Jangan Nanti Menggigit Jari


BERTOLERANSI perlu ada batas sempadannya. Bimbang nanti terpadam lenyap tapak dipijak, hilang pedoman tersesat jalan, tersasar arah kesal tak sudah

Sekilas kata-kata ini menjurus kepada kebimbangan banyak pihak terhadap aspek memperkukuhkan elemen jati diri yang perlu dipelihara dan dijadikan panduan bagi kelangsungan hidup berlandaskan hak dan keistimewaan sebenar tanpa ada pencerobohan atau dikhianati oleh mana-mana pihak atau sesiapa.

Dikaitkan kalimat ‘bertoleransi’ sebagai suatu kebimbangan, apabila dilihat semacam ada sindrom atau kecenderungan untuk mudah ‘mengalah’ atau ‘meraikan’ sesetengah pihak atau pendesak bagi meminda dan menggubal satu-satu ketetapan. Adakala memberi kesan yang tidak disenangi bagi jangka pendek atau jangka panjang.

Ramai misalnya, yang masih bertanya-tanya atau berasa terkilan dengan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Umum berpendapat, ISA tetap merupakan suatu elemen perundangan yang tegas dan sesuai bagi membendung sebarang hal berkaitan sensitiviti perkauman dan keagamaan dari merebak.

Selain itu, berupaya membanteras aktiviti-aktiviti berbaur ancaman terhadap keselamatan masyarakat dan negara dengan cepat serta berkesan. Peraturan menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu sebenarnya mengikut rentak siapa?

Ada juga rungutan kenapa kawasan-kawasan tanah strategik kerajaan boleh dibina institusi-institusi tertentu atau diusahakan dengan bercucuk tanam seolah-olah secara sewenang-wenangnya tanpa kebenaran atau di luar kawalan pihak-pihak berkuasa?

Ketetapan pengundi 18 tahun (Undi18), di mana anak-anak muda seawal usia berkenaan akan secara automatik layak mengundi mulai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih menjadi kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak.

Persoalan timbul, apakah anak-anak muda Melayu khususnya, sudah benar-benar bersedia atau diberi kesedaran sewajarnya demi pentingnya menunaikan hak memilih pada PRU15 nanti?

Sebarang tuntutan dan desakan pihak tertentu dalam hal-hal membabitkan usaha memberi kefahaman tentang latar belakang sejarah tanah air dan asal usul bangsa berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negara tidak sepatutnya terhalang oleh mana-mana rungutan dan desakan. Jangan nanti, hak dan keistimewaan tergadai pergi, tinggal kesal menggigit jari!

Apa salahnya bagi mana-mana guru ‘berleter’ atau menasihati murid-murid tentang hal-hal kebaikan, termasuk hal ehwal kenegaraan?

Rakyat Malaysia perlu dikekalkan dengan cara hidup mengikut acuan tersendiri. Percayalah! Apa yang terbukti, berpegang kepada prinsip-prinsip asas yang sedia ada serta bersandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan sejak sekian lama, Malaysia kekal stabil, makmur, progresif. Justeru, hakikat ini tidak perlu diungkit dan diperbahaskan lagi.

ISLAM
Dilihat lebih jauh, ramai yang tertanya-tanya tentang ke mana hilangnya Biro Tata Negara (BTN)? Ke mana perginya Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)?

Ditanya bukan kerana namanya, tetapi kerana peranan berkesan agensi-agensi itu membekalkan kesedaran generasi muda Melayu tentang jati diri mereka, tentang siapa mereka? Apa hak dan keistimewaan mereka yang sepatutnya mereka miliki di bumi bertuah ini?

Malang, jika BTN dan Jasa lenyap kerana sentimen politik. Atau apakah penghapusan agensi-agensi ini atas desakan mana-mana pihak? Tetapi kenapa?

Sebelum ini pun, memang ada desas-desus pihak-pihak tertentu tidak senang wujudnya BTN dan Jasa. Sehingga, ada juga tergamak mempersoalkan apa rasionalnya diwujudkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)?

Turut tidak lagi beroperasi ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tidak diketahui, atas rasional apa program bagi memberi latihan kendiri dan pemupukan semangat kenegaraan kepada anak-anak muda itu dihentikan.

Tidak cukup dengan itu, ada suara yang mengesyorkan agar penyampaian khutbah Jumaat tidak disiarkan secara langsung melalui radio atau televisyen.

Dan dikatakan bahawa di semua peringkat institusi-institusi pendidikan sudah lama tidak lagi kedengaran tentang subjek ketatanegaraan.

Pun kedengaran pengesyoran supaya mata pelajaran Pendidikan Islam tidak diajar di sekolah-sekolah secara formal?

Baguslah, jika sudah ada entiti baharu menggantikan BTN, Jasa dan PLKN. Di sekolah-sekolah khabarnya Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib.

Persoalan penting, sejauh mana semua agensi dan pendekatan itu benar-benar dapat menepati keperluan membekalkan kesedaran tentang jati diri terhadap anak-anak muda khususnya Melayu.

Bahawa memahami aspek kenegaraan suatu keperluan. Bukan saja untuk orang muda, malah untuk golongan dewasa.

Aspek kenegaraan merangkumi menyedarkan semua tentang hak, menelusuri tapak dan asas, memahami sistem nilai dan peradaban, bahasa dan budaya serta tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Agar masing-masing dapat menempatkan diri pada situasi yang selesa, harmoni tanpa ragu dan berunsur prejudis.

Rujukan yang paling baik ialah Rukun Negara. Lima prinsip di dalamnya jika benar-benar dihayati bersama roh kesedaran mendalam tentu akan dapat memandu ke arah kehidupan yang lengkap, damai dan sejahtera. Jadi, hormatilah Rukun Negara!

Jangan remehkan benih yang kecil, tetapi bajailah agar benih itu bakal menegakkan sepohon pohonan rimbun yang mampu dijadikan teduhan ramai selain buahnya lebat enak manis dinikmati bersama.

Oleh: DATUK Sayuti Mukhtar
Penganalisis sosiopolitik tanah air


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/jangan-nanti-menggigit-jari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 339 hits
Pergilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikat...
10 Makanan Ini Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk Tapi Ingat Jangan Main Letak Aje

10 Makanan Ini Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk Tapi Ingat Jangan Main Letak Aje

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 248 hits
10 Makanan Ini Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk Tapi Ingat Jangan Main Letak Aje PETI sejuk sentiasa menjadi penyelamat kepada mak mak terutama sekali apabila terbeli makanan secara berlebihan Kalau boleh semua benda nak disumbat dalam p...
Jangan Lebih Ringan Daripada Kapas

Jangan Lebih Ringan Daripada Kapas

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 210 hits
JANGAN LEBIH RINGAN DARIPADA KAPAS Assalammualaikum wbt Bila tengok kapas halus lembut gebu dan ringan Putih sangat Lebih ringan berbanding tisukan Barangkali kerana strukturnya yang lembut dan halus itulah kapas sering menjadi pilihan untu...
Era Ph Harga Sayuran Terkawal Kerajaan Bn Jangan Berdolak Dalik Sim Tze Tzin

Era Ph Harga Sayuran Terkawal Kerajaan Bn Jangan Berdolak Dalik Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 246 hits
Harga barang keperluan terutama sayur sayuran yang melambung ketika ini adalah sepenuhnya kelemahan kerajaan BN kerana pada era pemerintahan Pakatan Harapan tidak berlaku kenaikan setinggi sekarang Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian ...
Hiburan Harga Terlalu Marhaen Jangan Risau Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Hiburan Harga Terlalu Marhaen Jangan Risau Ini Resepi Kari Sotong Mamak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 397 hits
Sedia maklum sejak kebelakangan ini banyak isu yang tular berkenaan dengan harga makanan di restoran bermula dari ikan siakap dan selepas itu sotong pula Tidak boleh dinafikan restoran mamak merupakan salah satu pilihan utama makanan rakyat...
Kor Ming Diingat Jangan Main Api Bangkit Kemarahan Melayu

Kor Ming Diingat Jangan Main Api Bangkit Kemarahan Melayu

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 271 hits
Oleh Zuhayati Yazid Syor Bumiputera tak realistik hanya untungkan DAP BANGI Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming diingatkan supaya tidak bermain api dan berpijak di bumi nyata dalam membuat sesuatu permintaan Ini susulan tindakan beka...
Jaksa Agung Ingatkan Penanganan Korupsi Jangan Lupakan Perbaikan Sistem

Jaksa Agung Ingatkan Penanganan Korupsi Jangan Lupakan Perbaikan Sistem

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 204 hits
Burhanuddin mengajak seluruh jajaran untuk mengubah cara berpikir dalam pemberantasan tindak pidana korupsi dengan turut berorientasi pada perbaikan sistem
Jangan Biar Saja Tapis Cerita Kartun Anak Biar Content Tak Tersasar

Jangan Biar Saja Tapis Cerita Kartun Anak Biar Content Tak Tersasar

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 304 hits
Disaat kita menapis segala jenis cerita tontonan anak anak ada waktunya kita terlepas pandang Cerita kartun yang kita rasakan bersih content di dalamnya adakalanya tersasar hingga meninggalkan kesan pada anak Menurut Penulis Keibubapaan ini...
Lirik Jangan Pasrah Ari Lasso

Lirik Jangan Pasrah Ari Lasso

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 280 hits
yang dengarkanlahku tulis lagu tentang kitayang bahagialahlagu ini tentang cintakuingin membuatmu bahagiakuingin lihatmu ceriakita kan lewati hari yang indahlupakan semua duka larayang nyanyikanlahlagu ini sederhanayang percayalahkita kan b...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna