Jangan Lupa Bn Jatuh Kerana Tun Mahathir Dalam Ph



Khairuddin Abu Hassan, Astro Awani
SEJARAH tertulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerajui parti pembangkang dari tahun 1999 sehingga 2013 telah gagal untuk menjatuhkan UMNO serta Barisan Nasional (BN).
Pada waktu itu. UMNO dan BN tidak tergugat langsung dengan kepimpinan Anwar memimpin pembangkang.
Tetapi, dengan izin Allah SWT, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung dengan pembangkang, barulah Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan kleptokrasi.
Jadi, tindakan bekas tokoh pemimpin sosialis, Syed Husin Ali, atau mana-mana individu yang mempertikaikan kemampuan Dr Mahathir mentadbir negara harus dipersoalkan.
Perlu diingat, pengalaman Dr Mahathir memerintah negara selama 22 tahun sebelum ini tidak harus diperkecilkan sesiapa.
Kita imbas kembali, siapa yang merosakkan ekonomi negara ketika gawat tahun 1997? Pada waktu itu, semua dasar kewangan yang dicipta Anwar tidak menjadi sehingga indeks bursa saham kita merudum ke paras bawah 300 mata.
Keadaan ekonomi negara pada tahun 1997 berada dalam keadaan cacamarba. Apakah semua lupa dengan sejarah tersebut?
Datuk Abdul Murad Khalid pada masa itu merupakan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), semua cerita sejarah kewangan negara pada tahun berkenaan tersimpan rapi padanya.
Prinsip kerajaan pada tahun 1997 jelas tidak boleh menerima Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi ingatkah rakyat siapa yang menerima jawatan Pengerusi IMF pada waktu itu?
Dr Mahathir berjuang melawan dasar luar negara Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil pada negara Palestin, Bosnia, Kosovo serta beberapa lagi negara-negara Islam di seluruh dunia tetapi di mana Anwar berada pada waktu itu?
Bagaimana mungkin masih ada pihak kini yang masih tidak ingat jasa Dr Mahathir selama ini dan mahu mengugut jawatan perdana menteri dilepaskan segera. Ia tindakan yang tidak sopan.
Kalangan ini hanya mahu berebut jawatan sesama rakan dalam PH. Mereka tidak pernah memberi sumbangan langsung tetapi hanya pandai bercakap untuk mendesak Dr Mahathir berundur.
Jangan jadikan insiden hitam tahun 1998 dari berulang kembali.
Dr Mahathir sebenarnya tidak perlu membuang masa melayan kerenah kalangan yang kecewa dalam politik. Malahan, Dr Mahathir kini harus terus bekerja kuat untuk membangunkan semula Malaysia Baharu.
Melayan golongan yang tidak rasional dan emosional seperti Seperti Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid atau sesiapa sahaja dalam politik hanya  membuang masa semata-mata.
Dalam politik, satu kelaziman untuk membuat tohmahan tetapi bolehkah mereka membuktikan segala tuduhan yang dibuat?
Sebelum ini juga ada pemimpin yang menyatakan mempunyai berkotak-kotak bahan bukti salah laku pemimpin-pemimpin politik namun sehingga kini masih gagal mempamerkannya kepada keseluruhan rakyat.
Apa jaminan?
Siapa yang boleh memberi jaminan negara akan berjaya dengan cemerlang seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri?
Cakap-cakap kosong seperti yang dilakukan Syed Husin atau mana-mana pihak yang berkiblatkan Anwar boleh menjadi punca atau kemungkinan PH tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak kerana rakyat amat jelik serta mual melihat agenda utama dalam PH hari ini adalah untuk berebut jawatan.
Perlu diingat, dalam mana-mana perjuangan, paling penting adalah keikhlasan dan tanpa jawatan pun, semua pihak boleh membuat pelbagai sumbangan bagi menguatkan PH.
Masa kini, rakyat mahu melihat semua pemimpin dalam PH bersatu hati bergabung tenaga ke arah membina Malaysia Baharu demi menjamin kesejahteraan masa depan bangsa mahupun negara.
Bukan berbalah sesama sendiri untuk berebut jawatan. Mereka yang berbalah ini boleh dianggap tidak matang kerana terlampau sibuk bercakap isu Perdana Menteri kelapan pada saat baru setahun lebih Dr Mahathir menjadi Perdana menteri.
Sekiranya Anwar ikhlas; masa ini dia harus turut menyumbang tenaga membantu Dr Mahathir untuk sama-sama memperbaiki kerosakan negara yang begitu teruk dirosakkan oleh rejim kleptokrasi.
Sebagai persediaan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri kelapan, kenapa Anwar tidak kelihatan berganding bahu dengan perdana menteri masa kini tetapi hanya bercakap mengenai jawatan yang diinginkan sahaja?
Paling rasional, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata, isu peralihan kuasa Perdana Menteri tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perkara itu telah diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.
Sesungguhnya, Syed Husin atau sesiapa pun perlu melihat komitmen Dr Mahathir untuk memimpin negara sehingga sebelum PRU ke-15 adalah usaha mengembalikan asas kekuatan nasional secara gemilang pada waktu itu.
Bukankah faktor itu juga bakal menjamin PH boleh kekal berkuasa selepas PRU ke-15 kelak?
Bagaimana Dr Mahathir ingin bekerja jika masih ada yang bercakap mengenai perebutan kuasa tanpa sebarang sumbangan kepada pembinaan semula negara?
Hakikatnya, tolong jangan keterlaluan untuk bercakap mengenai jawatan Perdana Menteri kelapan yang belum wujud lagi.
Jangan ulang kesilapan lama yang kemungkinannya boleh mengundang semula sejarah hitam tahun 1998. Sentiasa sedar kepada ketetapan tuhan, kepada hukum qada dan qadar.
Seandainya Allah mengizinkan Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan, maka jadilah pengganti Dr Mahathir tetapi sekiranya tuhan kata ia menjadi hak orang lain seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau sesiapa sahaja, maka terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/05/jangan-lupa-bn-jatuh-kerana-tun-mahathir-dalam-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

Jangan Tekan Dr Mahathir Dan Resahkan Anwar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 290 hits
REAKSIApa orang bilang Anwar tetap memayungi Mahathir APABILA Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberi tahu wartawan di New York yang beliau akan jadi PM paling lama pun tiga tahun ramailah yang resah gelisah ada yang membuat tangkap layar la...
Gambar Ibu Gendong Anak Hantar Makanan Undang Sebak Warganet Tular Tapi Jangan Sampai Jatuh Fitnah

Gambar Ibu Gendong Anak Hantar Makanan Undang Sebak Warganet Tular Tapi Jangan Sampai Jatuh Fitnah

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 524 hits
Tular baru baru ini dengan gambar dan cerita seorang ibu penghantar makanan yang menggendong anaknya namun lapor sebuah akhbar wanita tersebut menyatakan yang dia sebenarnya hanya membantu suaminya dengan menggalas beg yang berisi makanan s...
Tun Mahathir Tolonglah Faham

Tun Mahathir Tolonglah Faham

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 344 hits
TUN MAHATHIR TOLONGLAH FAHAM Oleh Dr Tanaka Mustafa1 Tun kita berpakat dalam Pakatan Harapan ini adalah untuk sama sama menjayakan objektif masing masing Parti Tun mahu jatuhkan DS Najib Parti kami mahu DS Anwar jadi PM Parti DAP mahu BN tu...
Gst Kehendak Rakyat Kata Tun Mahathir

Gst Kehendak Rakyat Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 448 hits
Sumber gambar dari The Malaysian ReserveSemalam kecoh di media sosial tentang persediaan kerajaan untuk mengembalikan cukai Barang dan Perkhidmatan Tun Mahahitr berkata kajian akan dilakukan sekiranya Rkayat mahu GST dikembalikan Dipetik da...
Tiada Usaha Bersungguh Sungguh Capai Wawasan 2020 Tun Mahathir

Tiada Usaha Bersungguh Sungguh Capai Wawasan 2020 Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 329 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan terdahulu tidak bersungguh sungguh untuk berusaha mencapai matlamat Wawasan 2020 Jelasnya strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui...
Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

Perpecahan Orang Melayu Menyebabkan Mereka Dipandang Rendah Bangsa Lain Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM Orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa yang diberikan sehingga akhirnya maruah mereka dipijak dan dipandang hina bangsa lain tegas Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata orang Melayu yang menjadi bangsa majoriti di neg...
Tun Mahathir Tolak Tubuh Kerajaan Baharu Libat Umno Pas

Tun Mahathir Tolak Tubuh Kerajaan Baharu Libat Umno Pas

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 329 hits
Teka teki kemungkinan PM Tun Mahathir akan membawa masuk partinya Bersatu ke dalam perikatan Muafakat Nasional dan membentuk kerajaan dominasi Melayu berakhir hari ini apabila beliau mengeluarkan kenyataan menolak inisiatif seumpama itu Sem...
Tun Mahathir Tolak Kajian Populariti Ph Merudum

Tun Mahathir Tolak Kajian Populariti Ph Merudum

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 274 hits
Kajian Merdeka Centre yang menggembarkan populariti kerajaan Pakatan Harapan merudum kepada hanya sekitar 35 peratus ditolak oleh pengerusi gabungan itu Tun Mahathir Mohamad Menurutnya kajian tersebut tidak tepat kerana beliau yakin sokonga...
10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

10 Sebab Kenapa Tun Mahathir Wajar Singkirkan Dap Dan Pkr Demi Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 371 hits
Meneliti setiap patah kata yang keluar daripada ucapan perasmian Kongres Maruah Melayu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ternyata buat kesekian kalinya beliau menzahirkan keresahan dan kebimbangan terhadap maruah orang Melayu yan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage