Jangan Lupa Golongan T20 Juga Warganegara Dan Pengundi Ya



Kumpulan T20 atau Top 20% mewakili 20% pendapatan isi rumah tertinggi di Malaysia. Golongan T20 dianggap berpendapatan tinggi, dimana pendapatan bulanan mereka melebihi RM10,971 sebulan.
Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, terdapat 1.49 juta isi rumah T20 dan mereka merupakan 46.8% dari jumlah pendapatan isi rumah di Malaysia.
Dan seramai 2.2 juta ahli T20 mempunyai nilai simpanan keseluruhan RM597 Bilion di dalam KWSP pada April 2020.
Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022 jumlah pemilih ialah 21,173,638 orang.
Dari jumlah ini golongan T20 menyumbang kepada lebih dari 10 peratus undi secara keseluruhan dalam Pilihanraya..
Jadi jangan lupa mereka juga adalah pengundi ya..
JANGAN LUPA GOLONGAN T20 JUGA WARGANEGARA
GOLONGAN T20 adalah penyumbang terbesar selaku pembayar cukai dengan jumlah kutipan RM33.68 bilion atau 85 peratus daripada kategori berkenaan pada tahun lalu.
Mereka tidak culas walaupun telah kehilangan keistimewaan seperti subsidi tunai haji, biasiswa atau pinjaman pelajaran anak-anak yang dikurangkan dan terbaharu tarif elektrik juga mahu disenaraikan.
Ketika Samuel Morse menemukan teknologi komunikasi te­legraf pada kurun ke-17, dia tidak pula menetapkan bayaran yang berbeza-beza mengikut kategori pendapatan penduduk Eropah ketika itu kerana tujuan membangunkan teknologi tersebut untuk faedah manusia sejagat.
Pengayaan teknologi sepatutnya untuk faedah rakyat kese­luruhannya dan bukannya dibezakan mengikut kumpulan tertentu sehingga mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan warganegara yang merasakan diperlakukan seperti pendatang asing di negara sendiri.
Pada masa yang sama golongan B40 tidak termasuk sebagai pembayar cukai, hanya kerana ketetapan kerajaan mereka yang berpendapatan di bawah RM4,850 sebulan ‘dilepaskan’, sedangkan ramai tidak menyedari ada yang tidak mengisytiharkan pendapatan sebenar.
Ramai mendakwa ahli B40 sedangkan mereka menjalankan perniagaan sendiri yang tidak didaftarkan. Atas alasan tidak memiliki penyata pendapatan, mereka layak mendapat pelbagai keistimewaan walaupun hakikatnya kehidupan golongan itu tidaklah seteruk disangkakan.
Di sini timbul persepsi adakah bancian terhadap rakyat Malaysia menggambarkan senario sebenar pendapatan isi rumah?
Tafsiran golongan T20 mengikut terjemahan segelintir menteri ialah hartawan yang memiliki rumah besar, berharta dan simpanan tunai yang tidak pernah kering walaupun hakikatnya orang kaya juga berhutang. Golongan ini adalah ahli perniagaan yang berjaya atau berjawatan besar.
Namun, bagi golongan T20 yang makan gaji, sempadan pendapatan mereka dibezakan dengan beberapa ringgit, puluhan atau ratusan ringgit sahaja daripada kelompok M40. Pada masa yang sama mereka terpaksa membayar kos sara hidup yang semakin tinggi.
Jika pendapatan isi rumah bagi sebuah keluarga ialah RM10,900 sebulan, adakah mereka layak diletakkan dalam kumpulan T20 jika menanggung tujuh atau lapan orang anak.
Pada masa sama mereka juga menyara ibu bapa, belum lagi hutang rumah, kenderaan dan kos sara hidup tidak termasuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jika ditolak semua kos dengan mengambil kira potongan cukai pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agak-agak berapakah baki yang tinggal dalam kocek?
Itu belum lagi mengambil kira mereka yang tinggal di bandar-bandar besar terutamanya di Lembah Klang. Sebenarnya mereka ini sudah pun tergolong dalam kelompok M40 atau B40.
Dalam mengatasi isu ini, kerajaan perlu melihat rakyat T20 juga adalah warganegara yang mempunyai hak-hak dalam kitaran ekonomi yang tidak menentu. Mereka adalah pembayar cukai yang sewajarnya menerima balasan setimpal, sama seperti kumpulan B40 dan M40.
Janganlah ditarik semuanya sehingga tiada satu pun yang tinggal. Sebaliknya mereka wajar mendapat potongan tertentu dan pada masa yang sama semakan semula data pendapatan isi rumah perlu dikemas kini agar keadilan itu dapat dilaksanakan. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/jangan-lupa-golongan-t20-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Mulut Longkang Sanusi Jangan Lupa Saidina Umar Juga Kaya

Jenis Mulut Longkang Sanusi Jangan Lupa Saidina Umar Juga Kaya

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 285 hits
Wan Ji Wan HussinMinggu lepas saya berbual dengan seorang pemimpin PKR Saya bertanya kenapa perlantikan semua jawatan penting dalam institusi Islam dalam Kerajaan Perpaduan mesti orang daripada Abim kalau tidak Abim pun mesti dari saluran A...
Jalan Jalan Tumpat Jangan Lupa Singgah Pantai Geting Dan Cari Makan Sedap Sedap

Jalan Jalan Tumpat Jangan Lupa Singgah Pantai Geting Dan Cari Makan Sedap Sedap

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 410 hits
Assalamualaikum Macam biasalah kita playing tourist kat Negeri Kelantan nie bila balik kampung Bawa anak anak jalan jalan bagi kenal negeri kelahiran dedi dorang Mama pun sama juga sebab kalau balik Kelantan mesti nak cari tempat menarik ka...
Kes Jill Ireland Hamzah Zainuddin Jangan Kelirukan Rakyat

Kes Jill Ireland Hamzah Zainuddin Jangan Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 308 hits
Percubaan pembangkang menegakkan benang basah dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam terus dikecam Terbaharu anggota Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Harapan membidas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin yang m...
9 Kejahatan Cinta Yang Banyak Memakan Korban Jangan Jangan Kamu Salah Satunya

9 Kejahatan Cinta Yang Banyak Memakan Korban Jangan Jangan Kamu Salah Satunya

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 378 hits
Pemberi Harapan Palsu belum ada apa apanya dibanding hal hal ini Jangan jangan kamu pernah mengalami
Kita Ni Isteri Tak Bekerja Kena Pandai Menyimpan Isteri Black Nasihat Jika Suami Tak Mampu Jangan Sibuk Nak Mewah

Kita Ni Isteri Tak Bekerja Kena Pandai Menyimpan Isteri Black Nasihat Jika Suami Tak Mampu Jangan Sibuk Nak Mewah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 279 hits
Isteri kepada penyanyi Black Hanifah Naquai Yasirah Mohd menasihati golongan isteri terutama suri rumah sepertinya agar pandai berbelanja serta tidak boros dengan duit suami supaya dapat dimanfaatkan pada perkara yang betul Kita sebagai bin...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun