Jangan Merengek Runding Bantu Rakyat Tegas Pm


 
Anwar Ibrahim berkata ada pemimpin memilih mencaci kerajaan sehingga rakyat meluahkan kemarahan di media sosial. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Beliau berkata sebaliknya pemimpin harus memilih untuk berunding dengan kerajaan, agar dapat bekerjasama membantu rakyat tanpa mengira kaum dan bersama membangunkan negara.
Katanya pendekatan terbaik ialah bekerjasama dan berunding dengan baik, agar mendapat perhatian kerajaan untuk bersama mengangkat martabat semua suku kaum dan wilayah.
“Ada (pemimpin) memilih untuk bekerjasama (dengan kerajaan) dan ada yang memilih untuk hanya mencaci dan melihat semuanya tak betul. Akhirnya masyarakat marah-marah, guna media sosial maki hamun,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), di sini hari ini.
Dalam hal ini, Anwar berkata beliau menghormati pandangan Presiden MIC S Vigneswaran yang memilih untuk datang berdepan dengannya dengan membawa masalah masyarakat India, demi mendapat perhatian kerajaan bagi membantu golongan tersebut.
Beliau berkata pemimpin sama ada dari PKR, MIC dan DAP memilih berunding untuk membantu dan meningkatkan mutu hidup rakyat dari semua kaum.
“Ini cara yang harus dipilih. Membina negara dan bekerja sebagai satu pasukan, bukan menggunakan forum untuk mengutuk dan memfitnah dan menafikan sebarang sumbangan positif oleh kerajaan,” katanya.
Anwar berkata selepas menempuh pelbagai cabaran hidup dan apabila menjadi perdana menteri, beliau memberi jaminan kepada semua kaum untuk berkhidmat dan menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia.
Beliau juga mengingatkan agar bibit-bibit perkauman disingkirkan dan semua kaum harus diangkat martabatnya untuk menjadikan Malaysia berjaya, gagah dan hebat semula.
Perdana Menteri berkata pemimpin yang melaga-lagakan antara kaum, hanya mendatangkan keuntungan kepada mereka sendiri, mendatangkan undi tambahan dan kekayaan tetapi akhirnya merugikan rakyat.
“Pergaduhan antara kaum untungkan kelas atasan, miskinkan golongan bawah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/jangan-merengek-runding-bantu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hina Pengundi Kkb Rakyat Selangor Dengan Hantar Penipu Sebagai Wakil Rakyat

Jangan Hina Pengundi Kkb Rakyat Selangor Dengan Hantar Penipu Sebagai Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 514 hits
HarapandailyPengarah Strategi Keadilan Selangor Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional harus bertanggungjawab berhubung isu status akademik calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala...
Hadi Kritik Negara Negara Bantu Rakyat Palestin Tinggalkan Gaza

Hadi Kritik Negara Negara Bantu Rakyat Palestin Tinggalkan Gaza

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 198 hits
Malaysiakini nbsp Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkritik negara negara yang memudahkan rakyat Palestin yang mahu melarikan diri dari Gaza Dalam catatan Minda Presidennya semalam Abdul Hadi tidak menamakan secara khusus negara tersebut nam...
Video Pesan Tegas Jokowi Ke Warga Sekolahkan Sertifikat Boleh Jangan Buat Beli Motor

Video Pesan Tegas Jokowi Ke Warga Sekolahkan Sertifikat Boleh Jangan Buat Beli Motor

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 180 hits
Presiden Joko Widodo bersama Kementerian ATR BPN menyerahkan 10 323 sertipikat tanah program Redistribusi Tanah untuk rakyat di Kabupaten Banyuwangi
Video Tegas Hakim Mk Saldi Isra Ingatkan Dpr Jalankan Hak Angket Pemilu Jangan Lepas Tangan

Video Tegas Hakim Mk Saldi Isra Ingatkan Dpr Jalankan Hak Angket Pemilu Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 167 hits
Saldi Isra tegas mengingatkan DPR untuk tetap menjalankan fungsi hak angket sebagai lembaga politik
Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 619 hits
GSK Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa dalam kalangan Rakyat Malaysia Assalamualaikum semua Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara Dengan memastikan indiv...
Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

Prk Kuala Kubu Baru Soal Jawab Calon Dap Dengan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 490 hits
Tergagap juga nampak nak jawab Dan yang menarik pakai songkok Calon DAP Gagap nak jawab persoalan orang tempatan Hahaha BN tak join sekali ker kempen BANkami TV
Parti Keadilan Rakyat Killing Me Softly

Parti Keadilan Rakyat Killing Me Softly

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 328 hits
PKR s decline into irrelevancy Murray Hunter Strumming my pain with his fingers Singing my life with his words Killing me softly with his song Killing me softly with his song Telling my whole life with his words Killing me softly with his s...
Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 280 hits
HarapandailyOrang ramai dilihat mengecam kempen Solidariti Bersama Pejuang Rakyat yang turut memetik al Quran selepas Chegu Bard dan Papagomo ditahan Kempen menerusi laman X Suara Anak Muda Official itu turut menyertakan tanda pagar Justice...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Kelas Belakang

Isma Sane Dirimu Diriku Chord

Bukan Buat Buat Sakit Ini Perjuangan Dalam Senyap

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tengku Muhammad Iskandar Curi Perhatian Seloroh Berat Bawa Pulang Emas Sea Games

Polis Tunggu Keputusan Kimia Dna Kes Janin Bayi Dalam Lori Sampah