Jangan Mimpi Anwar Jatuh Bulan Lapan Ini


 


Kalau dengar ucapan pemimpin-pemimpin PN ketika kempen PRN yang sedang berlangsung sekarang, tiada lain yang paling banyak keluar daripada mulut mereka melainkan gembar-gembur Anwar Ibrahim akan jatuh pada bulan lapan (Ogos) ini.
Daripada Mahiaddin Md Yasin, Azmin Ali, Sanusi Md Nor dan sejumlah ramai lainnya, itulah naratif yang sedang mereka bina sebagai jajaan agar pengundi di enam negeri memberi sokongan kepada PN pada 12 Ogos nanti.
Paling syok bila dengar Mahiaddin yang sebelum ini pernah dicop sebagai Perdana Menteri paling gagal yang antara lain menyebut dalam satu ucapannya – “selepas PRN nanti melalui kemenangan yang dicapai oleh PN, maka Anwar akan jatuh kerana terbukti beliau tidak pandai mentadbir negara”.
Ehh…ehh…apa kena mengena keputusan PRN dengan pandai atau tidak pandai Perdana Menteri dalam mentadbir negara?
Mahiaddin selama 17 jadi Perdana Menteri yang dicop paling gagal sebelum ini, adakah beliau pandai sangat mentadbir negara?
Kemudian, disebabkan para pemimpin PN tidak henti-henti bercakap Anwar akan jatuh pada bulan lapan iaitu selepas berakhirnya PRN pada 12 Ogos, ahli dan penyokong PN pun turut sama ghairah menjaja naratif yang serupa.


Bila berjumpa dengan kita, mereka mula sibuk bertanya – betulkah Anwar akan jatuh bulan lapan ini?
Hairan kan…mereka yang nak jatuhkan Anwar, tapi mereka pula yang bertanya kepada kita – betulkah Anwar akan jatuh?
Apakah tanda semua itu?
Ia tidak lain menunjukkan mereka sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada Anwar akan jatuh atau tidak.
Persoalannya, macam mana Anwar boleh jatuh atau boleh dijatuhkan selepas berakhirnya PRN nanti?
Berkurangkah majoriti dua pertiga atau kedudukan 148 Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan dan Anwar, katalah jika PN menang empat atau lima negeri pada PRN nanti?
Malah kalau keenam-enam negeri sekali pun berjaya disapu bersih oleh PN, celah mana Anwar boleh tumbang kerananya?
Pertama, PRN adalah bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri, bukan menentukan jatuh bangun Perdana Menteri.
Suara atau undi Adun tidak laku di Parlimen dan oleh itu, tiada kaitan keputusan PRN boleh menyebabkan jatuhnya Anwar.
Kedua, harus difahami bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk membuang seorang Perdana Menteri daripada jawatannya.
Perdana Menteri hanya boleh dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau jika dia sendiri menjatuhkan dirinya dengan cara berundur diri atau meletak jawatan sepertimana dilakukan Mahiaddin sebelum ini.
Selagi seseorang Perdana Menteri itu tidak dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau beliau tidak meletak jawatan, dia akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehinggalah Parlimen dibubarkan.
Ketiga, oleh sebab sekarang ini akta lompat parti telah berkuatkuasa, ini bererti Ahli Parlimen tidak laku lagi untuk menjaja akuan bersumpah mereka bagi menyokong sesiapa.
Semua Ahli Parlimen tertakluk kepada keputusan parti tentang arah tuju sokongan mereka.
Begitu pun, jika ada usul undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen bebas memberikan sokongan mereka.
Jadi, selepas PRN ini, apa sekali pun keputusan pilihan raya itu, sementara memang tidak mustahil untuk menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri, ia tetap memerlukan pembentangan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Beranikah PN membawa usul tersebut?
Atau sedia dan benar-benar beranikah Mahiaddin yang ada kes mahkamah dan kini tergolong dalam kluster mahkamah mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar dan menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi?
Jika tiada yang berani membawa usul atau kalau bawa usul pun tetapi tidak menang, bermakna Anwar akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU16 atau sehingga tahun 2027 akan datang.
Ketika itu iaitu kira-kira empat tahun daripada sekarang – mana tahu – entah-entah Mahiaddin masuk penjara lebih dulu.
Penyudahnya nanti, jangankan di alam realiti, di dalam mimpi pun Anwar tetap tak berjaya dijatuhkan juga. – ShahbudinHusin 04/08/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/jangan-mimpi-anwar-jatuh-bulan-lapan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 197 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak kisah dengan mana mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya namun meminta agar dirinya tidak difitnah Anwar mengakui dirinya bukanlah Tok Guru justeru jika ada sebarang kesalahan b...
Foto Angkat Tangan Anwar Suntingan Pas Jangan Terus Sebar Berita Palsu

Foto Angkat Tangan Anwar Suntingan Pas Jangan Terus Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 224 hits
Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dinasihatkan agar jangan meneruskan kerja kotor menyebar berita palsu kononnya gambar pada 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sebelah tangan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah has...
Sanusi Plot Tangkap Jatuh Kredibiliti Saya Dirancang 6 Bulan Lalu

Sanusi Plot Tangkap Jatuh Kredibiliti Saya Dirancang 6 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 195 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mendakwa plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu susulan maklumat rakannya memberi amaran tindakan akan diambil atas kritikan terbukanya terhada...
Muhyiddin Files Defamation Suit Claims Damages Commensurate With Anwar S Rm200m Compensation Demand

Muhyiddin Files Defamation Suit Claims Damages Commensurate With Anwar S Rm200m Compensation Demand

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 241 hits
Perikatan Nasional chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin had on Thursday filed a defamation suit against Datuk Seri Anwar Ibrahim regarding the current prime minster s comments on the Federal Land Development Authority settlers debt fiasco In h...
Anwar Menteri Ambil Tanah Balak Akan Dilucut Jawatan

Anwar Menteri Ambil Tanah Balak Akan Dilucut Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 172 hits
BernamaDUNGUN Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mengizinkan mana mana Jemaah Menteri atau pemimpin bawah kerajaan pimpinannya mengambil tanah atau hasil aktiviti pembalakan Beliau berkata mana mana menteri dan pemimpin di...
Hutang Felda Muhyiddin Heret Anwar Ke Mahkamah

Hutang Felda Muhyiddin Heret Anwar Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comMuhyiddin Yassin memfailkan writ saman ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penghapusan hutang peneroka Felda yang menyaksikan kedua dua pemimpin politik itu terbabit dalam pertikaian Saman berkenaan difailkan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri