Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir


Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir || Salam semu, baru - baru ini, terbaca pasal insiden 3 nyawa yang terkorban akibat dipanah petir di Johor. Sebut saja petir apa yang terlintas dalam fikiran korang semua, takut ke tak takut ? Ke semasa kilat tengah sabung - menyabung, korang tengah buat apa, main telefon, duduk di luar rumah ? Apa persediaan korang semasa kilat dan petir tengah berdentum? Ramai yang tidak peka tentang kilat dan petir. Apa yang perlu  kita buat semasa situasi tersebut sedang berlaku.


Banyak yang perlu kita ketahui tentang petir ni. Jangan ambil remeh sebab terkena petir boleh membawa maut. Kita ni kadang - kadang kalau dengar petir pun dah macam terkejut sangat. Ada sekali tu, semasa tengah sibuk nak sembahyang maghrib, tengah petir, duduk dalam bilik air. Pernah terbaca, semasa tengah petir, jangan duduk dalam bilik air.

Tiga nyawa yang terkorban akibat dipanah petir patut dipandang serius oleh semua pihak. Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak  di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.


Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah. Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.

Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok. Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.

Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.

Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Jangan Sesekali Abaikan 10 Langkah Ini Untuk Elakkan Dari Terkena Panahan Petir

1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.


4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin Sumber di Sini

Tolong lah ya ambil perhatian, terutamanya kanak - kanak ni bukan tahu apa, ada yang takut ada yang tak,, ibu bapa boleh memberi nasihat dan amaran tentang bahanya petir ini. Kita yang dewasa pun kadang - kadang buat tak tahu pun ada. Sentiasa peka tentang kehadiran kilat dan petir. Bahaya di mana - mana. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/08/jangan-sesekali-abaikan-10-langkah-ini-untuk-elakkan-dari-terkena-panahan-petir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terkena Air Atau Minyak Panas Jangan Sapu Benda Pelik Pelik Takut Terkena Jangkitan

Anak Terkena Air Atau Minyak Panas Jangan Sapu Benda Pelik Pelik Takut Terkena Jangkitan

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 580 hits
Dapur adalah ruang paling berbahaya buat anak anak kecil kita Walau dah perhatikan anak 24 jam bila satu satu perkara itu terjadi diluar bidang kuasa kita kita tak mampu nak mengelaknya Risiko anak melecur seperti terkena minyak dan air pan...
Biarlah Dia Mengandung Banyak Kali Pun Jangan Sesekali Kita Tanyakan Soalan Sensitif

Biarlah Dia Mengandung Banyak Kali Pun Jangan Sesekali Kita Tanyakan Soalan Sensitif

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 592 hits
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif Ambil tahu dan elakkan soalan soalan seper...
Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 306 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Artikel Menarik Sebelum mempunyai anak ki...
Penat Ada Anak Ni Mak Ayah Jangan Sesekali Sebut Nanti Menyesal

Penat Ada Anak Ni Mak Ayah Jangan Sesekali Sebut Nanti Menyesal

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 364 hits
Emm penatnya ada anak ni Dahla anak anak ramai Rasa nak nangis pun ada Sedihnya bila terhilang sabar Bukan sengaja nak sakitkan anak tapi rasa tak mampu nak tahan sabar tu Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa...
Bersatu Jangan Jadi Seperti Umno Sehingga Ditolak Rakyat Dr Mahathir

Bersatu Jangan Jadi Seperti Umno Sehingga Ditolak Rakyat Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 262 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak menjadi seperti UMNO lari daripada perjuangan asal mereka Katanya jawatan yang diamanahkan dalam parti bukan untuk diri sendiri sebaliknya demi agama bangs...
Bertenang Jangan Lupakan Isu Isu Penting

Bertenang Jangan Lupakan Isu Isu Penting

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 243 hits
Bertenang jangan lupakan isu isu pentingPosted By on July 20 2019Pemimpin PKR akan mengadakan temu rapat di hotel mewah Lexis Hibiscus di Port Dickson hujung minggu ini di saat pergeseran presiden Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin...
Tips Travel Bila Nak Melancong Jangan Buat 5 Perkara Ini

Tips Travel Bila Nak Melancong Jangan Buat 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 239 hits
Terdapat faktor faktor yang anda mungkin tidak perasan ia mungkin akan membuatkan perancangan perjalanan kembara atau melancong anda menjadi masalah Ini ada sedikit Tips Travel Bila Nak Melancong Jangan Buat 5 Perkara Ini Ia boleh menjimatk...
Saya Minta Firman Jangan Terikut Ikut Nanti Malu Sendiri

Saya Minta Firman Jangan Terikut Ikut Nanti Malu Sendiri

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 441 hits
Kemelut antara Aishah dan Datuk Seri Vida sudah pun berakhir bagaimanapun timbul satu lagi isu baru apabila seorang lagi pemenang Gegar Vaganza The post appeared first on
Ramadan Buffet 2025 Johor Bahru Desaru Hotel Deals You Can T Miss

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Cops Probing Sosma Detainees Families Gathering Outside Sg Buloh Prison

Lirik Lagu Melangitkanmu Tyok Satrio

Den Manjo Fendi Kenali Eddie Hamid Fadil Turbo Indahnya Kelantan Chord

Inovasi Terbaru Dalam Teknologi Forklift Untuk Efisiensi Energi Di Industri

Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

Better Chance At Tier Ii Seats With Bn Ph Alliance Says Umno Man


echo '';
Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang


Senarai Dan Jenis Jenis Ikatan Sampin Dan Cara Pakai Sampin Hari Raya Yang Betul

Liga Super Selangor Fc Raih Kemenangan 2 0 Berjaya Lunaskan Dendam Terhadap Sri Pahang Fc

Breaking News Legal Problems Are Rising For Scout

Aktris Meteor Garden Barbie Hsu Meninggal Dunia Sang Suami Harus Kehilangan Untuk Kedua Kalinya

Akhirnya Sampai Juga Di Bahau

Nak Jadi Pm Tepi Boleh Saja