Jangan Pukul Rata Zahid Gesa K Jaan Kaji Semula Kompaun Rm10 000


 

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan PN supaya mengkaji semula kompaun sehingga RM10,000 terhadap individu yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 di bawah Ordinan Darurat banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat,” katanya pada satu kenyataan di media sosial hari ini.
Kata Zahid, pelaksanaan peraturan baru Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 itu dilaksanakan ketika “sebilangan rakyat masih keliru tentang SOP yang ditetapkan kerajaan.”
“Kini mereka berisiko dikompaun sehingga RM10,000 jika tersalah faham berhubung SOP tersebut,” katanya.
Zahid turut menyasarkan unit propaganda kerajaan, Jasa yang dijenamakan semula sebagai J-Kom, berkata J-Kom patut memberi kesedaran dan meningkatkan pemahaman rakyat terhadap pematuhan SOP.
“J-KOM dengan peruntukkan lebih RM40 juta sewajarnya berusaha memahamkan rakyat tentang SOP ini terlebih dahulu.
“Inilah peranan yang sepatutnya oleh J-KOM, bukan sebaliknya,” katanya lagi.
Menurut Zahid menjadi fitrah manusia untuk tidak lari daripada melakukan kecuaian.
“Justeru, kompaun bertujuan untuk mendidik dan memperingati mereka, bukan untuk menekan hidup mereka,” katanya.
Jelasnya, RM10,000 bukan jumlah yang kecil bagi golongan berpendapatan rendah.
“Jika gagal dilunaskan dalam tempoh tertentu mereka akan berdepan pendakwaan.
“Mungkin RM10,000 dapat memastikan golongan kaya raya sedikit sebanyak turut terkesan dengan nilai kompaun.
“Bagaimanapun ‘jangan pukul rata’ sehinggakan golongan berpendapatan rendah dan miskin terjebak sama,” katanya.
Walaupun kompaun ini boleh dirayu, Zahid menyoal bagaimana cara untuk mengukur budi bicara pegawai yang diberi kuasa meneliti rayuan denda.
“Kompaun dikurangkan kepada RM8,999 juga boleh dianggap sebagai budi bicara.
“Sewajarnya ada ‘guidelines’ yang jelas dalam urusan budi bicara atau mungkin kompaun sehingga RM10,000 boleh ditetapkan berdasarkan klasifikasi pendapatan.
“Golongan T20 mungkin wajar dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala M40 dan B40 berdasarkan pendapatan mereka atau kesalahan berulang seperti yang pernah disyorkan,” katanya.
Presiden Umno juga menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha sedaya upaya mematuhi SOP pada setiap masa dan di mana jua.
“Bukan kerana semata-mata takut dikenakan tindakan keras dibawah Ordinan Darurat, tetapi kerana cakna terhadap keselamatan diri dan keluarga,” nasihat Zahid.
The post ‘Jangan pukul rata’ – Zahid gesa k’jaan kaji semula kompaun RM10,000 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/14/jangan-pukul-rata-zahid-gesa-kjaan-kaji-semula-kompaun-rm10000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5476 Rakyat Gelisah Kompaun Rm10 000 Sinar Harian 16 03 2021

5476 Rakyat Gelisah Kompaun Rm10 000 Sinar Harian 16 03 2021

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM Selepas lima hari kompaun RM10 000 dikuatkuasakan rata rata rakyat Malaysia melahirkan kegelisahan apabila menyifatkan pelaksanaan saman akibat kesalahan melanggar prosedur operasi standard Covid 19 itu sebagai keterlaluan tidak m...
Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

Kerajaan Beri Jaminan Kompaun Rm10 000 Ikut Budi Bicara Bukan Untuk Aniaya Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memberi jaminan kompaun maksimum RM10 000 bagi mereka yang melanggar peraturan Perintah kawalan pergerakan akan digunakan mengikut budi bicara dan tidak akan menganiaya rakyat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ...
Sebenarnya Rayuan Kompaun Rm10 000 Boleh Dibuat Di Mana

Sebenarnya Rayuan Kompaun Rm10 000 Boleh Dibuat Di Mana

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 593 hits
PETALING JAYA Isu saman RM10 000 terus menular dengan orang ramai keliru tentang cara untuk membuat rayuan pengurangan kompaun Mengeruhkan keadaan pejabat kesihatan berlainan juga memberi penjelasan yang tidak serasi sehingga menyebabkan or...
Perincian Kesalahan Berhubung Kompaun Rm10 000 Ingkar Sop Akan Dimaklumkan Kelak

Perincian Kesalahan Berhubung Kompaun Rm10 000 Ingkar Sop Akan Dimaklumkan Kelak

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 238 hits
Penelitian berkenaan pengenaan kompaun ke atas individu yang ingkar pematuhan SOP sehingga RM10 000 itu akan dilakukan Penyataan ini dimaklumkan pada sidang Majlis Keselamatan Negara semalam Menurut Dato Sri Ismail Sabri Menteri Kanan perte...
Kompaun Rm10 000 Kompaun Tidak Melebihi Rm10 000 Takiyuddin

Kompaun Rm10 000 Kompaun Tidak Melebihi Rm10 000 Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 224 hits
MOHD SHAH RIMBila Menteri gaji berpuluh ribu sebulan jelaskan memang mudah nak faham bayar saja dpt diskaun Oitt lahanat sepatutnya sebelum dikuatkuasakan jelaskan garis panduan guideline bukan selepas dikuatkuasakan rakyat tak marah jika p...
Aktivis Hak Asasi Gesa Kerajaan Kaji Semula Dasar Kebebasan Beragama

Aktivis Hak Asasi Gesa Kerajaan Kaji Semula Dasar Kebebasan Beragama

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 362 hits
Pastikan ia selaras Perlembagaan seperti keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah BANGI Aktivis hak asasi manusia menggesa kerajaan Sarawak dan Persekutuan untuk mengkaji semula semua dasar berkaitan kebebasan beragama dan memastikan ...
Dua Beradik Antara Tujuh Individu Di Kompaun Rm10 000 Tidak Daftar Nama Masuk Premis

Dua Beradik Antara Tujuh Individu Di Kompaun Rm10 000 Tidak Daftar Nama Masuk Premis

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Dua beradik antara tujuh individu yang dikenakan tindakan kompaun RM10 000 kerana tidak mendaftar nama pada buku sebelum masuk ke premis di sekitar Teluk Cempedak pada malam Jumaat Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Moham...
Pakai Mask Kat Dagu Memang Kena La Kompaun Rm10 000 Pkp Dah Setahun Kot

Pakai Mask Kat Dagu Memang Kena La Kompaun Rm10 000 Pkp Dah Setahun Kot

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 1045 hits
The ReporterViral di media sosial gambar notis kompaun RM10 000 dikenakan terhadap seorang individu kerana tidak memakai pelitup muka dengan sempurna pada Jumaat 12 Mac 2021 Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat mengesahkan kej...
Tiada Isu Polis Kompaun Rm10 000

Tiada Isu Polis Kompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi Pembangunan Projek Satu Anggota Satu Rumah di Kem Transmitter Sungai Besi Foto FATHIL ASRI KUALA LUMPUR Tiada sebarang isu jika anggota polis mengenak...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Domain Portfolio Generating Income

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram

Paris Based Iea To Support Malaysia In Exploring Nuclear Energy Policy Says Dpm Fadillah

Not All Flag Mistakes Are Equal

Nasi Lemak Is Popular Among Malaysians Over Other Local Meals Why

Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan