Era Ph Harga Sayuran Terkawal Kerajaan Bn Jangan Berdolak Dalik Sim Tze Tzin







Harga barang keperluan, terutama sayur sayuran yang melambung ketika ini adalah sepenuhnya kelemahan kerajaan BN kerana pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) (2018 - 2020) tidak berlaku kenaikan setinggi sekarang.
Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, kerajaan BN tidak faham mengenai rantaian bekalan atau supply chain sejak dari ladang hingga ke kedai runcit sebab itu mereka gagal mengawal harga.
"Kita tahu harga barang sebenarnya berkaitan supply chain, contohnya katakan ayam, dia ada input makanan ayam, lepas itu reban ayam, elektrik, air, pengangkutan, rumah sembelih, pembungkusan dan pasar.
"Kerajaan kena lihat keseluruhan masalah yang menyebabkan harga ayam naik. Cari penyelesaian.
"Sayur pula lihat kepada kos baja, racun. Penanaman di kebun sayur adakah cukup tenaga buruh? Sekarang masalah pekerja asing. Lepas itu kita tengok supply and demand. Katakan demand sawi tinggi tetapi supply rendah kerana mungkin masalah hujan, masalah cuaca tidak baik.
"Kalau isu ini perlu penyelesaian berlainan. Sayur dari kebun masuk lori sampai ke pasar borong dan kedai runcit, ada supply chain yang panjang. Kementerian sekarang ini seperti tidak ambil tahu supply chain menyebabkan harga barang naik mendadak," katanya.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, kerajaan tidak boleh mengatakan kenaikan harga sayur hanya khabar agin atau hanya ditimbulkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sahaja.
Kata Sim, mereka perlu mengkaji dan menyelesaikannya.
"Bila mereka jawab di Parlimen, Timbalan Menteri kata harga naik hanya hear say CAP. Ini adalah state of denial.
"Semalam saya turun ke pasar Sungai Ara di Bayan Baru. Rata rata mengadu kepada saya tentang kenaikan harga barang. Apabila saya tanya kenapa, saya dapati peniaga pun menderita apabila sayur sampai kepada mereka dengan harga tinggi.
"Dulu boleh untung RM1, sekarang untung 30 sen. Kalau mereka kekalkan untung, pelanggan tidak mahu beli kerana mahal.
"Jangan ingat peniaga mesti untung apabila harga tinggi. Katakan dulu mereka jual RM3, untung RM1. Kalau dapat RM5, mereka jual RM5.50 nanti mahal sangat orang tak mau beli.
"Kerajaan kena betul betul kaji supply chain," katanya.
Sim berkata, kerajaan BN seharusnya mencontohi keadaan harga terkawal pada era pemerintahan PH yang mana rakyat tidak tertekan berbelanja, apatah lagi ketika musim perayaan.
"Masa PH kita berjaya mengawal supply chain. Ini kejayaan yang sangat besar, yang banyak tidak menghargai. Di mana Kementerian Pertanian dan KPDNHEP, kami bersama sebagai satu pasukan. Di mana komunikasi selalu berlaku. Kita buat kajian supply chain bersama. Saya tak pasti kerajaan sekarang buat atau tidak.
"Itu yang orang pandang enteng. Saya rasa sekarang orang rindu zaman PH. Rakyat boleh rayakan perayaan dengan tenang dan dengan lebih selesa.
"Sekarang belum raya pun rakyat sudah tertekan. Dalam bulan Februari saya tidak pasti harga macam mana. Krismas sudah seperti ini, Tahun Baharu Cina mungkin lebih teruk.
"Kerajaan jangan berdolak dalik dan jangan takut ambil tanggungjawab," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/era-ph-harga-sayuran-terkawal-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barang Naik Kerajaan Bn Tidak Tahu Guna Big Data Pantau Bekalan Sim Tze Tzin

Barang Naik Kerajaan Bn Tidak Tahu Guna Big Data Pantau Bekalan Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 261 hits
Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020 Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan t...
Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 214 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional terserlah apabila isu satu pentadbiran menguruskan dua buah sekolah tidak selesai walau sudah mengambil masa selama setahun Lebih malang lagi menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Yze Tzin beliau telah ...
Malaysia Perlu Kembali Aktif Dalam Hal Ehwal Antarabangsa Sim Tze Tzin

Malaysia Perlu Kembali Aktif Dalam Hal Ehwal Antarabangsa Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 177 hits
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Hal Ehwal Antarabangsa pada minggu ini mungkin akan menjadi pemangkin penglibatan Malaysia yang lebih aktif dalam hal ehwal antarabangsa Malaysia yang pernah suatu ketika dahulu memainkan p...
Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

Bergambar Demo Harga Barang Naik Sany Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Turunkan Harga Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 427 hits
November 29 2021 Pemuda Amanah dan biro mobilisasi parti itu turun ke jalan raya hari ini untuk melakukan flash mob di 14 lokasi di seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan asas Flash mob itu diada...
Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

Kerajaan Bn Tak Reti Guna Big Data Elak Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 204 hits
Rakyat Malaysia rugi apabila kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh BN dan PN melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020 Sekiranya kerajaan PH masih berkuasa pemantauan harga dan agihan bekalan makanan ketika ini telah dilakukan menggunakan t...
Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

Kerajaan Gps Sarawak Gagal Kawal Harga Barang Keluarga B40 Sensara

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 254 hits
Kegagalan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak mengawal harga barang di negeri itu amat dikesali Menurut Ketua Wanita KEADILAN Cabang Sibuti Sarawak Zulhaidah Suboh tiada alasan kukuh yang boleh diberikan oleh kerajaan GPS berikutan kenaikan har...
Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

Harga Baja Racun Naik Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 178 hits
Sebagai respons awal kerajaan telah memperuntukkan RM232 juta BELURAN Kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga ...
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Ti

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 236 hits
Anwar Ibrahim Krisis Terkait Harga Barang Kerajaan Dah Gagal Kerana Tidak Mengambil Langkah Segara
Jangan Hanya Salahkan Peniaga Naik Harga Barang Lim Guan Eng Tegur K

Jangan Hanya Salahkan Peniaga Naik Harga Barang Lim Guan Eng Tegur K

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 249 hits
Ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi yang memberi amaran kepada peniaga peniaga sekiranya menaikkan harga barang lebih awal menjelang perayaan...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin