Jangan Sampai Terbawa Bawa Kisah Cinta Lama Ke Alam Rumahtangga Move On


Jangan Sampai Terbawa-Bawa Kisah Cinta Lama Ke Alam Rumahtangga, ‘Move On’! Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin membina masjid bersama pasangan buat selamanya. Namun tidak semua hubungan akan berakhir dengan kisah gembira, bahkan kadanga kala ia boleh putus di tengah jalan. Itulah realiti kehidupan yang harus diterima . Kita sebagai manusia haruslah reda dengan dugaan-Nya. Begitu juga dengan pasangan yang sudah berumah tangga. Siapa sangka, hubungan yang dibina sekian lama boleh berakhir. Pelbagai cara dibuat untuk mempertahankannya, namun ia tetap berakhir dengan sebuah perpisahan. Hidup harus diteruskan demi masa depan yang lebih mencabar.

1. TERIMA KENYATAAN Allah pasti merancang yang terbaik untuk kita. Maha Suci Allah dari bersifat kejam dan menganiaya hamba-Nya. Berilah harapan kepada diri bahawa akan ada cahaya menanti di hujung jalan. Berusahalah untuk menerima kenyataan bahawa ada perkara yang lebih baik akan berlaku pada masa depan.

2. MOHON KEKUATAN DARI ALLAH Mohonlah kepada Allah SWT agar memberikan kesabaran dan kekuatan kepada diri kita untuk melupakan si dia serta meneruskan kehidupan. Hati meronta-ronta mengatakan si dia adalah yang terbaik dan layak buat diri anda, namun ingatlah firman Allah SWT berikut; “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)

3. PENUHI WAKTU DENGAN PERKARA BERFAEDAH Sertailah aktiviti dalam komuniti perumahan atau masjid. Contohnya, mendengar ceramah motivasi, menghadiri kelas menjahit, memanah atau bersedekah kepada orang miskin. Inilah waktu terbaik untuk mencari dan mencipta hobi serta minat baharu yang berfaedah agar tidak larut terkenangkan perkara lepas.

4. BERCINTA DENGAN ALLAH Menangis dan merayulah di hadapan-Nya. Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan bersolat sunat. Di saat hati resah dan gelisah kerana perpisahan, ambillah waktu untuk menyelak ayat-ayat cinta-Nya yang menyatakan; “…hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” (Surah Ar-Raad: 8). Rapati dan dekatilah Allah swt secara kerap sama ada melalui solat, zikir atau apa jua cara kerana Dia sudah berjanji.

5. MENGEMBARA Mengembara adalah salah satu cara terbaik membina keyakinan diri dan bermuhasabah terhadap nikmat yang telah kita perolehi. Betapa ramai mereka di luar sana yang bernasib lebih malang, tetapi tetap bersemangat menjalani kehidupan. Berjalan dan perhatikanlah betapa luasnya rahmat Allah pada hambaNya. “Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal berlayar di laut dengan nikmat kurniaan Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahan-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.” (Surah Al-Luqman: 31). Kesedihan daripada hubungan yang terputus di pertengahan jalan ini hanyalah sementara. Anggaplah ia sebagai suatu proses kehidupan untuk menjadikan diri kita lebih matang dalam segala tindakan, sikap, perilaku, kawalan emosi dan sebagainya.

6. BERKONGSI CERITA HATI Berkongsilah kisah kita dengan ahli keluarga dan sahabat yang boleh dipercayai. Menangislah untuk melegakan perasaan, tetapi elakkan dalam tempoh yang panjang. Paling penting, bantulah diri sendiri untuk keluar dari penderitaan. Pada mulanya mungkin agak sukar, namun alah bisa tegal biasa. Lama-kelamaan, pasti segalanya akan berjalan dengan lancar. Yakinlah, bahawasanya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita. Buang nombor telefon dan segala perkara atau kenangan berkaitan dengan si dia. Elakkan stalk akaun Facebook, Twitter, Instagram atau apa jua media sosial yang si dia miliki.
Sumber: Mingguan Wanita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jangan-sampai-terbawa-bawa-kisah-cinta-lama-ke-alam-rumahtangga-move-on/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Pas Umno Jangan Tunggu Lama Lama Kata Mokhtar

Kerjasama Pas Umno Jangan Tunggu Lama Lama Kata Mokhtar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 379 hits
MALAYSIAKINI Seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS hari ini menyuarakan sokongan terhadap kerjasama antara parti itu dengan Umno menyifatkan ia tak boleh ditangguh lagi susulan perkembangan semasa negara Mokhtar Senik berkata kerjasama itu...
Terkedu Anak Tanya Kisah Lama Lama Saya Diam

Terkedu Anak Tanya Kisah Lama Lama Saya Diam

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza 5 nama penyanyi Amelina kembali menjadi sebutan ramai dan kisah kisah lamanya turut disebarkan kembali Bagaimanapun Amelina The post appeared first on
Jangan Ikut Contoh Pm Lama Tun M

Jangan Ikut Contoh Pm Lama Tun M

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Perjuangan berdegar degar mempertahankan ketuanan Melayu tiada makna jika golongan itu masih bekerja sebagai kuli kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata pendirian itu berulang kali disampaikan kepada orang Melayu ...
Kisah Cinta Guru Smp Di Manado Terhadap Muridnya Begini Tanggapan Nitizen

Kisah Cinta Guru Smp Di Manado Terhadap Muridnya Begini Tanggapan Nitizen

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 360 hits
Kisah cinta antara guru dan murid yang dialami Vinda Virginia dan Erwin Pangaila menjadi viral di media sosial Unggahan Facebook pasangan kekasih asal Manado ini sudah dibagikan puluhan ribu kali Pasangan kekasih guru dan murid ini sudah me...
Petua Orang Lama Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

Petua Orang Lama Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 681 hits
Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina Jika dilihat orang dulu dulu zaman nenek moyang...
Itu Kisah Lama Moorthy

Itu Kisah Lama Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 436 hits
Muhammad Shamsul Abd GhaniWaytha Moorthy SHAH ALAM Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata penyebaran video yang tular berhubung kenyataan kontroversinya mengenai berlakunya pencabulan hak asasi di Malaysia merupakan sed...
Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz Kisah Benar Bukan Rekaan

Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz Kisah Benar Bukan Rekaan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1453 hits
Lirik Lagu Dan Ketika Itu Zulin Aziz 1 ON TRENDING right now at Youtube Tapi entri ni saya tulis bukan sebab ianya sedang trending tapi just nak share kenapa Music Video lagu single terbaru Zulin Aziz yang di release kan pada 2 November 201...
Kisah Pretty Asmara Dimanja Sejak Dalam Kandungan Tapi Saat Masuk Penjara Tidak Pernah Dijenguk

Kisah Pretty Asmara Dimanja Sejak Dalam Kandungan Tapi Saat Masuk Penjara Tidak Pernah Dijenguk

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 500 hits
Pemain sinetron dan komedian Pretty Asmara meninggal dunia saat dirawat di RS Pengayoman Jakarta Minggu Ketika meninggal Pretty sedang menjalani masa tahanan di Rumah Tahanan Pondok Bambu Jakarta Timur karena terjerat kasus narkoba Soal sep...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Mitski Washing Machine Heart Chord

Pertama Kali Tidur Di Kota Mekah Almukarramah

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah

Ubi Rebus Ikan Masin Cicah Sambal Tumis

Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

Merindui

Michael Buble Sway Chord