Jangan Kuno Pemikiran Bro Inisiatif E Tunai Kononnya Kerajaan Nak Curi Data



Amat tidak bertanggungjawab sekiranya sesuatu hasrat murni terus dicap sebagai mempunyai niat terselindung, tidak berfaedah dan seribu satu dakwaan tidak masuk akal.

Ini yang berlaku sebaik kerajaan melancarkan inisiatif e-Tunai Rakyat, Rabu lalu. Mereka yang menangguk di air keruh ini tidak menunggu masa lama menyebar pelbagai tohmahan dan momokan, semata-mata untuk melihat ia sebagai program gagal.

Apa tidaknya, bertaburan mesej disebar dan dikongsi di media sosial termasuk ada segelintir pemimpin pembangkang mendakwa maklumat peribadi diberi pemohon e-Tunai Rakyat tidak selamat, boleh dibocorkan dan mempunyai tujuan politik tersembunyi kerajaan.

Mereka cuba mempengaruhi betapa RM30 ditebus mereka yang layak menerusi e-dompet itu hanya ‘umpan’, konon kerajaan dan tiga syarikat pengendali terpilih boleh menjual data peribadi pengguna untuk tujuan lain.

Malah, cubaan pihak mengadu domba ini kononnya e-Tunai Rakyat ini usaha senyap melemahkan lagi ekonomi kaum tertentu, selain data raya (big data) ini bakal digunakan kelak untuk memanipulasi keputusan pilihan raya umum nanti.

Jelaslah, puak membuat ‘bising’ ini berniat serong. Mereka mahu mewujudkan keadaan gusar dalam kalangan pengguna dan dengan harapan rakyat keliru matlamat sebenar e-Tunai Rakyat diperkenalkan.

Adalah jelas, kerajaan melalui inisiatif digital ini bermatlamat mendekatkan rakyat dengan budaya tanpa tunai. Mungkin jumlah pemberian RM30 dianggap kecil, tetapi ia harus dilihat sebagai galakan permulaan baik. Malah, ternyata beberapa jam saja ia dimulakan, ratusan ribu rakyat menyertainya.
Bagi saya, usaha pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan e-Tunai Rakyat dengan kebocoran data peribadi adalah pandangan dangkal.

Ini kerana sebelum adanya lagi inisiatif e-Tunai Rakyat ini, kita sudah pun terdedah dan terbabit dalam bermacam-macam urusan memerlukan kita memberikan maklumat peribadi.

Mengapa misalnya ketika kerajaan terdahulu memperkenalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tiada suara menyoal keperluan pemohon mendedahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, gaji dan tanggungan keluarga.

Namun apabila e-Tunai Rakyat hasil inisiatif kerajaan baharu ini dilancarkan, tiba-tiba serba-serbinya dipersoal dan dipersalahkan.

Kita seharusnya yakin dengan jaminan kerajaan dan syarikat pengendali bahawa semua maklumat diserah pemohon dilindungi akta dan berstatus sulit.

Ini terpaksa dijelaskan sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dua hari selepas e-Tunai Rakyat dilancar bahawa tujuan inisiatif itu bukan untuk kerajaan mengambil kesempatan memperoleh dan menceroboh data peribadi rakyat.

Malah beliau menjelaskan kalau pun kerajaan mahu berbuat demikian, kerajaan sebenarnya dengan mudah boleh membuat carian menggunakan kad pengenalan saja.

Harus diingat, dalam soal melindungi data peribadi pengguna, undang-undang khusus diwujudkan sejak 2010 lagi diberi nama Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Akta 709).

Dalam konteks ini, di bawah Fasal 4 akta berkenaan menjelaskan takrifan data peribadi sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkaitan transaksi komersial yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau disimpan dalam sistem fail.’

Mereka yang menyalahguna maklumat diperoleh boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sekalipun kita merasakan data peribadi kita diproses pihak lain dan melanggar mana-mana peruntukan APDP 2010, kita boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Nah, jelaslah PDPA dan undang berkaitan jenayah komersial lain mengiktiraf privasi maklumat sebagai satu daripada hak asasi manusia dan melindungi data berharga, serta berpotensi menjadi komoditi bernilai.

Justeru bagi mereka yang hanya melihat sudut negatif dan enggan menerima perubahan, ada benarnya kata-kata mutiara ini. 
“Mereka yang tak mengubah fikiran tak akan mengubah apa-apa.”
Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/01/jangan-kuno-pemikiran-bro-inisiatif-e.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

Banyak Bertanya Tu Cara Anak Bina Kemahiran Pemikiran Kekuatan Minda Mak Ayah Jangan Pula Serik Nak Jawab

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 442 hits
Adik jom mandi Kenapa kena mandi Sebab badan adik dah kotor seharian dah ke sana ke mari Macam mana badan boleh kotor mama terkadang tertekan mama melayan soalan soalan si kecil yang tidak berkesudahan Tak tahu apa yang patut anda respon ma...
Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 453 hits
Kita kini di hari ketiga dan inisiatif diagihkan kepada rakyat Malaysia yang layak Tetapi beberapa jam selepas ia diberikan mula tular di media sosial isu data peribadi pengguna akan dikumpul oleh pihak kerajaan membuat sesetengah pengguna ...
Inisiatif E Tunai Rakyat

Inisiatif E Tunai Rakyat

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 706 hits
Tuntut E Tunai Rakyat mulai hari iniKira kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana mana tiga pengendali terpilih iaituTouch n Go Grab dan Boost mulai 8 pagi hari ini Menteri Kewangan Lim Gu...
Spr Tukar Alamat Guna Data E Tunai Mengarut

Spr Tukar Alamat Guna Data E Tunai Mengarut

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 272 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menolak dakwaan tidak berasas pihak tertentu yang mendakwa ada pengundi telah ditukarkan bahagian pilihan raya berdasarkan alamat yang dikemas kini di aplikasi e tunai Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata ...
Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

Kit Cegah Influenza Mesti Ada Di Rumah Taska Atau Di Sekolah Jangan Berkira Nak Beli

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 636 hits
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain Biasanya golongan kanak kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat se...
Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

Anak Nak Makan Apa Beli Je Jangan Berkira Makin Murah Rezeki Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 383 hits
Proses anak anak kecil kita membesar adalah waktu paling menggembirakan Sebagai ibu bapa kita seharusnya mencorakkan momen indah dan penuh kegembiraan buat mereka Sesekali berbelanjalah lebih buat anak anak Belikan mainan atau buku buku keg...
Jangan Marah Jika Rakyat Dakwa Kerajaan Berat Sebelah

Jangan Marah Jika Rakyat Dakwa Kerajaan Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 358 hits
By 12 January 2020Prof Datuk Dr Teo Kok SeongKUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan didakwa kekurangan kecerdasan emosi dalam menangani isu pemasangan tanglung dan tulisan Jawi Berikutan itu tindakan kerajaan yang bersungguh sungguh memperta...
Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

Jangan Fikir Nak Gah Ceo Muda Ini Kongsi Tips Mula Meniaga Dengan Modal Bawah Rm5k

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 489 hits
Siapa yang baru nak mula berniaga tu boleh take note ya small Cover image via Twitter magmalaya small Semakin ramai yang menceburi dunia perniagaan kini Ada yang lakukannya sekadar untuk suka suka dan i i mencari i side income i namun begit...
Siapa Engkau Ni E S Shankar Nak Suruh Kerajaan Tutup Jakim Dan Hapuskan Sekolah Tahfiz

Siapa Engkau Ni E S Shankar Nak Suruh Kerajaan Tutup Jakim Dan Hapuskan Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 327 hits
Foto AmenoworldCakap bodoh kang marah tapi memang bodoh pun Pertama Macam mana dia boleh cakap penubuhan JAKIM ini tak berperlembagaan Adakah ia langgar undang undang Ia agensi kerajaan kot Kedua Sekolah tahfiz pondok memang swasta la Meman...
Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

17 Cedera Diamuk Gajah

Top Commentators Of December 2024 Tahniah Blogger Suria Amanda