Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal


Hari ini ibu bapa berangan-angan mahu anak menjadi hebat sehingga ke peringkat antarabangsa, maka kelam kabut masing-masing mencari alternatif pendidikan seawal umur 3 tahun untuk belajar mendahului zaman sepatutnya.

Gambar hiasan

Umur 3 tahun sudah dibebankan pemikiran anak tentang matematik, sains, bahasa, calculus dan macam-macam lagi. Kononnya mahu dipertandingkan antara anaknya dengan anak-anak rakan. Tak boleh langsung nak rasa tertinggal.

Zaman paling penting dalam pendidikan manusia telah dibazirkan kepada pendidikan akademik terlalu awal.

Buat binaan setinggi menara Petronas pun makan masa bertahun masih belum nampak apa-apa bangunan keluar dari permukaan bumi.

Kerja foundation sahaja sudah lama. Itu bahagian penting bangunan itu.

Tidak guna membina bangunan tinggi jika asasnya rapuh. Jika mahu install pelbagai software pun, perlu pastikan OSnya dahulu stabil barulah bila kita run application atau software dia tidak crash.

Anak-anak bawah 7 tahun sudah tertekan dengan exam. Kita yang tengok jadi tension. Nak cakap nanti kecil hati pula ibu bapanya.

Asas utama anak-anak bawah 7 tahun ialah akhlaknya dahulu
Kita sudah lupa apa yang kita belajar di sekolah rendah, menengah ataupun di universiti tetapi kita sering akan ingat apa yang ibu bapa kita ajar semasa kecil-kecil dahulu walaupun ibu bapa kita tidak uji kita dengan exam.

Anak sekarang, akhlak ibu bapa tak kisah pun janji straight A berderet-deret. Ibu bapa macam tak kisah janji anak berjaya walaupun derhaka.

Alih-alih, anak yang score straight A ni juga banyak yang memenuhi ruang-ruang pekerjaan profesional yang diketuai oleh orang yang sekolah tadika pun tak pergi, universiti pun tak habis.

Perlumbaan GILA ibu bapa nak kejar status anak mereka pandai ini mungkin bertujuan untuk tunjukkan baka mereka adalah baka terbaik.

Guna untuk apa?

Semasa membuat perancangan pendidikan di Akademi Insan Prihatin, kami buat rujukan kepada kes study pendidikan Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Muhammad, Ibni Sina, Alfarabi, Mehmet Alfateh yang hampir semua

Tidak belajar dalam institusi yang berpendidikan modular
Apakah modul pendidikan mereka?

Asbab – Sebab – Masalah
Itu semua ialah asbab pendidikan mereka. Tiada pula antara mereka yang dinamakan itu pernah ambil exam atau pernah menjadi tokoh pelajar satu Malaysia.

Itu semua ialah asbab pendidikan mereka. Tiada pula antara mereka yang dinamakan itu pernah ambil exam atau pernah menjadi tokoh pelajar satu Malaysia.

Mereka semua jadi hebat dan bijak sekalipun dalam pendidikan yang tidak bersukat.

SEKARANG. Jika pelajaran boleh pergi tanpa batasan, mengapa perlu masuk ke sebuah kawasan yang pelajarannya bersukat-sukat dengan sukatan-sukatan pelajaran?

Atas sebab itu, PRA-SEKOLAH AIP ialah tempoh penting pendidikan. Tapi bukan secara akademik. Anak-anak pergi ke sekolah dengan excitement. Bangun pagi seronok nak ke sekolah. Bila tak sihat pun menangis bila disuruh berehat di rumah.

Kerana pendidikan pra-sekolah AIP di RPWP lebih menekankan kepada pendekatan yang sangat alami (natural). Pendidikannya insitut dan sangat ditekankan terhadap pendidikan akhlak.

Bila akhlak sudah terbentuk, separuh pelajaran telah selesai
Yang lain kita hanya pasangkan misi sahaja untuk mereka teruskan pelajaran ke bidang yang dipilih.

Anak Pra-sekolah kita pula tidak semestinya 7 tahun mesti ke darjah 1. Ada yang kita cepatkan atau lambatkan semua bergantung kepada kematangan.

Membebankan mereka dengan akademik sebelum masanya adalah seperti memaksa anak-anak ini mengangkat sebuah kereta semasa mereka kanak-kanak. Jika terangkat ataupun tidak, kedua-duanya menzalimi dan merosakkan anak-anak itu sendiri.

Di sekolah rendah pula, bukan ada exam, semuanya diperkuatkan lagi dengan akhlak yang paksinya Al-Quran. Bukan untuk hafaz sahaja.

Anak-anak AIP kita ajar dari tadarus (baca) – tafakkur (fikir) – Tadabur (tadbir) dan Tabayyun (perlaksanaan) maka barulah lengkap proses foundation Quran mereka
Kita tidak rakus untuk sumbat semuanya terlalu awal. Anehnya, selepas mereka perolehi semua itu dan bagi memenuhi requirement pendaftaran sekolah maka UPSR hanya diambil sebagai syarat sahaja.

Sekitar 1 bulan kita ajar mereka bagaimana untuk mengambil peperiksaan. InsayaAllah semuanya OK dan baik.

Apa yang mereka buat selebihnya?

Exposing themselves into problem and guide them to solve the problem. Easy? Not so easy but very interesting.

Kita ajar mereka BAGAIMANA UNTUK BELAJAR dan bukan ajar mereka APA KENA BELAJAR. Kita lebih ajarkan anak-anak ini berfikir bukan menghafal.
Kita ajarkan mereka menyelesaikan masalah sebenar berbanding hanya simulasi atas kertas peperiksaan. Pembelajaran sangat enjoyable kerana tiada tekanan peperiksaan.

Untuk apa peperiksaan apabila setiap kali masalah diselesaikan mereka ini mampu cerita dari A sampai ke Z dan boleh pula kemudiannya mencipta atau menginovasikan penyelesaian lebih efektif.

Jika nak bina sebuah bangunan tinggi, pasaknya ke dalam bumi perlu dalam dan kuat. Jika asasnya rapuh, bina jamban pun boleh runtuh. Apa lagi bila nak bina bangunan pencakar langit.

Kita perlu ingat, orang yang buat buku yang anak-anak kita mengadap hari-hari untuk score exam itu ditulis asal-asalnya dahulu oleh ORANG YANG BERFIKIR bukan orang yang menghafal.

Semasa kami jalankan cara begini, kami ingat kami pelik kerana mengikut cara cendakiawan Islam dan nabi-nabi kita terdidik, rupanya bila ke Jepun mereka juga tidak mulakan akademik sehingga umur sekitar 10 tahun.

Finland juga tidak ajarkan akademi terlalu awal, sama seperti Sweden, France, namun mereka tetap mendapat penarafan tinggi oleh PISA yang membuat ranking pendidikan dunia, ranking yang biasanya Malaysia dapat nombor tercorot.

Bukan meniru mereka, tetapi kita mendapatinya dari pendidikan alami nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam. Jika mereka yang bukan Islam juga lakukan perkara yang sama dengan itu, persoalannya; SIAPA LEBIH ISLAM?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?Apa Itu Sistem Pendidikan Vernakular?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/09/jangan-seksa-anak-dengan-pendidikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitrah Anak Kecil Bermain Jangan Terlalu Paksa Membaca Belajar Biar Ikut Flow

Fitrah Anak Kecil Bermain Jangan Terlalu Paksa Membaca Belajar Biar Ikut Flow

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 433 hits
Pergi mana mana pun pasti orang akan sibuk dengan soalan macam mana nak jadikan anak pandai Semua sibuk membaca membaca membaca Dah tu bila sebut kena main alih alih risau akademik itu ini Sedangkan fitrah anak anak itu bermain dipandang en...
Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 536 hits
Langkah membancuh susu yang betul penting bagi memastikan anak mendapat khasiatnya Bukan sebarangan ibu ayah boleh letak air dan susu Menurut bancuhan susu untuk anak kena ikut step sebelum diberikan pada anak Jangan guna air panas Jangan g...
Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

Jangan Menangis Malulah Elak Cakap Macam Ni Nanti Anak Lagi Rasa Takut

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 427 hits
JANGAN MENANGIS Malulah Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yan...
Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 437 hits
Tidak semestinya kita seorang ibu akan sentiasa betul Ada masanya anak yang masih kecil boleh bantu untuk buat kita mengenali dan menginsafi diri Anak kecil sangat telus dan tidak akan berbohong Sesekali cuba tanyakan pada mereka apa perasa...
Powerkan Otak Anak Jenis Makanan Ini Sangat Elok Biasakan Awal Lagi Berkesan

Powerkan Otak Anak Jenis Makanan Ini Sangat Elok Biasakan Awal Lagi Berkesan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 287 hits
Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat kan Semua orang mahu Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang tak dinafikan ia boleh m...
Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

Kalau Belum Sampai Waktunya Jangan Pandai Pandai Bagi Bayi Makan Boleh Sebabkan Maut Kalau Usus Anak Belum Bersedia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 422 hits
Terlalu ramai yang teruja untuk memberi bayi makan Memang seronok bila tengok si kecil makan tapi perlu dipertimbangkan kesediaan bayi sehingga usianya 6 bulan kerana ketika itu baru si kecil memerlukan kalori tambahan dalam pemakanan merek...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 482 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Anak Kalau Keterlaluan Kena Tegur Jangan Guna Alasan Masih Kecil

Anak Kalau Keterlaluan Kena Tegur Jangan Guna Alasan Masih Kecil

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 278 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut