerindra Tegaskan Nama Calon Menteri Prabowo Masih Lama Jangan Diributkan Sekarang

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 277 hits
Ketua DPP Partai Gerindra Ahmad Riza Patria membantah sudah ada daftar calon kabinet Prabowo Subianto dan Sandiaga Salahuddin Uno jika terpilih sebagai presiden dan wakil presiden periode 2019 2024 Menurutnya Badan Pemenangan Nasional Prabo...
Pm Jangan Terlalu Taasub Pemimpin Parti

Pm Jangan Terlalu Taasub Pemimpin Parti

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 307 hits
Diterbitkan Hari ini 10 05 pagiKesetiaan harus diutamakan untuk negara dan bukannya kepada pemimpin atau parti politik tertentu kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Ketika memberikan ingatan itu kepada anggota jentera pentadbiran pada m...
Jangan Selekeh Depan Suami Kena Jaga Juga Dalam Pantang Niena Azman Jelaskan Kenapa Beliau Bersolek

Jangan Selekeh Depan Suami Kena Jaga Juga Dalam Pantang Niena Azman Jelaskan Kenapa Beliau Bersolek

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 648 hits
Niena Azma isteri kepada gitaris kumpulan Kristal Rody menjelaskan bahawa beliau masih lagi berpantang Walaupun dalam keadaan berpantang bukan alasan untuk selekeh di depan mata suami katanya Menerusi instastory yang dimuatnaik di instagram...
Humor Siang Ini Jangan Terlalu Di Bawa Serius

Humor Siang Ini Jangan Terlalu Di Bawa Serius

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 415 hits
Humor Siang UN1X PROJECT Mari kita tinggalkan sejenak pikiran kita yang ruwet santailah sejenak dan mari kita baca Humor Siang Ini semoga stress agan2 hilang dan pikiran jadi ploong Langsung aja cekidoot Humor Siang Smary SaklitinovSang gur...
Stimulasi Sensori Penting Untuk Anak Ibu Bapa Jangan Pandang Ringan

Stimulasi Sensori Penting Untuk Anak Ibu Bapa Jangan Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 377 hits
Stimulasi sensori amat penting untuk membantu anak mencapai potensi dirinya sejak awal lagi Ia juga peluang untuk anda dan si kecil mengukuhkan hubungan Ikuti panduan yang disediakan ini Stimulasi sensori pada ketika ini akan membantu untuk...
Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan Di Media Sosial Pesan Da I Wan

Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan Di Media Sosial Pesan Da I Wan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 387 hits
Suami Isteri Perlu Jaga Aib Jangan Dedahkan di Media Sosial Pesan Da i Wan Penceramah bebas Da i Wan menasihatkan agar pasangan suami isteri perlu jaga aib dalam rumah tangga masing masing Da i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din in...
Realme Malaysia Mengacah Realme 3 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Realme Malaysia Mengacah Realme 3 Akan Hadir Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 363 hits
Realme sebelum ini telah mula mengacah Realme 3 akan diperkenalkan tidak lama lagi di India Kini selain di India Realme Malaysia turut telah mula mengacah kehadiran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan Melalui laman rasmi Lazada pihak R...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya