Jangan Teran Terlalu Awal Ini Ilmu Persiapan Mama Yang Bakal Lahirkan Anak Pertama


Bakal ibu pasti berdebar apabila semakin tiba tarikh jangkaan bersalin. Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang, ini tip persiapan bersalin anak pertama untuk anda.

Persiapan bersalin anak pertama untuk bakal ibu
Pastinya sebagai bakal ibu, anda telah menerima pelbagai nasihat daripada ahli keluarga dan rakan mengenai petua serta tip untuk melahirkan anak nanti.
Berikut antara tip yang mungkin bermanfaat untuk anda:
Kontraksi & proses bersalin Setiap proses beranak adalah berbeza dan adalah menjadi kesukaran menentukan bila masa yang tepat untuk anda pergi ke hospital. Tidak dinafikan, kebanyakan wanita akan menuju ke hospital kerana bimbang mereka akan bersalin sedangkan ia hanyalah kontraksi Braxton Hicks. Ia biasanya terjadi buat mereka yang pertama kali mengandung.
Namun, tiada salahnya untuk berbuat demikian jika ia boleh menghilangkan rasa bimbang anda.
Persiapan bersalin anak pertama
Walau bagaimanapun, salah satu persiapan bersalin anak pertama yang paling penting adalah untuk kekal bertenang di rumah ketika fasa pertama bersalin berlaku.
Apabila kontraksi berlaku setiap 5 minit dan berlanjutan untuk tempoh 30 saat atau lebih, ataupun anda mula berasa tidak selesa, itu adalah hint untuk anda memulakan perjalanan ke hospital.
Anda juga boleh menghubungi doktor jika tidak pasti atau mempunyai sebarang kebimbangan.
Ini antara peringkat bersalin yang akan bakal ibu lalui:
Fasa pertama
Pada peringkat ini, serviks mula melebar dan anda akan mengalami kontraksi ringan dan tidak teratur. Ia berlaku sebelum air ketuban pecah.
Fasa kedua
Serviks akan melebar daripada 6-10 cm dengan intensiti kontraksi bertambah kuat dan jarak masa semakin pendek.
Elakkan daripada meneran pada peringkat ini, melainkan atas arahan doktor.
Fasa ketiga
Tiba masanya untuk anda meneran! Serviks telah melebar sepenuhnya dan anda boleh aktif meneran untuk melahirkan si manja,

Fasa perlebaran serviks
Plasenta dikeluarkan
Merupakan fasa akhir di mana plasenta akan dikeluarkan. Peringkat ini lebih santai dan kontraksi kurang menyakitkan.
Petua untuk menguruskan kesakitan kontraksi semasa peralihan fasa bersalin adalah:
Berjalan, menukar posisi berbaring atau duduk, bernafas secara perlahan semasa kontraksi Visualisasi atau aromaterapi Teknik relaksasi, urutan atau titik tekanan pada tangan Ubat penahan sakit (analgesia epidural) boleh dijadikan sebagai pilihan Kesakitan
Bukan berniat untuk menakutkan, tetapi proses kelahiran anak boleh menyebabkan kesakitan dan setiap ibu akan melalui dengan cara yang berbeza.
Namun daripada memikirkan kesakitan, anda boleh fokus kepada cara untuk mengatasinya. Ada bakal ibu yang memilih untuk menggunakan ubat penahan sakit atau epidural.
Di samping itu, terdapat juga wanita yang memilih untuk melalui proses bersalin tanpa penggunaan sebarang ubat penahan sakit. Semuanya bergantung kepada anda!
Kelahiran bayi
Sebagai persiapan melahirkan anak pertama, anda harus memahami perubahan emosi yang akan wujud selepas bayi selamat dilahirkan adalah normal: kegembiraan, kelegaan, kekecewaan, kebimbangan mahupun rasa puas.
Anda mungkin terkejut melihat keadaan si manja, khususnya jika proses bersalin yang panjang membuatkan kepalanya menjadi lonjong dan berwajah rata.
Mungkin wujud rasa kecewa apabila si manja tidak seperti apa yang anda bayangkan seperti mengalami kekuningan disebabkan jaundis, mahupun keadaan rambut sedikit atau banyak.
Usah risau, keadaan itu tidak kekal lama dan kelak, bayi anda akan kelihatan seperti apa yang dibayangkan selama tempoh 9 bulan kehamilan.
Dalam tempoh 1 jam selepas dilahirkan, bayi akan berada pada tahap berwaspada dan berjaga – ini merupakan tempoh masa yang baik untuk memulakan penyusuan.
Pada tempoh awal-awal penyusuan, bayi akan menerima susu kolostrum – yang memberikan bayi imuniti dan tenaga.
Jika penyusuan sukar dilakukan, dapatkan bantuan jururawat atau perunding penyusuan.
Perubahan badan
Proses melahirkan perkara paling sukar perlu dilalui tubuh yang menyebabkan anda mengalami keletihan secara fizikal, sangat lapar dan agak ‘mamai’.
Perut anda akan kelihatan seperti masih hamil untuk tempoh 5-6 bulan dan ia adalah normal untuk rahim ‘mengecut’ kembali.
Bakal ibu perlu faham bahawa anda tidak perlu terburu-buru untuk kembali langsing atau ia akan menyebabkan anda keletihan dan menjejaskan bekalan susu badan.
Sekiranya mengalami koyakan faraj semasa bersalin, anda mungkin ingin meletakkan mampatan sejuk pada jahitan serta mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Bagi mereka yang melalui proses pembedahan caesarean, anda perlu kerap bergerak dan menukar posisi.
Sebagai persiapan pertama kali bersalin, anda harus ketahui akan berlaku pendarahan lochia atau nifas.
Pendarahan biasanya akan berkurangan setelah beberapa minggu. Dinasihatkan agar anda tidak menggunakan tampon, sebaliknya memakai tuala wanita.
Pun begitu, jika pendarahan semakin banyak, lakukan pemeriksaan doktor segera. Ini kerana ia boleh menjadi petanda terjadinya jangkitan.
Dapatkan rehat secukupnya kerana anda akan perlu bangun setiap 2-3 jam, siang dan malam untuk menyusukan si kecil.
Walau apa pun, pada akhirnya setiap bakal ibu perlu kekal tenang dan menikmati setiap momen kelahiran si manja nanti.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
The post Jangan Teran Terlalu Awal! Ini Ilmu & Persiapan Mama Yang Bakal Lahirkan Anak Pertama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-teran-terlalu-awal-ini-ilmu-persiapan-mama-yang-bakal-lahirkan-anak-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Sayang Anak Tapi Bila Keluar Jangan Terlalu Biasakan Beli Mainan

Semua Sayang Anak Tapi Bila Keluar Jangan Terlalu Biasakan Beli Mainan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 386 hits
Mainan dan anak kecil memang tak dapat dipisahkan Walaupun di rumah dah ada permainan sama sampai di kedai nampak je terus minta nak lagi Sampaikan ada ibu bapa yang lalu je bahagian mainan cepat cepat alihkan perhatian anak Mana mana ibu b...
Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

Mama Kata Bawalah Calon Menantu Dating Paling Sweet Seumur Hidup Anak Puas Hati Candle Light Dinner Pertama Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 477 hits
SEBUT sahaja candle light dinner pasti terbayangkan makan malam romantis bersama pasangan sama ada kekasih suami atau isteri Bagi seorang pemuda momen istimewa itu diluangkan bersama ibu tersayang Makan malam turut diserikan dengan lagu har...
Anak Arw4h Vanessa Angel Mula Cari Mama Papa Bapa Mentua Akui Terlalu Sedih Tengok Keadaan Cucu

Anak Arw4h Vanessa Angel Mula Cari Mama Papa Bapa Mentua Akui Terlalu Sedih Tengok Keadaan Cucu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 200 hits
BAPA mentua Allahy4rham Vanessa Angel iaitu Faisal Saat tidak mampu menahan seb4k dan kesedihan apabila cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah berulang kali menyebut perkataan mama dan papa Menurut laporan Grid ID bapa kepada Febri Ardiansyah in...
Lahir Awal 4 Minggu Vivy Yusof Selamat Bersalin Anak Ke 4 Comel Idris Ali Shah

Lahir Awal 4 Minggu Vivy Yusof Selamat Bersalin Anak Ke 4 Comel Idris Ali Shah

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 384 hits
Usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 November 2021 beberapa minggu awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya pada bulan Disember Kehadiran bayi lelaki ini melengkapkan kehidupan keluarga ...
Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 282 hits
Jangan DiBuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak Kena buang biji jambu batu ni Bahaya Kalau bagi anak anak makan jambu batu situasi di atas mesti selalu jadi kan Ini kerana kita telah dimomok dengan fahaman biji jambu batu tid...
Kisah Anak Umur 16 Tahun Dah Tunang Viral Keluarga Restu Teruja Bakal Dapat Menantu

Kisah Anak Umur 16 Tahun Dah Tunang Viral Keluarga Restu Teruja Bakal Dapat Menantu

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 393 hits
Walaupun usia baru sahaja belasan tahun perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang dua pelajar sekolah menengah ini bertunang sebelum menuju ke fasa yang seterusnya Tahniah Usia bukan penghalangSeperti video dikongsi seorang bapa...
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 249 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Jangan Biar Saja Tapis Cerita Kartun Anak Biar Content Tak Tersasar

Jangan Biar Saja Tapis Cerita Kartun Anak Biar Content Tak Tersasar

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 249 hits
Disaat kita menapis segala jenis cerita tontonan anak anak ada waktunya kita terlepas pandang Cerita kartun yang kita rasakan bersih content di dalamnya adakalanya tersasar hingga meninggalkan kesan pada anak Menurut Penulis Keibubapaan ini...
Hiburan Harga Terlalu Marhaen Jangan Risau Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Hiburan Harga Terlalu Marhaen Jangan Risau Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 339 hits
Sedia maklum sejak kebelakangan ini banyak isu yang tular berkenaan dengan harga makanan di restoran bermula dari ikan siakap dan selepas itu sotong pula Tidak boleh dinafikan restoran mamak merupakan salah satu pilihan utama makanan rakyat...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui