Jangan Pandang Mudah Pesanan Rafizi




Walaupun terdengar ada yang kurang senang dengan warkah bertajuk "Pesanan Kepada PH" yang ditulis oleh Rafizi Ramli, termasuk mengaitkan dengan kekalahannya kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, semua pihak dalam Pakatan Harapan seharusnya berlapang dada menerima apa yang ditulisnya itu.


Beberapa dapatan beliau termasuk mengenai kegelisahan rakyat terhadap kos sara hidup,  janji manifesto yang belum ditunaikan dan rating Tun Mahathir Mohamad yang menurun sebanyak 20 peratus sejak Jun lalu, sebenarnya adalah realiti yang boleh didengar di mana-mana saja ketika ini.


Dengan mempersembahkan semua hakikat itu, di sebalik mungkin ada pemimpin Pakatan Harapan yang lain sama menyedarinya tetapi tidak berani memperkatakannya kerana masing-masing sudah ada jawatan dan kedudukan yang mahu dijaga atau barangkali juga tidak sedar berkenaan dengannya kerana sibuk dengan urusan kerajaan, tindakan Rafizi bolehlah juga diberikan pujian.


Tulisan beliau adalah untuk kebaikan Pakatan Harapan dan bagaimana mereka boleh menjadikannya sebagai panduan untuk memperbaiki lagi kerajaan yang ada.


Pakatan Harapan tidak boleh lagi seperti era BN dahulu yang memandang sepi semua dapatan tidak memihak kepadanya, apa lagi jika didapati mengaitkan dengan penurunan prestasi atau rating Najib Razak.


Tetapi, akibat daripada semua itu, lihatlah apa yang berlaku kepada BN yang mana akhirnya pemimpin mereka sendiri ketika ini seperti tidak dapat menerima realiti sudah ditolak rakyat.


Semua teguran dan dapatan Rafizi ini harus diambil positif jika tidak mahu yang berlaku kepada BN berulang kembali menimpa Pakatan Harapan.


Pakatan Harapan bukanlah kebal dan Tun Mahathir juga tidaklah maksum. Meskipun  agak cemerlang ketika 22 tahun membangunkan negara sebelum ini, realitinya kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri ketika ini adalah berbeza dengan ketika bersama UMNO dan BN dahulu.


Dua faktor kegelisahan rakyat iaitu kos sara hidup yang dijanji akan diturunkan tetapi belum nampak bayangnya lagi serta janji-janji manifesto PRU14 yang masih banyak tersangkut adalah sesuatu yang harus diakui. 


Alasan beban hutang yang ditinggalkan pentadbiran Najib dahulu tidak seharusnya dijadikan sandaran selama-lamanya untuk melengah-lengah atau tidak melaksanakan janji yang telah dilafazkan sebelum rakyat membuang undi itu.


Kekangan yang dihadapi seharusnya menjadikan kerajaan lebih kreatif dan berusaha keras dalam menjalankan tugas. Rakyat mahukan hasil, bukan alasan.


Oleh itu, pesanan Rafizi  mestilah diterima dan dihadam dengan hati yang terbuka, terutama berkaitan rating Tun Mahathir yang menurun sebanyak 20 peratus. Jika dengan masa berlalu seterusnya masih banyak lagi janji gagal ditunaikan, tidak mustahil rating Tun Mahathir akan terus menurun lagi dan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan turut sama tidak diyakini.


PRU14 menunjukkan kematangan rakyat dalam memilih kerajaan. BN yang ketika itu diselubungi imej buruk Najib telah ditolak oleh rakyat kerana mereka sedar jika kerajaan sama dikekalkan lagi, keadaan negara pasti akan bertambah buruk, meskipun jasanya selama 61 tahun amat dihargai.


Episod menukar kerajaan sudah pun selesai. Rakyat, tidak kira penyokong Pakatan Harapan, penyokong BN atau berkecuali, ketika ini sama-sama sedang memerhati dan meneliti prestasi kerajaan yang ada ini.


Yang demikian, apa juga pandangan, lebih-lebih lagi yang negatif, tidak memihak atau yang menyebabkan sakit telinga mendengarnya, jangan sesekali dibuang ke tepi begitu saja.


Ia harus diterima dengan hati yang terbuka. Selagi ada yang sudi menegur dan mendedahkan keburukan, lebih-lebih lagi jika dalam kalangan Pakatan Harapan sendiri, itu tandanya mereka masih ada keikhlasan dan rasa sayang kepada kerajaan ini.


Berbanding dengan mereka yang hanya tahu memuji dan melambung yang baik-baik saja, golongan ini bukan sekadar belum tentu ada kejujurannya, yang terselindung di sebaliknya semua itu sebenarnya hanyalah ganjaran, kontrak, jawatan serta kedudukan untuk diri sendiri semata-mata.


Lebih ramai yang tidak takut bersuara seperti Rafizi, seharusnya lebih dialu-alukan dalam era Malaysia Baru ini. (ShahbudinHusin 20/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/jangan-pandang-mudah-pesanan-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Jangan Pandang Sinis Pandangan Rafizi

Tun M Jangan Pandang Sinis Pandangan Rafizi

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 352 hits
Rafizi RamliKUALA LUMPUR Penghijrahan pemimpin pemimpun UMNO secara beramai ramai dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan antara punca populariti Tun Dr Mahathir Mohamad menurun Tentunya dengan menerima masuk wakil wakil rakyat UMNO ...
Skoliosis Jangan Ambil Mudah Bahaya Menanti Jika Tidak Dirawat

Skoliosis Jangan Ambil Mudah Bahaya Menanti Jika Tidak Dirawat

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 409 hits
Di sebalik kejayaan menduduki tempat ketiga Gegar Vaganza 5 Zamani Ibrahim menanggung derita sakit tulang belakang bengkok atau skoliosis yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas Menurut Zamani dia berisiko lumpuh dan harus berkerusi rod...
Seekor Dua Lalat Berterbangan Di Dapur Jangan Biarkan Saja Ni Cara Mudah Kita Perlu Buat Nak Halaunya Rileks Media

Seekor Dua Lalat Berterbangan Di Dapur Jangan Biarkan Saja Ni Cara Mudah Kita Perlu Buat Nak Halaunya Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 580 hits
Melihat lalat seekor dua berterbangan di ruang dapur saat kita buat persiapan memasak atau menghidang makanan memang geram dibuatnya Tahu tahu sahaja si lalat ni tajam betul deria baunya Hendak di sembur dengan racun serangga terasa tidak s...
Bila Penat Mudah Bad Mood Anak Jadi Mangsa Jangan Pelik Lepas Tu Anak Boleh Tiru Emosi Kita

Bila Penat Mudah Bad Mood Anak Jadi Mangsa Jangan Pelik Lepas Tu Anak Boleh Tiru Emosi Kita

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 384 hits
Betul ke emosi ibu boleh mempengaruhi perkembangan anak Ini yang selalu dipersoalkan Mengikut beberapa pendapat dari pakar keibubapaan akan ada sedikit tempiasnya pada anak jika ibu bapa selalu teremosi Dalam hal ini biasanya ibu individu p...
Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

Jangan Ambil Mudah Bab Pemakanan Anak Salah Bagi Jadi Punca Anak Degil Malas

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 418 hits
Sebagai ibu bapa tolong jangan ambil mudah bab pemakanan anak Jika salah bagi makanan yang tak sepatutnya kepada anak ia jadi puca anak degil dan malas Jarang kita tengok kanak kanak tak makan gula gula coklat dan aiskrim Sejak mula diperke...
Otak Anak Bila Di Rangsang Dengan Baik Belajar Apa Pun Mudah Penyelesaiannya Jangan Bagi Gajet

Otak Anak Bila Di Rangsang Dengan Baik Belajar Apa Pun Mudah Penyelesaiannya Jangan Bagi Gajet

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 401 hits
Kita kena beri anak gajet sejak bayi supaya dia tak ketinggalan zaman Ini antara yang berlaku pada kebanyakan ibu bapa sekarang Pasti ramai mak ayah kadang kadang ada kerisauan begini takut anak ketinggalan peredaran zaman jika tak diberi g...
Pesanan Kepada Pakatan Harapan Rafizi Ramli

Pesanan Kepada Pakatan Harapan Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 492 hits
Selepas 61 tahun berlaku perubahan kerajaan persekutuan secara demokratik di Malaysia Apa pun hasil dari perubahan itu kejayaan rakyat Malaysia mengusahakan satu perubahan tanpa kekecohan akan tersemat dalam sejarah Rakyat mengambil masa ya...
Laluan Mudah Rafizi Dilantik Naib Presiden

Laluan Mudah Rafizi Dilantik Naib Presiden

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 315 hits
Tanpa alasan kukuh meletakan jawatan kerja SEORANG politikus Yang mahu diberi lebih perhatian
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan Mama Jangan Strees Tapi Make It Fun

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 825 hits
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau Ibu rasa nak pitam melihatnya Mana taknya ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal Tapi apa nak buatkan kemas sajalah perlahan lahan Seben...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi