Jangan Persoalkan Orang Bila Nak Ada Zuriat Buat Yang Masih Mencuba Nota Ini Untuk Anda


Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLAH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.

“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama
Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”
“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”
“Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.. Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Sekian, terima kasih.
Sumber: Nor Farah Dilah
The post “Jangan Persoalkan Orang Bila Nak Ada Zuriat!” Buat Yang Masih Mencuba, Nota Ini Untuk Anda appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-persoalkan-orang-bila-nak-ada-zuriat-buat-yang-masih-mencuba-nota-ini-untuk-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gatal Nak Kahwin Jika Anda Masih Ada Perangai Sebegini

Jangan Gatal Nak Kahwin Jika Anda Masih Ada Perangai Sebegini

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 404 hits
Bagi yang akan berkahwin mahupun bertunang tahniah diucapkan Usaha untuk menghalalkan hubungan amatlah dipuji tapi please RAJIN RAJINKAN BANGUN PAGI DAN SOLAT SUBUH Bagi yg selalu bangun lambat tu dah tiba masanya korang training diri koran...
Jangan Malu Kalau Nak Berjaya

Jangan Malu Kalau Nak Berjaya

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 575 hits
Jangan malu kalau nak Berjaya Assalamualaikum dan salam sejahtera Sebenarnya aku dah selalu sangat dengar ayat ni kalau kita nak Berjaya nak jadi orang yang Berjaya dalam bisnes kena buang jauh jauh perasaan malu dalam diri kita tu Ada oran...
Kalau Anak Degil Tak Solat Jangan Salahkan Anak Kita Sendiri Perlu Jadi Orang Yang Kita Nak Anak Jadi

Kalau Anak Degil Tak Solat Jangan Salahkan Anak Kita Sendiri Perlu Jadi Orang Yang Kita Nak Anak Jadi

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 475 hits
Sebagai ibu bapa kita nak yang terbaik untuk anak anak Tapi sebelum impikan anak anak jadi yang terbaik kita sebagai ibu bapa perlu yang yang terbaik supaya anak dapat mencontohi kita Benda yang paling banyak saya ubah pada diri sendiri sej...
Ramai Yang Masih Tak Tahu Cara Nak Cari Dan Block Telefon Anda Sekiranya Hilang Atau Dicu Ri Rileks Media

Ramai Yang Masih Tak Tahu Cara Nak Cari Dan Block Telefon Anda Sekiranya Hilang Atau Dicu Ri Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 524 hits
Saya kehilangan handphone di tandas RNR Gurun Kebetulan abang bawa laptop terus abang login Gmail account saya Selepas itu track my device menggunakan Google account Kemudian pilih ring my phone Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada Sil...
Kalau Nak Bahagia Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif

Kalau Nak Bahagia Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 498 hits
Kalau Nak Bahagia Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif Agak agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian Haaa yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba masuk konon nak menyelamatk...
Guru Jangan Sibuk Nak Berniaga Jadi Kontraktor

Guru Jangan Sibuk Nak Berniaga Jadi Kontraktor

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 353 hits
Guru Jangan Sibuk Nak Berniaga Jadi Kontraktor Guru Jangan Sibuk Nak Berniaga Jadi Kontraktor
Kau Pergi Belajar La Dulu Dik Jangan Buang Masa Customer Nak Kena Hadap Seller Tolol Macam U Ni Customer Biadab

Kau Pergi Belajar La Dulu Dik Jangan Buang Masa Customer Nak Kena Hadap Seller Tolol Macam U Ni Customer Biadab

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 1126 hits
Kau pergi belajar la dulu dik jangan buang masa customer nak kena hadap seller tolol macam u ni Customer biadabApabila berurusan dengan orang adalah pentingnya kita mementingkan adab agar orang lain selesa berurusan dengan kita Tiada keperl...
Anak Mula Nak Suap Makanan Sendiri Walaupun Berterabur Jangan Halang Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan

Anak Mula Nak Suap Makanan Sendiri Walaupun Berterabur Jangan Halang Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 471 hits
Bila suap sahaja diluahkan dari mulut si kecil juga sudah mula nak suap makanan sendiri sampai bersepah sepah jadinya Jangan pening mama ia sebenarnya satu perkembangan yang baik Perkara ini seringkali disalah tafsir sebagai cerewet makan A...
Jangan Ikut Sedap Kote Awak Je Isteri Bengang Suami Nak Rasa Adik Sendiri

Jangan Ikut Sedap Kote Awak Je Isteri Bengang Suami Nak Rasa Adik Sendiri

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 2520 hits
assalamualaikum admin Mohon hide profile saya Cerita dia macam ni Semalam saya tidur dekat rumah mak saya Saya dah berkahwin Umur dalam 20 an Suami pun dalam 20 an jugak Kahwin dah nak masuk 4tahun Anak sorang umur 2tahun lbh Kite orang sem...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas