Jangan Tentukan Syurga Neraka Orang Lain


KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan orang ramai agar tidak menentukan syurga dan neraka sesiapapun.
Menurutnya, kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi Allah, hanya Dia sahaja yang tahu.
“Justeru, janganlah kita cuba menentu syurga dan neraka sesiapapun. Tugasan kita hanya memberitahu bahawa itu dosa, ini pahala. Pahala boleh membawa ke syurga, sementara dosa boleh membawa ke neraka. Beritahu apa yang ALLAH suruh dan apa DIA larang.
“Adapun kedudukan pelaku dosa dan pahala di sisi ALLAH, hanya DIA yang maha tahu. Dia Yang Maha Mengetahui hakikat keseluruhan hidup seseorang zahir dan batin. DIA yang mengetahui timbangan antara dosa dan pahala seseorang,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tegas Mohd Asri, kita hendaklah tahu bahawa ada dosa peribadi hanya antara hamba dengan TuhanNya tanpa membabitkan hamba-hamba Alalh yang lain.
“Dosa jenis ini mudah diampunkan oleh ALLAH. Di sana pula ada dosa yang membabitkan kezaliman antara kita dengan hamba-hamba ALLAH yang lain. Dosa ini tidak diampuni sehingga kita memohon kemaafan atau membayar pahala kita di akhirat kelak. Jika tidak, kita mesti menanggung dosa orang yang kita zalimi. Inilah yang Nabi s. a.w tegaskan dalam hadis riwayat Muslim.
“Maka, boleh jadi ada orang yang di mata kita lekeh disebabkan dosa peribadi seperti tidak menutup aurat, namun dia kurang melakukan dosa dengan hamba-hamba Allah yang lain. Boleh jadi orang yang kita pandang tinggi dengan penampilannya, tapi betapa banyak dosanya dengan hamba-hamba Allah yang lain,” tambahnya.
Oleh itu, katanya, janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat tetapi ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang orang lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain.
“Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa.
“Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita, maka adillah kita terhadap setiap orang. Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain,” ujarnya.
Mufti Perlis itu menjawab persoalan yang dihantar kepadanya tentang kebaikan Dr Nur Amalina Che Bakri yang telah membantu menyelamatkan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi 10 bulan yang menghidapi Germ Sell Tumour.
Persoalan yang ditanya mereka adalah “patutkah kita memuji doktor tersebut sedangkan beliau tidak bertudung kepada dan agak seksi?
Mohd Asri berkata, walaupun persoalan itu tidak wajar tetapi ia berlegar dalam fikiran orang-orang yang punitif.
“Walaupun kita rasa persoalan seperti itu tidak wajar, namun itulah persoalan yang bermain dalam fikiran sebahagian mereka yang terkena versi kefahaman Islam yang bersifat punitif. Kadang-kala bukanlah salah mereka, sebab mereka telah dididik dalam versi kefahaman agama seperti itu.
“Kefahaman agama mereka bersifat begitu menghukum sesuatu kekurangan yang mereka lihat pada seseorang dan gagal melihat kebaikan-kebaikan lain yang ada pada individu yang sama. Versi kefahaman atau cara fikir seperti itu menjadikan mereka memilih satu amalan yang menjadi satu ukuran utama mereka seperti bertudung, atau menyokong perjuangan mereka atau seumpamanya. Itu dijadikan penentu tunggal bagi kebaikan dan keburukan seseorang. Segala amalan baik akan dinafikan jika tidak mempunyai ciri yang mereka pilih itu,” jelasnya.
Sedangkan, kata Mohd Asri, mereka itu lupa bahawa di akhirat kelak, Allah menimbang dengan adil setiap kebaikan dan kejahatan seperti yang Allah nyatakan dalam Surah al-Zalzalah.
“Mereka juga lupa al-Quran dalam Surah al-Qari’ah menyatakan bahawa sesiapa yang pahalanya mengatasi dosanya maka dia akan ke syurga. Sesiapa yang sebaliknya, maka dia ke neraka. Ertinya, penilaian ke syurga bukan dibuat atas siapa yang tidak mempunyai dosa, tetapi siapa yang pahalanya mengatasi dosanya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
The post Jangan tentukan syurga, neraka orang lain appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/jangan-tentukan-syurga-neraka-orang-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Hakim Di Neraka Dan Satu Di Syurga

Dua Hakim Di Neraka Dan Satu Di Syurga

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 308 hits
Jawatan sebagai hakim termasuk jawatan mulia dalam sejarah Islam Kerana tugas hakim adalah memutuskan hukuman sesuai dengan landasan Al Quran dan As Sunnah Dahulu para khalifah di masa masa awal sangat memperhatikan hal ini dengan memilih s...
Kalau Nggak Kenal Kenal Amat Mending Jangan Asal Meminjamkan 6 Benda Ini Ke Orang Lain

Kalau Nggak Kenal Kenal Amat Mending Jangan Asal Meminjamkan 6 Benda Ini Ke Orang Lain

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 200 hits
Bertukar benda pribadi dengan orang lain berisiko menularkan berbagai penyakit meski gejalanya nggak tampak jelas
Jangan Tanya Benda Sensitif Tentang Anak Orang Lain Bila Pergi Beraya Nanti Jaga Silaturrahim Kita

Jangan Tanya Benda Sensitif Tentang Anak Orang Lain Bila Pergi Beraya Nanti Jaga Silaturrahim Kita

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 476 hits
Adat kunjung mengunjung di bulan raya nanti pastinya menambahkan keakraban dan silaturrahim diantara kita Namun jangan keruhkan keadaan dengan soalan soalan yang sensitif dan kurang sedap di dengar Lebih lebih lagi jika ada ibu yang sedang ...
Dalam Pantang Mama Boleh Tetapkan Tidur Bayi Jangan Agah Keterlaluan Bawah 3 Bulan

Dalam Pantang Mama Boleh Tetapkan Tidur Bayi Jangan Agah Keterlaluan Bawah 3 Bulan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 488 hits
Baru nak lelap mata anak bangun dan ajak main Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula Bila dah macam ni bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ...
Ucapan Dasar Hadi Tentukan Hala Tuju Pas

Ucapan Dasar Hadi Tentukan Hala Tuju Pas

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 260 hits
Oleh Veena RusliPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Gambang Resort City semalam Foto Farizul Hafiz AwangKUANTAN Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual menyampaikan ucapan dasarnya selaku Pres...
Sedih Nikamt Serta Hikmah Di Sebalik Kejadian Yang Allah Telah Tentukan Dan Takdirkan 9375

Sedih Nikamt Serta Hikmah Di Sebalik Kejadian Yang Allah Telah Tentukan Dan Takdirkan 9375

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 978 hits
Sunday 13 December 2015 Doa untuk Menghilangkan Perasaan Risau Sedih Lemah Malas Takut Lokek Beban Hutang Allah hum ma in nii a uu zubika mi nal ham mi wal hazzan wa a uu zubika minal ajzi wal kasli wa a uu zubika minal jubni wal bukhli wa ...
Menari Dengan Peguam Itu Barulah Conflict Of Interest Jangan Buat Buat Lupa Diskriminasi Pula

Menari Dengan Peguam Itu Barulah Conflict Of Interest Jangan Buat Buat Lupa Diskriminasi Pula

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 370 hits
Inkues dalam kes Adib dan Untuk kemudahan rujukan boleh rujuk pada posting seorang peguam yang korang selalu samakan macam aku tu Minta simpang malaikat Sebelum aku ulas aku suka nyatakan pendirian aku sebagai peguam yang mana golongan pegu...
Peringatan Untuk Pelancong Malaysia Jangan Jadi Syaitooonnnn

Peringatan Untuk Pelancong Malaysia Jangan Jadi Syaitooonnnn

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 334 hits
Peringatan untuk pelancong Malaysia Jangan jadi syaitooonnnn Ternampak status ini di satu travel group OMG behave please Malaysians These few years banyak terdengar bad review tentang Malaysian tourists Ramai yang overstay masuk United King...
Agong Titah Jangan Jadikan Masjid Gelanggang Politik

Agong Titah Jangan Jadikan Masjid Gelanggang Politik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 257 hits
01 Jun 2019 8 33 PMYANG di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mencedok makanan kepada golongan asnaf pada majlis perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah Shah di Teme...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri