Nama Gelaran Unik Design Emas Di Pasaran


"Gelaran Emas Viral"
Emas adalah satu galian yang apabila ditemui walaupun dibelakang rumah ketika enak dan khusyuk gembur tanah untuk menanam lada habanero, mampu membuatkan banyak pihak ingin membeli tanah anda.

Gelaran Unik Emas Di Pasaran

Namun, sedarkah anda dengan kehadiran tukang tukang emas yang sudah ramai sekarang terutamanya di Kelantan, pelbagai rekabentuk dan nama kreatif tercipta.



Design Emas Nama Gelaran Unik
Sebagai satu cara untuk mempromosikan emas dan kedai, maka nama unik dengan motif rekaan yang kena dengan nama menjadi pilihan.
Jom kita kenali beberapa nama rekabentuk emas dengan nama yang cukup unik.
Tupak Dakap (Ketupat Dakap)

Sumber : Google Image


Dengan rekabentuk bulat-bulat (nampak seperti bulat) dan susunan rapat-rapat antara segmen kepingan emas.

Sumber : Google Image


Menampakan 'keakraban' antara segmen segmen kepingan emas yang dicantum seperti bentuk ketupat dakap (sejenis kuih Kelantan).
Sekkut Tawa (Biskut Kering)

Sumber : Google Image


Direka seketul seketul dan dalam bentuk segiempat yang menyerupai bentuk biskut kering (sekkut tawa dalam dialek Kelantan).

Sumber : Google Image


Ditambah pula hiasan berlian atau permata yang berbintik-bintik seperti lubang lubang halus pada biskut kering.
Lipe (Lipan)

Sumber : Google Image


Ramai yang pernah melihat lipan, sejenis serangga berbisa yang banyak kaki dan banyak segmen.

Sumber : Google Image


Begitulah juga barang kemas dengan gelaran lipan memiliki bentuk bersegmen-segmen kecil, bsersambung-sambung serta berselit selit dan 'berbisa' juga pada bayarannya.
Litoh (Lintah)

Sumber : Google Image


Lintah haiwan yang berbentuk bujur dan leper dan akan mengembung bila kekenyangan. Maka, aplikasi dari rekabentuk ini, para pengukir emas Kelantan berusaha membentuk emas yang lebar serta halus pada penyambungnya.

Sumber : Google Image


Seakan akan lintah.
Dunhill 

Sumber : Google Image


Jenis ini turut dipanggil 'lipan' tapi versi 'dunhill'. Rekabentuknya masih seperti bentuk 'lipan' akan tetapi saiznya lebih besar.
Kurang pasti mengapa ia digelar 'dunhill' oadakah kerana rokok jenama dunhill adalah antara termahal harganya dan emas ini, emas lipan dalam kategori 'dunhill'.
Perlu diingat jenama Dunhill bukan hanya untuk rokok, Dunhill juga ada memasarkan minyak wangi (perfume).
Bagi nama nama versi Kelantan di atas, kebanyakan adalah gelang dan rantai kerana orang Kelantan lebih gemarkan gelang dan rantai yang agak menonjol.
Daun Ketum

Sumber : Google Image


Inovasi dan kreativiti makin mengikut peredaran zaman. Daun ketum sangat sensitif dan popular maka dijadikan rekaan daun ketum.

Dengan urat dan bentuk daun menyamai daun ketum sebenar, maka ia salah satu daun ketum mahal yang menjadi idaman.

Sumber : Google Image


'Design' daun ketum adalah permulaan kepada idea dan sumber pengukir emas untuk menjadikan alam semulajadi sekeliling sebagai ilham.
Antara rekabentuk yang mengikut alam semulajadi adalah;
Daun Ganja

Sumber : WhatsApp


Tidak salah apabila menjadi cincin atau barang kemas, ia salah apabila ia boleh direbus dan digunakan untuk berkhayal.

Sumber : Google Image



Inilah 'design' daun ganja. Inspirasi dari Jamaica (tidak betul)
Daun Kari

Sumber : WhatsApp


Jangan pula tertukar untuk masukkan ke dalam masakan. Daun kari ini tinggi nilainya.

Sumber : Google Image



Usah dicium kerana ia tidak memiliki bau kari. Kalau sembang kari untuk emas jenis ini ada nilainya.
Daun Kaduk

Sumber : WhatsApp


Penulis mengenali daun kaduk apabila ibu penulis dahulu meminta penulis memetik beberapa helai daun kaduk untuk dibuat gulai siput bendang.

Sumber : Google Image



Rupa seperti daun sireh dan ia lebih bernilai dari daun kaduk sebenar yang hidup di sekitar 'cha' atau air longkang.
Daun Semalu

Sumber : WhatsApp


Sifat semula jadi daun semalu adalah apabila disentuh akan kuncup dan 'malu'. Itu adalah daun semalu yang sebenar.

Sumber : Google Image



Namun, apakah daun semalu ini akan kuncup apabila disentuh ? Mestilah tidak, yang kuncup hanyalah nilai duit dalam akaun simpanan.
Daun Sawit

Sumber : WhatsApp


Belakang rumah penulis banyak pokok sawit, jika ditebas dan dipangkas ia tiada nilai kalau ke pajak gadai.

Sumber : Google Image



Dengan 'design' seperti daun kelapa, ia seumpama 'lipan' kecil melingkari jari.
Bayam Brazil

Sumber : WhatsApp


Penulis ada menanam sayur ulam ini, tidak tahu pula sudah dikomersilkan menjadi rekabentuk untuk barang kemas.

Sumber : Google Image



Bayam Brazil ulam cukup ranggup, adakah bayam Brazil versi emas ini juga begitu ranggup ? Ranggi, mungkin ya.
Kebiasaannya untuk nama nama bunga, daun dan sayur adalah rekabentuk cincin.
Pelbagai Jenis 'Design' dan Nama Emas 
Walau apa pun, nama, bentuk, harga, emas ada nilainya. Jika dalam Islam, kekayaan sesebuah negara diukur melalui sumber galian emas yang ada dalam negara tersebut.

Bagus sebenarnya memiliki simpanan emas, jika terdesak dengan ekonomi sendiri ia masih ada nilai walaupun beberapa gram beratnya.
Anda fikir anda tahu Nama Gelaran Emas dan Harganya Di Pasaran ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2021/03/nama-gelaran-unik-design-emas-di-pasaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Emas Hitam Kembali Pulih Setelah Kemerosotan Yang Berpanjangan

Pasaran Emas Hitam Kembali Pulih Setelah Kemerosotan Yang Berpanjangan

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 257 hits
Pada hari Rabu pagi harga minyak menunjukkan kenaikan yang lemah pada latar belakang data dari Institusi Petroleum Amerika dengan penurunan stok bahan mentah yang tidak dijangka di Amerika Syarikat Oleh demikian harga bagi niaga hadapan Mei...
Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

Permohonan Bantuan Orang Tua Rm500 Semakan Status Warga Emas 2021

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 515 hits
PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA RM500 SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2021 Bantuan Orang Tua ini juga dikenali sebagai Kepada yang layak boleh buat permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Bantuan ini telah dinaikan kepada RM500 daripada RM350 bermula 202...
Saya Terima Teguran Pasal Pakai Emas Satu Hari Nanti Saya Tanggalkan Mk

Saya Terima Teguran Pasal Pakai Emas Satu Hari Nanti Saya Tanggalkan Mk

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 327 hits
Penyanyi rap MK K Clique mengaku masih dalam proses mendekatkan diri dengan Tuhan dengan mendalami ilmu agama selepas tular kisahnya keluar tiga hari menyertai tabligh Memetik laporan Kosmo Online bagaimanapun MK atau mana sebenarnya Muhamm...
Emas Akan Segera Melonjak

Emas Akan Segera Melonjak

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 300 hits
Walaupun harga telah meningkat dengan ketara dari paras rendah 10 bulan baru baru ini kenaikan harga emas masih belum dapat diraikan Juga apabila emas ditutup di atas AS 1 700 seterusnya apabila kerajaan AS meluluskan bantuan kewangan AS 1 ...
Idea Perdagangan Untuk Emas

Idea Perdagangan Untuk Emas

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 312 hits
Seperti yang dijangkakan emas diperdagangkan ke arah atas pada Jumaat lalu dan satu satunya yang tinggal sekarang adalah penembusan di atas 1740 Tetapi bagi mereka yang tidak berjaya membuka kedudukan beli di pasaran anda masih boleh melaku...
Mu Jawab Dengan Allah Nada Kecewa Warga Emas Tak Dibenar Solat Jumaat

Mu Jawab Dengan Allah Nada Kecewa Warga Emas Tak Dibenar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 284 hits
Seperti yang semua maklum ketika ini segala aktiviti berkumpulan mengalami kekangan kerana bimbang akan penularan covid 19 yang melanda negara saat ini Walaupun aktiviti di masjid seperti solat Jumaat sudah dibenarkan namun tetap perlu mela...
Sejak Sertai Ptti Mk Tak Pakai Gelang Emas Lagi

Sejak Sertai Ptti Mk Tak Pakai Gelang Emas Lagi

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 744 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSEJAK SERTAI PTTI MK TAK PAKAI GELANG EMAS LAGI Apa saja yang dilakukan anggota kumpulan K Clique bernama MK ini pasti akan meraih perhatian tular dan sohor kini Aura dan penangan jejaka kelahiran Tawau Sa...
Warga Emas Tidak Mengaku Salah Cederakan Anjing Guna Buluh

Warga Emas Tidak Mengaku Salah Cederakan Anjing Guna Buluh

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 343 hits
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing betina pada Oktober tahun lepas Ng Ah Leak 75 membuat pergakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Ma...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu

Hiburan Isteri Dah Banyak Kali Minta Cerai Dedah Sebab Utama Abang Wiring Enggan Lepaskan Bukan Sebab Sayang Tapi