Jangan Sesekali Mengeluh Dengan Ujian Allah Swt




Dunia yang menjadi tempat kediaman kita ini penuh dengan ujian dan pancaroba. Kalau kita menoleh ke kiri atau kanan, depan atau belakang, pasti kita tidak temui seseorang yang tidak pernah diuji dengan masalah atau ditimpa musibah. Ini resam dunia, tidak pernah lekang dengan ujian.


Terkadang dahsyatnya ujian yang boleh menyebabkan seseorang terduduk, bahkan terlantar persis lumpuh. Tidak berdaya untuk bangun apatah lagi untuk berdiri meneruskan sisa-sisa usia.


Kegagalan dalam melepasi ujian dan kecundang dalam mencapai impian membawa igauan mengusutkan fikiran. Dalam mengenang nasib diri, syaitan datang membisikkan ke sanubari: "Tamatkanlah riwayat diri agar sengsara tiada lagi."


Sebetulnya mengakhiri hayat amanah Ilahi adalah usaha untuk lari daripada perkara yang dianggap buruk kepada perkara yang lebih teruk lagi.


Bukankah pada tika bencana melanda, hati kita sepatutnya berpaut pada Yang Maha Kuasa? Juga meyakini di sebalik hadirnya ujian Ilahi, adanya hikmah tersembunyi, yang tidak ketahui, hanya Tuhannya Maha Mengetahui. 


Terkadang hikmah kebaikan itu kita temui sepanjang perjalanan kehidupan dan terkadang ia disimpan Ilahi untuk dinikmati di negeri kekal abadi.


Penawar keperitan akibat ujian itu ada pada sikap berserah diri kepada Allah yang menetapkan takdir sejak azali, yang juga Maha Mengasihani kerana dia tahu yang baik untuk hamba yang dikasihi.


Sebenarnya besarnya ganjaran itu sesuai dengan hebatnya bencana yang menimpa. Allah SWT pula, apabila Dia mengasihi satu-satu golongan, nescaya ditimpakan bala bencana kepada mereka. Lalu sesiapa yang reda maka baginya keredaan Allah dan sesiapa yang marah maka baginya kemurkaan Allah. (Hadis Hasan Riwayat al-Tirmidhi)


Daripada  sudut lain hendaklah sentiasa diingati bahawa ujian dan dugaan itu bagai ubat yang diberikan kepada pesakit.


Walaupun pesakit kita dikasihi, walaupun ubat pahit sekali, ia tetap akan diberi supaya sembuh hingga boleh berdiri. Begitu juga dengan ujian dan dugaan yang Allah SWT tetapkan kepada hamba-Nya. Walaupun hamba Dia kasihi, walaupun ujian sangat menyakiti, ia tetap juga diberi, supaya ganjaran menempati diri.


Dalam sabda lain, junjungan SAW berkata: "Tidaklah seorang Muslim tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahu pun kedukacitaan, bahkan tertusuk duri sekalipun kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya melalui musibah yang menimpanya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Lantaran itu, ketika kita diuji diduga hingga mengalir air mata sengsara, tika dicuba melalui bala derita hingga lumpuh tiada bermaya, hendaklah kita renung dan faham bahawa ujian itu sudah tertulis sebagai takdir yang datang dari Tuhan, yang menguji pegangan keyakinan kita sebagai seorang hamba yang seharusnya boleh bertahan.


Ujian yang datang itu pula sentiasa ditemani keadilan. Tuhan tidak pernah berlaku zalim. Ujian juga bukan tanda Tuhan membenci kerana sebenarnya setiap yang dikasihi pasti diuji.


Kalau kita lihat di sebalik ujian yang menimpa, nescaya kita akan temui rahmat Tuhan  dan kita ketahui bahawa Dia menguji kita dengan ujian dan bencana yang sepatutnya kita boleh hadapinya berbekalkan perisai yang sudah lama kita bina dalam diri.


Ujian itu pula sarat dengan tujuan yang baik. Mungkin melalui ujian itu Tuhan ingin tinggikan darjat hamba-Nya, menghapuskan kekhilafan atau salah silapnya, mendidik diri supaya dekat dengan-Nya atau ingatkan diri melalui keperitan yang dilalui.  


Jika diri masih lemah luluh kuatkan diri dengan doa sebagai senjata. Apa yang penting dalam doa ialah menjaga adab berdoa. Antara adab terbabit ialah berdoa dengan penuh penghayatan dan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa itu.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa." (Hadis Hasan Riwayat al-Tirmidhi)


Salah satu doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ada dalam kitab Mir'ah al-Mafatih Sharh Mishkat al-Masabih, hadis sahih no. 2521, riwayat al-Nasa`i yang bermaksud: "Ya Allah, Aku benar-benar memohon dengan bertawassul melalui pengetahuan-Mu terhadap perkara ghaib dan kekuasaan-Mu atas segala makhluk agar Engkau panjangkan umurku selama Engkau mengetahui hidup itu lebih baik untukku dan matikanlah aku jika Engkau mengetahui kematian itu lebih baik bagiku.  Ya Allah, aku memohon agar aku takut kepada-Mu pada setiap saat dan ketika, berkata benar pada waktu suka atau marah, keseimbangan ketika fakir atau kaya, nikmat yang tidak pernah habis, perkara menggembirakan yang pernah putus, reda setelah terjadinya takdir-Mu, kehidupan yang baik selepas kematian, kenikmatan memandang wajah-Mu (di syurga), rindu bertemu dengan-Mu. (Aku mohon semua itu diberikan) tanpa mendapat mudarat yang membahayakan juga fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan iman dan jadikanlah kami sebagai penunjuk ke jalan (lurus) yang tetap teguh bersama hidayah."


Melalui doa ini antaranya kita memohon supaya Allah mengekalkan kita hidup selama mana kebaikan kita mengatasi keburukan, selama mana kehidupan kita menyebabkan pertambahan amal baik. Sebaliknya mengambil nyawa kita sekiranya kejahatan kita melebihi kebaikan supaya kematian merehatkan kita daripada segala keburukan dan segala perkara yang memudaratkan.


Kita juga memohon supaya diberikan sifat reda atas ketentuan yang sudah berlaku. Dalam riwayat lain kita disarankan memohon sifat reda dengan takdir yang tertulis sejak azali supaya dapat menghadapinya dengan positif dan optimis. Begitu juga supaya kita meyakini terdapat kebaikan pada semua ketentuan yang tertera.


Kita juga memohon kehidupan yang baik selepas kematian dengan menempatkan roh kita selepas kematian bersama mereka yang bahagia dan mereka yang dekat kepada Tuhan. Memang hidup di dunia ini tidak menyenangkan, tidak juga menjanjikan kondisi dan situasi yang selesa. Dunia dipenuhi keperitan berpanjangan, kesusahan dan kesedihan yang menimpa emosi dan fizikal. (Mir`ah al-Mafatih: 8/278-280)


Walaupun begitu kita tidak digalakkan memohon kematian kerana ia bertentangan dengan konsep sabar dan reda menghadapi ujian. Jika terpaksa maka berdoalah seperti doa di atas kerana dari satu aspek ia menunjukkan bahawa si hamba benar-benar berserah kepada takdir Ilahi  setelah segala usaha dan ikhtiar dipenuhi.  (Mir`ah al-Mafatih: 5/-288)


Tetapi, tindakan seseorang untuk menamatkan hidup sendiri perlu diperhalusi dari segenap segi. Adakah ketika itu akalnya sudah tidak berfungsi atau hanya mencari jalan pintas untuk menamatkan sengsara diri?


Banyak usaha yang sudah dan sedang dilakukan untuk membantu masyarakat yang menghadapi kesukaran lebih-lebih lagi dalam pandemik Covid-19 ini. Di samping bantuan keperluan harian, bantuan dari sudut emosi dan mental sangat penting. Terkadang wang ringgit yang banyak tidak bererti jika emosi dan minda sentiasa bercelaru. Betapa ramai si kaya hatta jutawan yang terperangkap dalam masalah lalu depresi sehingga membuat keputusan drastik tanpa pertimbangan yang masak.


Masalah sama ada berkaitan dengan mental atau fizikal amat menyulitkan dan memeritkan. Sebab itu: "Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat Muslim)


'Melepaskan kesusahan' yang dimaksudkan pula boleh jadi melalui harta, pangkat dan bantuan (tenaga). Zahir hadis ini juga memasukkan bantuan yang diberikan melalui tanda isyarat, pendapat atau cadangan serta panduan. (al-Minhaj Sharh Sahih Muslim: 16,135)


Apakah lagi yang kita mahukan selain Allah memudahkan urusan di dunia dan di akhirat? Balasan baik ini bukan calang-calang! Tawaran yang diberi ini bukan sebarang! Ya Allah, mudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami.


Penulis pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://isu2semasa.blogspot.com/2021/08/jangan-sesekali-mengeluh-dengan-ujian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syahid Akhirat Untuk Sarah Insyallah Ganjaran Kemuliaan Allah Swt Di Akhirat Kelak Imam Muda Asyraf

Syahid Akhirat Untuk Sarah Insyallah Ganjaran Kemuliaan Allah Swt Di Akhirat Kelak Imam Muda Asyraf

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 349 hits
Perjuangannya bukan sedikit Berjuang melawan jangkitan virus Covid 19 malah berjuang pula melahirkan bayi yang dikandungnya Kehilangan yang turut dirasai oleh semua Pendakwah bebas Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergian penyanyi Allahyarham...
Waktu Manusia Dapat Melihat Allah Swt Ustaz Syamsul Debat

Waktu Manusia Dapat Melihat Allah Swt Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 207 hits
Waktu Manusia Dapat Melihat Allah SWT Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Shuib Reda Lepaskan Siti Sarah Saya Sabar Dengan Ujian Allah

Shuib Reda Lepaskan Siti Sarah Saya Sabar Dengan Ujian Allah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 245 hits
Menerusi Instagram Live Shuib reda dengan pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah Al Fatihah
Bangkit Menghadapi Ujian Allah

Bangkit Menghadapi Ujian Allah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 257 hits
Alhamdulillah august 2021 menjengah Hampir ke penghujung tahun sudah Akhir akhir ini banyak betul ujian yang allah hadirkan kepada aku Bukanlah mengeluh hanya sedikit terkejut Aku reda semua yang berlaku dan akan berlaku lilahitaala Di saat...
Amalan Jadual Waktu Beribadat Kepada Allah Swt

Amalan Jadual Waktu Beribadat Kepada Allah Swt

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 776 hits
Amalan Jadual Waktu Beribadat Kepada Allah Mesti kena cuba ni jika tak cuba kita tak tahu tahap kemampuan kita beribadah kepada Allah dalam sehari hari Orang kata nak displin kan sesuatu perbuatan kena ada modul hah kalau nak lihat tahap di...
Lelucon Soal Aturan Makan 20 Menit Jangan Sampai Kebablasan Tompi Kembali Tekankan Esensinya

Lelucon Soal Aturan Makan 20 Menit Jangan Sampai Kebablasan Tompi Kembali Tekankan Esensinya

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 263 hits
Soroti aturan terbaru PPKM yang jadi bahan guyonan akhir akhir ini sang penyanyi ingatkan dasar tujuannya mengurangi penularan
Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 194 hits
By Mohd Zaini Samsu Hadi 28 July 2021KUALA LUMPUR Pembangkang mahu penjelasan berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap seorang doktor yang didakwa diambil keterangan selama empat jam malam tadi berhubung Hartal Doktor Kontrak Perka...
Jangan Tanya Kami Tanyalah Ebit Lew Sendiri Ceo Dmfk

Jangan Tanya Kami Tanyalah Ebit Lew Sendiri Ceo Dmfk

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 258 hits
UtusanTVCEO DMFK INspirations Mohd Shaifful Bahri Othman bersama Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang juga Presiden DMFK Inspirations Sdn Bhd Gambar FB DMFKSYARIKAT milik Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menjelaskan pihak mereka tak terlibat dengan ap...
Jangan Jadikan Nyawa Rakyat Seperti Tikus Makmal

Jangan Jadikan Nyawa Rakyat Seperti Tikus Makmal

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 181 hits
Usah jadikan rakyat Malaysia ini tikus makmal mengikut selera politik dan pengeluar vaksin Mempergunakan covid utk memperolehi keuntungan adalah suatu perkara yg sangat jijik Ya kini Malaysia sedang giatkan pemberian vaksin membendung penul...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa