Jangan Mengelirukan Pengguna Islam Menteri Agama Beri Amaran


“Jangan mengelirukan pengguna Islam,” – Menteri Agama Beri Amaran
“Jangan mengelirukan pengguna Islam.”
Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung isu penanda halal “Muslim Choice” yang diperkenalkan oleh pertubuhan Muslim Friendly Watch (MFW).
“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM untuk segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada pihak Muslim Friendly Watch (MFW) agar menarik balik segala bentuk promosi dan pengiktirafan “Muslim Choice” yang boleh mengelirukan pengguna Islam.
“Sekiranya pihak MFW gagal mematuhi amaran yang diberikan oleh JAKIM, setelah berbincang dengan YBM Datuk Armizan Mohd Ali , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan penyalahgunaan logo halal atau sebarang bentuk pengiktirafan yang mengelirukan,” tambah beliau.
Gambar: Dato’ Setia Dr. Naim Kenyataan rasmi JAKIM sebelumnya Terdahulu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, dalam kenyataan bertarikh 2 November lalu, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima maklumat mengenai isu terbabit.
“JAKIM telah menerima maklumat mengenai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang dikenali MFW, yang telah memperkenalkan pengiktirafan “Muslim Choice” kepada para pengusaha yang menepati syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh pertubuhan tersebut dengan tujuan memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk atau premis yang diiktiraf adalah berkualiti, bersih dan selamat serta selari dengan prinsip Islam.
“Jabatan ini telah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 dan telah memaklumkan bahawa pengiktirafan “Muslim Choice” yang dijalankan oleh pertubuhan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat pengguna serta memohon supaya aktiviti tersebut dihentikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri, pihak MFW dikesan masih meneruskan aktiviti tersebut,” jelas beliau.
“Muslim Choice” bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal diiktiraf pihak berkuasa Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa penggunaan istilah seperti “Muslim Choice” atau seumpamanya yang diperkenalkan oleh mana-mana pihak, termasuk Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW), bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Malah, ia boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.
“Berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan,” jelas beliau lagi.
Hanya JAKIM, MAIN/JAIN diberi kuasa keluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Tambah beliau, sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam, yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain JAKIM atau MAIN/JAIN, adalah tidak sah. Malah, ia turut menyalahi peraturan.
“la juga boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim.
“Justeru, semua pihak diingatkan untuk tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang boleh memberi tanggapan halal tanpa pengesahan daripada JAKIM atau MAIN/JAIN,” kata beliau.
BACA: Menteri Agama Buat Lawatan Tanpa Notis Ke Kaunter MAIWP
Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim, JAKIM 
The post “Jangan mengelirukan pengguna Islam,” – Menteri Agama Beri Amaran appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/jangan-mengelirukan-pengguna-islam-menteri-agama-beri-amaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguna Kini Boleh Buka Akaun Bank Islam Melalui Aplikasi Bimb Mobile

Pengguna Kini Boleh Buka Akaun Bank Islam Melalui Aplikasi Bimb Mobile

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 170 hits
Bank Islam kini memudahkan urusan pembukaan akaun melalui aplikasi BIMB Mobile membolehkan pengguna mendaftar terus dari telefon pintar tanpa perlu mengisi borang atau beratur panjang di kaunter Melalui BIMB Mobile pengguna boleh memilih je...
Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

Program Townhall Bersama Menteri Besar Pahang Berjaya Mendapat Sambutan Menggalakkan Daripada Rakyat Negeri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Program Townhall Rakyat Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang diadakan di sini menerima sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata program berkenaan menjadi platfor...
Tokoh Islam Ini Cipta Alat Bedah Sebelum Barat Kenal Pembedahan

Tokoh Islam Ini Cipta Alat Bedah Sebelum Barat Kenal Pembedahan

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 234 hits
Al Zahrawi Pakar Bedah Lagenda dari Andalusia dan Bapa Bedah Moden DuniaBIODATA RINGKASAbu al Qasim Khalaf ibn al Abbas al Zahrawi atau lebih dikenali sebagai Al Zahrawi merupakan seorang pakar bedah Islam yang dianggap sebagai pelopor kepa...
Serangan Di Luar Mahkamah Islamabad Ragut 12 Nyawa 27 Cedera Menteri

Serangan Di Luar Mahkamah Islamabad Ragut 12 Nyawa 27 Cedera Menteri

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 157 hits
Serangan Di Luar Mahkamah Islamabad Ragut 12 Nyawa 27 Cedera Menteri ISLAMABAD 11 Nov Sekurang kurangnya 12 orang terbunuh dan 27 lagi cedera pada Selasa dalam serangan berani mati di luar kompleks mahkamah di ibu negara Pakistan Islamabad ...
Selepas Ewon Letak Jawatan Menteri Apakah Mungkin Disusuli Upko Pula Dibawa Keluar Ph

Selepas Ewon Letak Jawatan Menteri Apakah Mungkin Disusuli Upko Pula Dibawa Keluar Ph

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 199 hits
9 November 2025Sehari sebelum kedatangan Anwar Ibrahim ke Sabah untuk majlis pengumuman calon PKR pada malam ini seorang menteri kabinet kerajaan madani membuat kejutan meletakkan jawatan Ewon Benedick Menteri Pembangunan Usahawan dan Koper...
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Komunikasi Ppim 06 11 2025

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Komunikasi Ppim 06 11 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 209 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Komunikasi YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di Pejabat Kementerian Komunikasi Parlimen Malaysia Antara perkara yang dibincangkan adalah isu sindiket penipuan telef...
Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Sekelip Mata Berada Di Bangi Shah Alam Selangor Kkia Klia Semalam

Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara

Permohonan Mylesen B2 Jpj Putrajaya

Peguam Gesa Bukit Aman Siasat Kes Polis Melaka Tembak Mati 3 Lelaki

Kenapa Wanita Perlu Faham Konsep Nafkah

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


11 Snek Kenyang Tanpa Rasa Bersalah

Bagaimana Packaging Custom Meningkatkan Nilai Produk Anda Tanpa Sedar

Di Balik Keindahan Rahsia Rumah Menawan

Croesus It Merancang Untuk Mengembangkan Langkah Serantau Selepas Penyenaraian Di Bursa

Makluman Pengaktifan Bilik Gerakan Bencana Kesuma

Polis Nafi Salah Guna Kuasa Serbuan Spa Songsang Ikut Sop Semuanya Sah Kp Kl