Jangan Lacurkan Agama Budaya Demi Rating



Jangan lacurkan agama, budaya demi rating
DISANGKA panas tetapi hujan di tengah hari. Peribahasa tersebut boleh dikatakan sesuai menggambarkan situasi yang dilalui aktor terkenal, Zul Ariffin saat dia memuat naik klip adegan panas lakonan bersama Siti Hariesa pada 18 Mac lalu.
Bertalu-talu kecaman, berbakul-bakul makian dan tidak kurang juga bertimpa-timpa kutukan dihumbankan ke mukanya.
Tindakan Zul turut mendapat teguran ramai pihak seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Itulah yang dihadapi Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin sejak lebih seminggu lalu. Tidak cukup dengan itu, namanya turut sohor kini dalam Twitter selama tiga hari berturut-turut dek video persis naskhah porno tersebut.
Perdebatan demi perdebatan, kesanggupan pelakon dan tentang keghairahan golongan selebriti mahupun karyawan mempromosikan produk dengan cara tular, seperti yang dilakukan produksi Perempuan Itu sukar dihentikan.
Melanggar etika dan tidak menghormati agama antara komen yang diberikan orang ramai berkenaan isu tersebut.
Bagaimanapun, usaha Zul yang mengambil pendekatan memohon maaf secara terbuka juga harus dipuji selepas diasak jutaan kecaman orang ramai.
Selain permohonan maaf, dia turut mengemas kini beberapa perkara lain seperti memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung isu video tersebut.
Pilihan, peringatan
Segelintir selebriti berpendapat babak tersebut merupakan satu tindakan satu bentuk pilihan.
Memilih untuk melakonkan babak tersebut dan memuat naik dalam media sosial untuk tontonan umum, boleh diibaratkan seperti menggali lubang untuk tanam diri sendiri.
Begitulah pendapat yang dilemparkan pelakon senior, Didie Alias mengenai isu tersebut.
Baginya, babak sebegitu sangat melanggar etika dan adat serta budaya negara ini.
Turut memberi pandangan peribadi, penyanyi dan pelakon, Awie berpendapat lakonan tersebut merupakan pilihan Zul sendiri dan dia harus menanggung akibat daripada perbuatan tersebut.
“Benda boleh menolak, tetapi dia (Zul Ariffin) memilih sedap. Pada saya dia menconteng arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,” ulas pelantun lagu Ratuku itu.
Biarpun ada yang mengkritik, masih terdapat rakan selebriti meminta orang ramai berhenti menabur kecaman terhadap Zul kerana risau setiap kata-kata buruk itu terpercik ke muka sendiri.
“Memang salah, cuma sebagai orang Islam, kita patut memperbanyakkan berdoa supaya dia sedar, berbanding terus mengecamnya seperti tiada hari esok atau seperti kita maksum.
“Sebenarnya kita juga kena buang sifat iblis apabila terlalu merasakan cuma diri lebih bagus sehingga anggup melemparkan pelbagai kata nista ketika insan lain sedang diuji Tuhan,” ujar pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad.
Gimik drama?
Sehingga hari ini, motif perkongsian video tersebut masih samar-samar dan tidak dijelaskan secara terperinci kepada umum.
Namun, tidak kiralah sebagai bahan promosi mahupun gimik, penerbit, pengarah dan pelakon, mahupun stesen televisyen, semua pihak harus sedar babak tersebut sememangnya melanggar norma budaya masyarakat negara ini.
Bukan soal fikiran sempit atau kolot, tetapi aksi ranjang dan babak berahi sebegitu masih ‘diharamkan’ untuk ditayangkan untuk tontonan umum di Malaysia.
Justeru, biarpun belum bernoktah, setiap penggiat seni kreatif harus lebih berhati-hati agar industri hiburan tanah air tidak lagi dipandang serong.
Tidak salah berkarya sepenuh jiwa tetapi haruslah kekal berpandukan adat dan budaya yang dipegang selama ini. Jangan sesekali lacurkan agama dan budaya hanya kerana mahukan secebis populariti dan impak tular yang tidak akan kekal lama. K Online
Jangan lacurkan agama, budaya demi rating
Baca Artikel Menarik:
Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’ Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’ Rider Foodpanda digantung kerja Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah Malaysia Airlines tawar diskaun Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih Cuba kebas RM123 juta Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/27/jangan-lacurkan-agama-budaya-demi-rating/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Sebab Nak Rating Tinggi Sanggup Gadai Agama Ustaz Adnin Tegur Team Perempuan Itu

Hiburan Jangan Sebab Nak Rating Tinggi Sanggup Gadai Agama Ustaz Adnin Tegur Team Perempuan Itu

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 206 hits
Sedia maklum sekarang ini kecoh warganet bincang isu babak panas yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dalam drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan Video yang dimuat naik oleh pelakon terbabit telah mencuri perhatian ramai bukan saja pe...
Fasa Demi Fasa Jangan Gelojoh

Fasa Demi Fasa Jangan Gelojoh

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 194 hits
FASA DEMI FASA JANGAN GELOJOH Assalammualaikum wbt Kura kura lambat tapi bersemangat alhamdulillah sampai juga Arnab laju cepat oleh kerana dek kelelahan dan yakin yang melangit tewas juga Itu kisah mudah untuk membayangkan bahawa yang lemb...
Berkempen Jangan Sampai Memfitnah Ianya Budaya Umno Yang Amat Jelik

Berkempen Jangan Sampai Memfitnah Ianya Budaya Umno Yang Amat Jelik

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 164 hits
MENJAWAB FITNAH SDR ZAIDI TENTANG SAIFUDDIN NASUTION Musim pemilihan parti pelbagai isu berlegar Anggota2 parti mesti bijak menapis Fakta dan fitnah jauh bezanya Tulisan saudara Zaidi ini satu contoh yang saya maksudkan Benar sejarah tidak ...
Kalau Iya Pun Jangan Lah Bagi Mulut Penuh Sagon Jawab Bab Kewangan Negara Bab Hal Ehwal Agama Oun Dia Dok Diam Lagi

Kalau Iya Pun Jangan Lah Bagi Mulut Penuh Sagon Jawab Bab Kewangan Negara Bab Hal Ehwal Agama Oun Dia Dok Diam Lagi

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 241 hits
Dewan kecoh gara gara menteri agama jawab isu hutang 1MDB SRC March 17 2022 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad mengisi kekosongan ditinggalkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam menjawab pertanyaan berhubung pembaya...
Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia

Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 155 hits
Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi laknatullah ini Mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin Keadaan di san...
Boleh Jadi Fitnah Kepada Mudir Sekolah Agama Yang Lain

Boleh Jadi Fitnah Kepada Mudir Sekolah Agama Yang Lain

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 174 hits
AHMAD SHAHRILAda yg pelajar pelajar nya hanya makan berlaukan sup bawang tapi klu lihat pengetuanya gah bergaya dgn vellfire dan mercedez Nak bayar bil elektrik pun mintak sumbangan derma ASRAFF JEFFRYKawan saya diamanahkan untuk bagi duit ...
Contoh Pak Lebai Tunggang Agama

Contoh Pak Lebai Tunggang Agama

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 207 hits
JABATAN NETIZEN MALAYSIA Join Salah Satu Contoh Penungang Agama dengan NIAT pic ini boleh menyucikan dosa menyamun hareeeyyy feelinSalah Satu Contoh Penungang Agama dengan NIAT pic ini boleh menyucikan dosa menyamun hareeeyyy feeling amused...
Waris Terima Kecaman Netizen Selepas Salah Pentas Nyanyi Lagu Rap Di Majlis Agama

Waris Terima Kecaman Netizen Selepas Salah Pentas Nyanyi Lagu Rap Di Majlis Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 232 hits
Tular di Facebook sejak semalam sebuah video memaparkan penyanyi Waris dilihat menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama Menerusi video tersebut penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan itu menyanyikan lagu Rembau Most Wanted Part II...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco