Jangan Takut Untuk Berkahwin Rezeki Lepas Berkahwin Itu Tidak Dijangka


Jangan Takut Untuk Berkahwin, Rezeki Lepas Berkahwin Itu Tidak Dijangka! Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
Jodoh Yang Baik
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ekonomi Bukan Alasan
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
Sentiasa Berdoa
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim. Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Sumber: Pesona Pengantin
The post Jangan Takut Untuk Berkahwin, Rezeki Lepas Berkahwin Itu Tidak Dijangka! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jangan-takut-untuk-berkahwin-rezeki-lepas-berkahwin-itu-tidak-dijangka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Jangan Tuduh Perawat Yang Menuntut Gaji Layak Itu Tanda Tidak Ikhlas

Stop Jangan Tuduh Perawat Yang Menuntut Gaji Layak Itu Tanda Tidak Ikhlas

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 308 hits
Senyumperawat com Selama ini banyak perawat yang lebih banyak menghibur diri dengan kata ikhlas Jadi meskipun digaji rendah atau gaji tak kunjung diberi mereka harus menghibur diri dengan kata ikhlas Perlu dipahami bersama bahwa konsep ikhl...
Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 542 hits
Peringatan untuk ibu bapa yang ada anak kecil kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis Mesti ibu bapa akan rasa habis tu kalau anak mengamuk menjerit tak kan nak biarkan Mesti kena ajar Berdasarkan hadis Rasulullah SAW b...
Hiburan Pasang Dua Bodyguard Nora Danish Minta Peminat Jangan Takut Mendekatinya

Hiburan Pasang Dua Bodyguard Nora Danish Minta Peminat Jangan Takut Mendekatinya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 315 hits
Suami mana yang tidak sayangkan isterinya begitulah juga dengan suami pelakon Nora Danish yang mengupah dua orang pengawal peribadi untuk mengawal keselamatan isteri tercinta Nora sedikit pun tidak mahu berlagak diva seperti yang dikatakan ...
Jangan Takut Bertebaran Di Bumi Allah Lagi Lagi Anak Masih Dalam Stage Tantrum Ada Ganjaranya

Jangan Takut Bertebaran Di Bumi Allah Lagi Lagi Anak Masih Dalam Stage Tantrum Ada Ganjaranya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 328 hits
Pelakon Diana Amir menerusi instagramnya meluahkan bukan senang untuk bercuti tanpa pasangan dan membawa anak anak yang masih kecil Ia memerlukan kesabaran yang tinggi lebih lebih lagi dengan anak yang sedang membesar dan lasak Dia bersama ...
Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 414 hits
Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak anak Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi nampak comel sangat Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan ...
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 403 hits
Wanita Jangan Takut Jadi Janda Peguam Kongsi Pengalaman Kes Wanita Persis Aisyah Nur 2 Drama Nur 2 kian mendapat sambutan dari penonton dan ada segelintir pihak melenting apabila menyaksikan intipati Nur 2 adalah tidak sesuai untuk tontonan...
Hari Jumat Itu Hari Terbaik Mengharap Rezeki Setelah Shalat Jumat

Hari Jumat Itu Hari Terbaik Mengharap Rezeki Setelah Shalat Jumat

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 331 hits
Kali ini kita akan lihat keutamaan hari Jumat dan perintah mencari rezeki setelah shalat Jumat
Lepas Mandikan Bayi Urut Macam Ni Bayi Mudah Tidur Kurang Merengek

Lepas Mandikan Bayi Urut Macam Ni Bayi Mudah Tidur Kurang Merengek

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 582 hits
Mengurut bayi memang banyak manfaatnya Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh mengurangkan...
Rasa Bersemangat Dan Percaya Diri Lepas Dengar Lagu Baru Tylor Swift Me

Rasa Bersemangat Dan Percaya Diri Lepas Dengar Lagu Baru Tylor Swift Me

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 371 hits
Hi Semua Ramai yang tertunggu tunggu single barui dari Tylor Swift Sejak seminggu lalu Tylor Swift dan bagi hint tentang single baru dia ni di sosial media dia Jadi mesti la ramai yang nak dengar lagu terbaru dia yang berkolaborasi bersama ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian