Jangan Terjerat Dengan Janji Dan Tuntutan Iklan Produk Pelangsing


Terdapat segelintir masyarakat kita begitu obses untuk memiliki bentuk badan yang langsing. Kini wujudnya lambakan iklan dan promosi produk pelangsing badan yang dijual melalui Internet oleh penjual yang tidak bertanggungjawab. 
AWAS PRODUK PELANGSING BADAN! JANGAN TERJERAT
Netizen sering terkeliru dengan taktik pengiklanan oleh penjual yang membuat kenyataan seperti “tidak perlu bersenam”, “boleh makan apa sahaja”, “tidak perlu berdiet”, “turun tiga kilogram dalam masa satu minggu” atau “hanya sapu tanpa perlu berdiet”. Orang awam dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis pengiklan yang memberi jaminan penurunan berat badan dalam tempoh yang singkat kerana proses penurunan berat badan mengambil masa dan tidak berlaku sekelip mata. 
Apabila sesuatu produk farmaseutikal berdaftar hendak diiklankan, ia perlu mendapatkan kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini bagi memastikan fakta atau tuntutan perubatan yang digunakan dalam iklan tersebut diakui sahih, benar dan bukannya direka-reka demi melariskan sesuatu ubat. Iklan yang telah mempunyai kelulusan LIU akan diberi nombor KKLIU yang seharus dipaparkan pada iklan yang disiarkan (contoh: KKLIU 1234/2019). 
Menurut ‘Garis Panduan Pengiklanan Ubat Dan Produk Perubatan Kepada Orang Awam’ yang boleh diakses melalui portal https://www.pharmacy.gov.my, pernyataan ‘Produk ini hendaklah diambil bersama-sama diet seimbang dan senaman berterusan’ perlu dipaparkan bagi iklan yang melibatkan produk untuk menurunkan berat badan. Maka, jika pernyataan ini tidak dipaparkan pada iklan yang membuat tuntutan menurunkan berat badan, berkemungkinan iklan tersebut tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat.
Ubat pelangsing yang dikategorikan sebagai ubat tradisional pula setakat ini masih tidak mempunyai bukti yang kukuh mampu menurunkan berat badan secara drastik. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan iklan yang menjanjikan kesan yang tidak munasabah. Berikut merupakan panduan semasa membeli produk pelangsing badan:
• Semak status pendaftaran produk (MAL) melalui portal https://www.npra.gov.my atau muat turun aplikasi NPRA Product Status daripada “Android Play Store”. • Produk makanan dan produk kosmetik dilarang membuat akuan perubatan termasuklah untuk menguruskan berat badan. • Peka terhadap senarai produk yang dicemari racun berjadual melalui kenyataan akhbar dari semasa ke semasa melalui https://kpkesihatan.com.• Bagi iklan yang mempunyai tuntutan perubatan, pastikan iklan tersebut mempunyai nombor KKLIU.• Semak kelulusan iklan melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/iklan• Tidak mudah percaya dengan testimoni “sebelum” dan “selepas” yang ditemui di Internet kerana kini terdapat banyak aplikasi ‘filtering’ yang boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Langkah terbaik untuk mengekalkan berat badan yang ideal adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang dan senaman yang konsisten. Jangan terlalu mudah percaya dengan iklan-iklan produk penurunan berat badan yang menjanjikan kesan dalam tempoh yang singkat kerana berkemungkinan produk tersebut telah dicampur palsu dengan bahan terkawal seperti sibutramine, orlistat, phentermine dan lain-lain. 
Dari sudut hukuman pula, bagi produk kesihatan yang tidak berdaftar, kes akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum membeli produk kesihatan. Elakkan membeli ubat di pasar-pasar, kaki lima, kiosk-kiosk dan laman web atau media sosial yang dikendalikan oleh individu yang tidak bertauliah. Pastikan ubat atau produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL beserta label keselamatan hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. 
Bersempena dengan Kempen Waspada Pembelian Ubat Online #biarbetuliklanni!, orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila membeli ubat dalam talian dan sentiasa membuat semakan dahulu sebelum klik mana-mana pautan untuk pembelian. 
Aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui talian 03-78413200 atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM di alamat http://moh.spab.gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan. 
Orang awam juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre – NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum) untuk sebarang persoalan berkaitan ubat-ubatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/12/jangan-terjerat-dengan-janji-produk-pelangsing-badan-ubat-kurus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temui Mahasiswa Rektor Ugm Janji Aturan Penanganan Kekerasan Seksual Disahkan

Temui Mahasiswa Rektor Ugm Janji Aturan Penanganan Kekerasan Seksual Disahkan

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 125 hits
Panut merinci jika Senat Akademik UGM akan menggelar rapat pleno pada 26 Desember mendatang Panut optimis aturan PPKS itu akan disetujui oleh Senat Akademik UGM
Kohilal Janji Bayar Balik Saham Ahli

Kohilal Janji Bayar Balik Saham Ahli

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 241 hits
DAH BAYAR KA BELUM By Manzaidi Mohd Amin 23 July 2019MGF230719 KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM04Anggota Lembaga Kohilal Mustapa Salleh pada majlis Menandatangani Persefahaman Usahasama Antara Kohilal Abata dan Ummah di Hotel Putra Kuala Lumpur fo...
Respons Oso Soal Desakan Mundur Wiranto Dan Janji Pakta Integritas

Respons Oso Soal Desakan Mundur Wiranto Dan Janji Pakta Integritas

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 163 hits
OSO juga disinggung tentang perjanjian menjabat ketum sampai tahun 2019 Dia mengatakan para kader masih mempercayakannya memimpin Hanura
Polisi Janji Ungkap Pembunuh Mahasiswa Yusuf Kadawi

Polisi Janji Ungkap Pembunuh Mahasiswa Yusuf Kadawi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 198 hits
Saat ini Polisi telah memeriksa sebanyak 14 orang Mereka terdiri dari aparat kepolisian dan juga warga sipil
Ph Akan Tunai Semua Janji Manifesto Selangor

Ph Akan Tunai Semua Janji Manifesto Selangor

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 289 hits
Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat terus terbela Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor Datuk Abdul Rashid Asari berkata gabungan itu juga akan memastikan semua manifesto yang dijanjikan p...
Mahfud Md Janji Bebaskan 3 Wni Disandera Abu Sayyaf

Mahfud Md Janji Bebaskan 3 Wni Disandera Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 172 hits
Menko Polhukam Mahfud MD menyebut itu sebagai bentuk tanggung jawab pemerintah atas keselamatan warganya
Comelnya Kecil Kecil Dah Jadi Datuk Bandar Mayor Charlie Janji Nak Laksanakan Tugas Sebaik Mungkin

Comelnya Kecil Kecil Dah Jadi Datuk Bandar Mayor Charlie Janji Nak Laksanakan Tugas Sebaik Mungkin

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 297 hits
Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya Jadi dari kecil memang ibu bapa perlu menerapkan pendekatan dan juga didikan yang baik untuk anak anak Siapa tahu suatu hari nanti merekalah yang bakal menjadi pemimpin yang mentadbir negara dan...
Aktiviti Syarikat Tak Perlu Mewah Janji Meriah

Aktiviti Syarikat Tak Perlu Mewah Janji Meriah

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 275 hits
Aktiviti Syarikat Tak Perlu Mewah Janji Meriah Isnin baru ni unit mommy terlibat dengan engagement unit di negeri kedah Dah di inform oleh hq pada pertengahan tahun tetapi disebabkan malas nak siapkan paperwork maka aktiviti yang di rancang...
Airlangga Curhat Suara Golkar Merosot Tajam Gara Gara Setnov Terjerat Korupsi

Airlangga Curhat Suara Golkar Merosot Tajam Gara Gara Setnov Terjerat Korupsi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 165 hits
Ibarat kapal yang telah oleng dihantam badai besar Golkar menemukan nakhoda untuk menyelamatkan kapal tersebut sehingga penumpang bisa selamat sampai tujuan pungkas dia
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan