Jangan Sampai Timbul Gelaran Kluster Pelahap Jawatan


 
Untuk kesekian kalinya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terus membuat saranan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang memegang jawatan dalam kerajaan harus segera meletakkan jawatan.
Katanya, selepas putus hubungan dengan Bersatu dimuktamadkan dalam PAU kali ini, mereka tiada pilihan lain lagi selain perlu mengundurkan diri.
“Presiden UMNO menegaskan sekali lagi dalam ucapannya apa yang diputuskan oleh MT bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.
“Ini bererti semua Ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri dan pegang jawatan pengerusi GLC mesti tarik diri.
“Kalau boleh hari ini juga,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Bagaimanapun sehingga ini hanya seorang menteri yang tampil menyatakan kesediaan berundur daripada kabinet jika itu yang diputuskan oleh parti.
Beliau ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.
Dua orang menteri lain, Annuar Musa dan Reezal Merican Naina Merican seolah-olah enggan akur dengan saranan meletakkan jawatan itu, malah menyifatkan ia hanya pandangan peribadi Ku Li semata-mata.


Kata Annuar, keputusan parti setakat ini ialah UMNO terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.
“Apa yang Ku Li cakap ini bercanggah dengan keputusan parti. Ia satu kesalahan,” katanya sambil mengingatkan bahawa Ku Li hanya sekadar ketua bahagian saja, sama jawatan sepertinya dalam UMNO.
Reezal Merican juga menyifatkan saranan Ku Li sekadar kenyataan peribadi pemimpin veteran itu.
“Pendirian parti ialah semua Ahli Parlimen UMNO akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan,” tambah Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.
Hmmmm…nampaknya kedua-dua menteri ini amat sayang untuk melepaskan jawatan menteri mereka begitu saja.
Entah-entah, kalau ada keputusan parti agar semua Ahli Parlimen UMNO perlu segera menarik diri daripada kerajaan, nanti timbul pula hujah atau alasan lain daripada mereka untuk mewajarkan keseronokan menikmati kedudukan sebagai menteri, walau hakikatnya BN kalah dalam PRU14 lalu.
Selain itu, kalau kita perhatikan, dalam ucapan perasmian PAU pagi tadi, Zahid Hamidi juga ada menyentuh tentang keputusan MT UMNO bahawa sokongan atau keberadaan parti dalam kerajaan PN hanyalah sehingga Januari 2021 saja.
Selepas tarikh tersebut, sebagaimana pendirian asal UMNO, mandat hendaklah dipulangkan kepada rakyat membuat pilihan siapa yang mereka mahukan sebagai kerajaan.
Dengan apa yang disebut Zahid Hamidi itu, fahamlah kita akhirnya mengapa Muhyiddin Yassin beria-ia sangat mahu darurat dilaksanakan, meski cadangan kali pertama telah ditolak oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Meskipun begitu, sebagai parti yang bertanggungjawab dan berpegang kepada pendirian sendiri, walau ada darurat sebagai sekatan daripada Muhyiddin untuk menghalang kerajaannya dijatuhkan, UMNO masih boleh berbuat sesuatu agar PRU dapat diadakan segera.
Ia tidak lain ialah dengan Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan, tak kira sama ada sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC, harus meletakkan jawatan dengan segera, sekaligus mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN.
Soalnya, selain Ku Li, kenapa hanya Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz saja yang sanggup berbuat demikian?
Kenapa yang lain-lain enggan berbuat demikian?
Bukankah sepatutnya mereka ini, jika benar mahukan PRU dan yakin UMNO boleh kembali berkuasa semula, harus segera berundur daripada semua jawatan dalam kerajaan?
Apa yang pelahap sangat dengan jawatan dalam kerajaan sehingga sanggup melihat UMNO terus dibuli dan diperkotak-katikkan oleh Bersatu?
Dan jangan sampai nanti ahli akar umbi UMNO menggelar semua yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sebagai “kluster pelahap jawatan” yang hanya memikirkan tembolok saja sendiri berbanding perjuangan? 
(Shahbudindotcom 28/03/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/jangan-sampai-timbul-gelaran-kluster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tunggu Lagi Letak Jawatan Segera Tengku Razaleigh

Jangan Tunggu Lagi Letak Jawatan Segera Tengku Razaleigh

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 189 hits
Irwan Muhammad ZainMac 30 2021 03 13 MYTKu Li menegaskan desakan agar semua ahli parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan meletak jawatan dibuat agar parti itu tidak dipersalahkan sekiranya ada perkara yang rakyat tidak puashati dengan Peri...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 253 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 236 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT U...
Nama Gelaran Unik Design Emas Di Pasaran

Nama Gelaran Unik Design Emas Di Pasaran

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 863 hits
Gelaran Emas Viral Emas adalah satu galian yang apabila ditemui walaupun dibelakang rumah ketika enak dan khusyuk gembur tanah untuk menanam lada habanero mampu membuatkan banyak pihak ingin membeli tanah anda Gelaran Unik Emas Di PasaranNa...
Mengapa Ustaz Tuan Guru Dan Maulana Mungkin Jadi Gelaran Tidak Bernilai

Mengapa Ustaz Tuan Guru Dan Maulana Mungkin Jadi Gelaran Tidak Bernilai

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
DR HKSaya agak musykil melihat banyaknya gelaran tuan guru murabbi maulana sheikh pelbagai laqab sekarang kepada tenaga pengajar muda Adakah ia diberikan oleh anak anak murid dan pengikut sosok berkenaan dengan kerelaannya atau pun tidak Ad...
Kluster Kabinet Ada Pakatan Singkir Zahid

Kluster Kabinet Ada Pakatan Singkir Zahid

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 245 hits
M Fakhrull HalimKenyataan Annuar Musa di Facebooknya kelmarin berkenaan calon perdana menteri dan timbalan perdana meteri daripada Umno menjelang pilihan raya umum ke 15 mencetuskan pelbagai reaksi Paling memancing perhatian gambar gambar y...
Umno Bukan Lawan Tradisi Dap Soal Sanggup Kerjasama Tak Timbul Kata Loke

Umno Bukan Lawan Tradisi Dap Soal Sanggup Kerjasama Tak Timbul Kata Loke

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 254 hits
Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata musuh dan lawan tradisi parti itu ialah MCA Gerakan SUPP di Sarawak dan MIC PETALING JAYA Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook berkata tidak timbul soal adakah DAP sanggup kerjasama denga...
Tesla Secara Rasmi Memberikan Ceo Elon Musk Gelaran Technoking Of Tesla

Tesla Secara Rasmi Memberikan Ceo Elon Musk Gelaran Technoking Of Tesla

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 265 hits
Dilaporkan Elon mush telah diberi gelaran baru Dia telah meletakkan jawatan ketua eksekutifnya dan menobatkan dirinya sebagai Technoking of Tesla Zach Kirkhorn ketua pegawai kewangan syarikat juga telah menerima gelaran baru Master of Coin ...
Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gali Isi Kunyit

Warisan Leader Wants Macc To Probe Arifin Following New Expos

Legal Letter Warns Malaysiakini Of Contempt Proceedings Over Sabah Article

Siti Kasim History Never Lies Pas Is A Born Hypocrite Non Muslims Will Remain Kafir In Their Eyes

Senarai Nama Panglima Atm

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl