Jangan Stress Anak Orang Cepat Anak Kita Lambat Rangsang Lagi Galakkan Mencuba


Ada dalam sesetengah situasi anak lambat dalam beberapa perkara. Ibu ayah tenang, jangan mudah membandingkan kalau anak lambat. Yang penting jangan berhenti rangsang.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Bagi mengukur tahap perkembangan seorang anak, kebanyakan ibu bapa akan membandingkan anak mereka dengan anak individu lain. Namun begitu, ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza mengikut individu. Ada kanak-kanak yang cepat belajar dan menunjukkan kebolehan mereka dalam sesuatu perkara dan ada juga yang agak lambat. Mereka yang agak lambat ini boleh dikategorikan sebagai ‘late bloomers’.
Apakah itu ‘late bloomers’? ‘Late bloomers’ merujuk kepada seseorang individu yang agak lambat dalam menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak ‘late bloomers’ kebiasaannya akan terlihat sebagai kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran di sekolah dan agak terkebelakang dalam aspek kebolehan atau bakat. Namun begitu, kanak-kanak ini akan terserlah bakatnya yang tersendiri mereka apabila mencapai usia dewasa satu hari nanti.
Apakah faktor yang mengakibatkan anak ‘late bloomers’? ‘Late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit mental yang berbahaya buat kanak-kanak. Ia tidak disebabkan oleh infeksi, keturunan atau jangkitan. Sebaliknya, ia hanyalah satu keadaan di mana anak anda menjadi sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain. Ia disebabkan oleh beberapa faktor luaran, antaranya:

1. Belum bersedia berkongsi kebolehan semulajadi Setiap individu mempunyai kebolehan atau ‘forte’ yang tersendiri seperti menulis, menyanyi, menari dan lain-lain. Bakat ini sememangnya lahir dengan diri sendiri dan merupakan anugerah.
Kanak-kanak ‘late bloomers’ juga mempunyai bakat ini cuma mereka mungkin terlalu malu atau berhati-hati untuk menonjolkannya. Mereka cenderung untuk mengkaji dan memperhalusi bakat tersendiri mereka terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan individu lain.
2. Adik-beradik Seorang abang atau kakak kepada anak ‘late bloomers’ mungkin akan menjadi faktor kepada kondisi ini. Kebanyakan adik-beradik yang lebih tua akan menganggap dan melayan adik kesayangan mereka seperti seorang anak kecil yang tidak berdaya dengan melakukan semua perkara untuk mereka. Ini akan menjadi punca adik mereka tidak langsung mencuba untuk melakukan apa-apa perkara sendiri lalu menyebabkan keadaan ‘late bloomers’ ini.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengingatkan adik-beradik yang lebih tua untuk membiarkan adik kecil mereka lebih berani untuk mencuba melakukan sesuatu perkara baru seperti merangkak, berdiri, berjalan atau bercakap.

3. Lahir pra matang Secara logiknya, bayi yang lahir pra matang sememangnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding bayi yang normal untuk membesar. Sebagai contoh, bayi yang lahir awal tiga bulan tidak boleh dibandingkan dengan bayi berusia 3 bulan kerana mereka tidak mengalami perkembangan yang sama. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana bayi pra matang akan mula membesar secara normal apabila mereka mencecah usia sekitar 2 tahun.
4. Kurang pertolongan daripada ibu bapa Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak membesar. Jika seorang anak kurang mendapatkan pertolongan daripada ibu bapa, mereka mungkin akan menjadi seorang anak ‘late bloomers’.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu membantu bayi kesayangan mereka belajar merangkak. Letakkan bayi secara meniarap untuk membiasakan mereka dengan posisi itu. Ibu bapa juga boleh meletakkan umpan di hadapan bayi.
Umpan itu seperti permainan untuk memberi galakan dan dorongan kepada bayi. Dengan ini, bayi anda mungkin akan dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain.
Adakah ibu bapa perlu risau jika anak anda seorang ‘late bloomers’? Tidak, anda sama sekali tidak perlu risau dengannya. Ini kerana ‘late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit berkaitan mental berbahaya yang boleh memudaratkan anak anda. Ia cuma satu keadaan di mana anak anda sedikit lambat untuk menunjukkan kebolehan atau bakat mereka kepada individu lain.
Jangan sesekali membanding-bandingkan mereka dengan anak individu lain yang cemerlang di sekolah dalam pelbagai aspek seperti pelajaran, sukan dan lain-lain. Anak ‘late bloomers’ bukanlah seorang yang gagal dalam aspek-aspek itu, cuma mereka memerlukan lebih masa untuk berkembang sepenuhnya dan mencapai potensi terbaik mereka.

Mesti beri dorongan Sebaliknya, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu memberi segala bentuk semangat, galakan, dorongan dalam setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak anda seperti merangkak, berdiri, berjalan, bercakap dan seterusnya.
Sokong dan gilap setiap kebolehan mereka yang anda dapat kesan seawal usia mereka lagi agar mereka rasa dilindungi dan dihargai oleh ibu bapa kesayangan mereka. Paling penting, sentiasa berikan motivasi kepada mereka seawal usia bayi sehinggalah mereka dewasa untuk menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Stress Anak Orang Cepat, Anak Kita Lambat. Rangsang Lagi & Galakkan Mencuba appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-stress-anak-orang-cepat-anak-kita-lambat-rangsang-lagi-galakkan-mencuba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Manjakan Anak Sangat Biarlah Menangis Sekarang Daripada Susah Kemudian Hari

Jangan Manjakan Anak Sangat Biarlah Menangis Sekarang Daripada Susah Kemudian Hari

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 398 hits
Setiap kali dengan anak ibu bapa cepat mengalah Alasannya sebab tak mahu dengar anak merengek dan menangis Jika diikutkan ibu bapa mana yang sanggup lihat anak dalam keadaan seperti itu Persoalannya sampai bila kita nak mengalah hingga anak...
Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

Dia Merayu Jangan Dibuang Sisa Makanan Itu Tindakan Dilakukan Anak Bajau Laut Ini Buat Mata Masuk Habuk

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 781 hits
Berat mata memandang berat bahu yang memikul Melihat kepada kehidupan daif yang dilalui anak anak kecil dan penduduk di kepulauan Mabul Sabah ini ternyata menjentik emosi Dihimpit dengan kemiskinan serta pelbagai dugaan hidup bukan calang c...
Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

Jangan Fikir Kotor Bila Anak Main Pasir Pantai Cara Ini Bagus Merangsang Sensori Si Kecil

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 505 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

Pendarahan Otak Masalah Mata Dialami Oleh Anak Kembar Pramatang Ini Yang Penting Jangan Menangis Depan Anak

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 322 hits
Sebelum ini Puan Marliza pernah berkongsi kisah tentang anak kembarnya yang lahir pramatang dan salah seorang dari kembar kekurangan berat badan Baca Melalui entri terbaru beliau berkongsi bagaimana anak kembarnya berjuang untuk terus hidup...
Anak Main Koyak Koyak Tiup Dan Tampal Sana Sini Mama Tolong Jangan Larang

Anak Main Koyak Koyak Tiup Dan Tampal Sana Sini Mama Tolong Jangan Larang

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 943 hits
Kalau di rumah bila anak dah mula bermain dengan mainannya mama memang tak kisah Tapi bila anak dah mula main koyak koyak kertas sepahkan sana sini mula mama naik rimas sebab semakkan seluruh rumah Mama tolong jangan larang bila anak buat p...
Bosan Dengan Perkataan Tidak Jangan Tak Boleh Anak Akan Tunjuk Protes Tak Mahu Dengar Kata Mama Papa

Bosan Dengan Perkataan Tidak Jangan Tak Boleh Anak Akan Tunjuk Protes Tak Mahu Dengar Kata Mama Papa

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 570 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
Jangan Suka Suka Bagi Anak Pegang Menu Restoran Ada Hampir 200 000 Bakteria Lekat Di Situ

Jangan Suka Suka Bagi Anak Pegang Menu Restoran Ada Hampir 200 000 Bakteria Lekat Di Situ

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 338 hits
Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari Anda tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup seh...
Jangan Persoal Orang Lain Tentang Bila Nak Ada Anak Ini Pesan Anzalna

Jangan Persoal Orang Lain Tentang Bila Nak Ada Anak Ini Pesan Anzalna

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 433 hits
Pelakon Anzalna Nasir menerusi akaun instagramnya memuatnaik gambar beserta kepsyen agar menghentikan soalan soalan mengenai zuriat kepada pasangan yang telah berkahwin kerana soalan tersebut boleh mengguris hati ramai Anzalna akhirnya hami...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat